ICA - AP MBO Sustainable Development Goals Seminar 2018
REAKSI
Pendedahan menerusi pembentangan kertas kerja yang disampaikan oleh panel-panel jemputan membuka minda terhadap kepentingan menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals (SDGs) dan peranan yang boleh dimainkan koperasi untuk kemajuan dan kemampanan dalam sektor koperasi global. Menerusi Matlamat Pembangunan Lestari yang digariskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjelang tahun 2030 ini, koperasi boleh menjadi pemain industri yang kukuh dan menyakinkan bagi kemajuan masyarakat koperasi dunia. Rupa Joshi (National Cooperative Federation Of Nepal (NCF)
Penganjuran seminar seumpama ini boleh memupuk semangat menerusi pencernaan idea dan perkongsian pendapat dalam kalangan delegasi yang terdiri daripada anggota ICA-AP. Menerusinya, peserta boleh mengemukakan soalan, cadangan dan pendapat mengenai isu yang dibincangkan bagi tujuan kebaikan dan pembangunan koperasi dunia. Aida B. Sagarino ( Cooperative Development Center, Filipina) Sesi lawatan ke ladang kelapa sawit milik Sime Darby Plantation di Pulau Carey, Klang, Selangor memberi pendedahan secara lebih dekat terhadap cara penanaman, penghasilan minyak kelapa sawit dan penggunaannya dalam pelbagai produk pengguna. Elizario Ferreira (Confederasaun Nasional Cooperativa Timur Leste)
Program ini berjaya menarik minat sejumlah 77 delegasi dari 12 negara yang hadir untuk mempelajari dan mengetahui secara lebih mendalam mengenai kebaikan dan manfaat minyak sawit yang diusahakan Malaysia dan negara lain seperti Thailand, Indonesia dan negara berkaitan. Anggota-anggota ICA perlu menyokong usaha melestarikan penanaman kelapa sawit dan pengeluaran hasil produk berasaskan minyak sawit dan persepsi buruk mengenai penanaman kelapa sawit boleh mencemarkan alam sekitar harus ditepis sama sekali. Jayapathma Herath Mudiyanselage (Kurunaqala Cooperative Hospital Society, Sri Lanka)
Negara-negara ICA perlu bersatu menyokong negara-negara pengeluar minyak sawit kerana ia diyakini banyak memberi sumbangan besar kepada perkembangan ekonomi khususnya koperasi-koperasi yang terlibat secara langsung dalam industri ini. Negara-negara seperti Malaysia, Thailand, Indonesia, Amerika, Eropah dan Afrika yang menjadi ahli ICA kebanyakannya terlibat dalam industri minyak sawit ini melalui pelbagai kegunaan yang bermanfaat. Nguyen Trung Duong (Luavang Agriculture And Service Cooperative, Vietnam)
Jun 2018 PELANCAR
59
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease