PERANAN KOPERASI DALAM KELESTARIAN MASYARAKAT Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
» Regional Director ICA - AP, Mr. Balasubramanian (Balu) Iyer ketika menyampaikan ucapan aluan.
International Co-operative Alliance Asia Pacific (ICA-AP) dan Malaysia Business Office (MBO) baru-baru ini telah menganjurkan satu Seminar Sustainable Development Goals 2018 : Sustainable Consumption And Production Of Goods And Services” . Seminar yang dihoskan oleh ANGKASA dan disokong oleh Japanese Consumer Co-operative Union (JCCU) ini mengenengahkan perincian Matlamat 12 ( SDGs 12) iaitu memastikan Penggunaan Dan Corak Pengeluaran Mampan yang terkandung di dalam Matlamat Pembangunan Lestari yang digariskan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) menjelang tahun 2030. Inisiatif PBB ini dilihat antara usaha proaktif badan itu untuk membuka peluang koperasi mengukuhkan kedudukannya di persada global khususnya sebagai rakan kongsi dengan institusi global sekaligus mengambil peluang secara kolektif untuk masa depan. Seminar “ Sustainable Development Goals ” (SDGs) kali ini telah berjaya menyaksikan sejumlah 77 delegasi dari 12 negara-negara blok ICA - Asia Pasifik terdiri daripada Malaysia, Bangladesh, China, India, Indonesia, Jepun, Korea, Nepal, Filipina; Sri Lanka, Timor Leste dan Vietnam telah berkumpul bagi menimba ilmu dalam menyumbang ke arah penggunaan dan pengeluaran menerusi model perniagaan koperasi pengguna sekaligus membentuk kelestarian masyarakat. Antara lain objektif utama penganjuran seminar ini adalah untuk memberi pencerahan kepada anggota ICA-AP terhadap ilmu berkaitan ‘Matlamat Pembangunan Lestari’ atau “ Sustainable Development Goals ” (SDGs) yang merupakan
» Dato’ Abdul Fattah menyampaikan cenderamata kepada Mr. Balasubramanian (Balu) Iyer.
sebuah agenda global dan ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) menjelang tahun 2030 selain peranan yang boleh dimainkan oleh sektor koperasi dalam menjayakan matlamat tersebut. Ia juga menjadi medan dan platform terbaik buat kalangan anggota untuk mempelajari dan berkongsi rahsia kejayaan koperasi di Jepun dan Malaysia khususnya dalam bidang perdagangan dan pensijilan produk. Seminar ini juga turut membuka peluang dalam pencernaan idea menerusi sesi dialog yang berlangsung bagi menterjemahkan hasrat serta
56 PELANCAR Jun 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease