MuatTurun Aplikasi Mudah Alih
PERCUMA
DISEMBER 2019 JILID: WP01 / 9
ANGKASACoop
www.angkasa.coop RM1.00
Kertas Kitar Semula
Galak Penyertaan Belia Dalam Aktiviti Koperasi
K ementerian Pembangunan Usahawan (MED) dengan kerjasama Koperasi Profesional Putrajaya (KOPROJAYA) telah menganjurkan Karnival Usahawan Koperasi Dan 9 To 5 Run Half Marathon 2019 sebagai inisiatif menggalakkan penyertaan belia dalam aktiviti berkoperasi. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan mencemar duli berangkat ke program tersebut sekali gus menyempurnakan penyampaian hadiah acara ‘9 to 5 Run Half Marathon 2019’. Acara yang disertai hampir 10,000 peserta pelbagai lapisan masyarakat itu berlangsung di Dataran Persiaran Perdana, Putrajaya pada 10 November 2019. KarnivalUsahawanKoperasiyang berlangsung selama tiga hari bermula 8 November turut mengenengahkan pelbagai produk dan perkhidmatan Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
yang ditawarkan koperasi dari kluster mikro, kecil, sederhana dan besar. Melaluinya, koperasi berpeluang mempromosikan produk dan perkhidmatan di samping dapat meningkatkan jaringan perniagaan dan jualan masing-masing. Turut hadir di majlis tersebut ialah Menteri MED, Datuk Seri Mohd Redzuan Md.Yusof, Ketua Setiausaha MED, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Nordin Salleh dan Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKM), Haji Ariffin Mamat. Beberapa kepimpinan tertinggi ANGKASA diketuai Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah hadir bersama Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Naib-Naib Presiden, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahya.
» Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bergambar bersama barisan kepimpinan Tertinggi ANGKASA yang diketuai Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah. Turut kelihatan ialah Menteri MED, Datuk Seri Mohd Redzuan (duduk kiri sekali) ketika mengunjungi ‘booth’ ANGKASA.
» Peserta larian bergambar bersama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selepas menyempurnakan penyampaian hadiah acara ‘9 to 5 Run Half Marathon 2019’.
2
KOPERASI
Koperasi Pemangkin Budaya Keusahawanan Oleh: MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN M esyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) Bil. 1/2019 telah diadakan di Kuala Lumpur pada
19 November 2019. Mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan, YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, merupakan mesyuarat yang julung kali diadakan setelah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dipindahkan di bawah penyeliaan Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) mulai 2 Julai 2018. Beliau dalam ucapan aluannya menegaskan bahawa Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) yang diperkenalkan oleh MED telah meletakkan gerakan koperasi sebagai pemangkin untuk meningkatkan budaya keusahawanan dalam kalangan masyarakat Malaysia melalui teras-teras strategik yang telah ditetapkan. Menurut beliau lagi, “Konsep dan prinsip asas penubuhan koperasi sememangnya mengutamakan kesejahteraan secara bersama. Penilaian terhadap sumbangan koperasi bukanlah semata-mata mengikut sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sahaja tetapi perlu juga dilihat dari aspek pembangunan sosioekonomi rakyat, terutamanya mereka yang terpinggir untuk mewujudkan kemakmuran bersama.” Penubuhan MPKK adalah selaras dengan perenggan 86(2)(m) Akta Koperasi 1993 dan Peraturan-Peraturan Koperasi (Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan) 2010 bertujuan untuk mewujudkan satu forum bagi menentukan hala tuju pembangunan pergerakan koperasi,
» Datuk Seri Mohd Redzuan bergambar bersama barisan anggota mesyuarat MPKK sebelum memulakan sesi mesyuarat.
menyelaras dan meningkatkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam membangunkan pergerakan koperasi dan mewujudkan kerjasama antara pihak yang terlibat dalam pembangunan koperasi. Keanggotaan MPKK pula terdiri daripada wakil kementerian dan agensi, ahli exco kerajaan negeri, gerakan koperasi negeri, wakil akademik, wakil swasta dan wakil koperasi. Sehingga Jun 2019, gerakan koperasi di Malaysia telah mencapai prestasi yang memberangsangkan. Sebanyak 14,417 koperasi telah berdaftar dengan keanggotaan seramai 6.1
juta orang, modal syer berjumlah RM14.9 bilion, aset bernilai RM142.8 bilion dengan penjanaan perolehan sebanyak RM40.3 bilion. Antara yang terlibat dalam mesyuarat tersebut ialah Timbalan Menteri MED, Datuk Wira Dr. Hatta Mohd Ramli; Ketua Setiausaha MED, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi; Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Nordin Salleh; Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah; Pemangku Pengarah Urusan Bank Kerjasama Rakyat, Dato’ Rosman Mohamed; Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia, Haji Ariffin Mamat dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya.
Dari Meja Presiden ANGKASA
F aktor wang bukanlah segalanya dalam melaksana sesuatu matlamat kerana pencapaian tersebut kadangkala datang daripada idea yang bernas bersama keikhlasan serta kesungguhan yang tinggi. Namun sekiranya matlamat yang dibawa itu gagal memenuhi kejayaan seperti yang diharapkan, renunglah semula dan carilah puncanya. Adakah kerana kesalahan kertas kerja atau kesalahan itu datang hasil tadbir urus yang tidak sempurna. Jelaslah, etika dalam menguruskan bajet bagi melaksanakan sesuatu usaha bukan hanya tertakluk kepada rancangan
perbelanjaannya semata-mata. Malah lebih dari itu, ia sebenarnya menuntut daya fikiran, keyakinan, kesungguhan dan keikhlasan yang tinggi. Keikhlasan dan keluhuran dalam menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan perlu datang bersama hati yang bersih dan sentiasa memohon rahmat daripada Allah SWT semoga apa yang dilaksana berjaya mencapai sasaran seperti yang ditetapkan. Selain perlu sentiasa ‘ringan tulang’, setiap warga koperasi khususnya kakitangan dan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) perlu sentiasa berpegang teguh kepada prinsip dan falsafah koperasi
itu sendiri dengan niat yang murni bagi memastikan kejayaan dan akhirnya koperasi dapat berdiri dengan lebih sempurna. Cabaran dalam mengatasi sikap pentingkan diri sendiri sebenarnya amatlah tinggi lebih-lebih lagi jika melibatkan soal wang ringgit kerana dugaannya bukan sahaja melibatkan diri kita sahaja, malah mungkin daripada pihak yang lain. Justeru, marilah kita sama-sama saling berpesan dan menanam tekad meniti tahun baharu 2020 dengan keazaman yang lebih teguh untuk lebih bersedia dan bersungguh-sungguh bagi memastikan setiap sen yang dibelanjakan akan dapat
memberi manfaat kepada seluruh warga koperasi serta memperoleh keberkatan di dunia dan juga akhirat. Insya Allah.
SIDANG PENGARANG
Presiden Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah
Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji A. Aziz Deraman Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah
Pengurus Mohd. Zakuan Azmi Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Wan Adlina Wan Ab. Aziz
Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor
Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal
Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Ismail
Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Mohamad Zairul Hafiz Sardin
Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Sekretariat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com
Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-5101 3388 Faks: 03-5101 3600
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya
Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan Dr. Mohd. Azlan Yahya
Pengurus Besar Bahagian Sekretariat Halim Haji Ibrahim
Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin
Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik
3 Lonjak Pencapaian Sektor Koperasi Oleh: WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
» Datuk Seri Mohd Redzuan melakukan gimik perasmian MACCOPS 2019. Turut kelihatan ialah Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balu G. Iyer (kiri sekali); isteri kepada Menteri MED, Datin Hamidah Osman (kanan sekali); Ketua Setiausaha MED, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi (tiga dari kanan) dan Presiden ANGKASA merangkap Presiden ACO, Dato’ Abdul Fattah Abdullah (dua dari kiri)
bagi menjamin pulangan pelaburan yang tinggi kepada ekonomi negara seterusnya melonjakkan pencapaian sektor koperasi. “Dengan kekuatan gerakan koperasi di Malaysia yang telah mencecah angka 14,237 dengan keanggotaan seramai 6.5 juta orang, koperasi boleh bergabung, menceburi bidang baharu dan mengembangkan aktiviti sedia ada untuk menguasai pasaran yang lebih luas,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Karnival Produk & Perkhidmatan Koperasi Malaysia (MACCOPS) 2019 Kali Keempat yang berlangsung di Persada Johor International Convention Centre pada 28 November lalu. Penganjuran program dwi tahunan itu menyaksikan penyertaan seramai 200 koperasi tempatan dan 20 koperasi luar negara. “ Coop Global Gateway To Sustainable Trade ” dipilih sebagai tema bagi penganjuran kali ini yang bermatlamat memberi tumpuan dan perhatian kepada usaha mengubah perniagaan koperasi ke tahap yang lebih maju di samping membuka peluang perniagaan koperasi kepada prospek yang lebih luas. Datuk Seri Mohd Redzuan berkata, koperasi merupakan instrumen yang hebat kerana kekuatan ekonominya dipandu oleh keusahawanan dan ia terbukti berkesan secara praktikal di negara-negara maju.
“Sudah tiba masanya bagi gerakan koperasi untuk mula mengguna pakai teknologi terkini dan inovasi dalam penghasilan produk koperasi yang berimpak tinggi dan memberi pulangan manfaat kepada komuniti setempat.” Terdahulu, Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organisation (ACO), Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah ketika menyampaikan ucapan aluannya menaruh harapan yang tinggi agar komitmen dan usaha yang dijalankan menerusi platform MACCOPS dapat membantu merangsangkan lagi pertumbuhan ekonomi koperasi serta mendorong pertumbuhan perniagaan koperasi secara lebih pesat. Menurut beliau, acara tersebut juga diharap dapat memberi impak dan peluang yang besar kepada semua koperasi untuk berkongsi pengalaman selain membentuk penanda aras yang baharu khususnya kepada koperasi dari negara- negara luar yang turut mengambil bahagian. . Hadir sama di majlis perasmian tersebut ialah Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balu G. Iyer isteri kepada Menteri MED, Datin Hamidah Osman; Ketua Setiausaha MED, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi; Naib Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Encik Zazali Haron dan Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKM), Haji Ariffin Mamat.
M enteri Pembangunan Usahawan (MED), YB Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof mahu gerakan koperasi meningkatkan perolehan koperasi sebanyak RM60 bilion pada tahun 2025 iaitu lima tahun lebih awal daripada sasaran awal sebagaimana yang terkandung dalam Dasar Keusahawanan Negara (DKN) 2030. Cabaran tersebut diajukan oleh beliau yang mahu melihat sektor koperasi dapat mencapai aspirasi kerajaan dalam meningkatkan sumbangan kepada pembangunan ekonomi negara sekali gus menggalakkan penglibatan koperasi untuk lebih berani dan berdaya saing sama ada di pasaran domestik mahu pun luar negara. “Gerakan koperasi di Malaysia perlu mengambil peluang dan ruang ini dengan pelbagaikan aktiviti perniagaan mereka untuk mencapai sasaran yang ditetapkan kerajaan » Menteri Pembangunan Usahawan (MED), YB Datuk Seri Mohd Redzuan berucap sewaktu merasmikan MACCOPS 2019
» Datuk Seri Mohd Redzuan mengunjungi gerai pameran Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN). Turut kelihatan ialah Direktor Hubungan Luar Negeri DEKOPIN, Ilham Nasai
» Datuk Seri Mohd Redzuan mengunjungi gerai pameran Co-op Bank Pertama
» Datuk Seri Mohd Redzuan sewaktu mengunjungi Bazar Jualan Harga Patut BA100 Koperasi
4
MACCOPS 2019 Catat Kejayaan Cemerlang Oleh: WAN ADLINA WAN AB. AZIZ K arnival Produk & Perkhidmatan Koperasi Malaysia (MACCOPS) 2019 Edisi Keempat menutup tirainya kali terlibat dalam industri baharu yang berinovasi dan berimpak tinggi dalam ekonomi, katanya. Sementara itu, Presiden
ini dengan menyaksikan pencapaian nilai dagangan ke hadapan ( Forward Business ) dan jualan keseluruhan berjumlah RM293.46 juta. Potensi perdagangan dan pelaburan tersebut diraih melalui 13 Memorandum Persefahaman (MoU), 91 sesi pemadanan perniagaan dan transaksi perniagaan yang melibatkan 45 buah koperasi dan 11 syarikat (enam antarabangsa dan lima tempatan) yang hadir. Jualan tunai melebihi RM500,000 juga turut diraih termasuk melalui Bazar Jualan Harga Patut Koperasi barangan runcit menerusi jualan lebih 163 barangan keperluan asas di bawah jenama BA 100. Syarikat luar negara terdiri daripada Mediterranee Technique (Morocco); Purity International Sdn. Bhd. (Kemboja); ASEAN Mall (Thailand); Koperasi Samakaya (Brunei); Hoa Mart Ptd. Ltd. (Singapura) dan Maznah Premium KFT (Budapest Hungary) iaitu melibatkan produk dan perkhidmatan menerusi sektor hartanah, peruncitan dan pemborongan; pelancongan dan kesihatan. Majlis Penutupan MACCOPS 2019 telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan & Pemantauan Keusahawanan) Kementerian Pembangunan Usahawan (MED), Encik Muhammad Razman Abu Samah. Katanya, MACCOPS menjadi platform terbaik kepada koperasi khususnya peluang pemadanan perniagaan selain membuka peluang perniagaan lebih meluas sekali gus mewujudkan ekosistem ekonomi yang konklusif dan mapan. “Pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh kementerian adalah bertujuan meningkatkan sumbangan koperasi serta menggalakkan koperasi
ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah menyifatkan MACCOPS 2019 kali ini sebagai paling berjaya dengan nilai dagangan ke hadapan tertinggi pernah diraih sejak 2014. Menurut beliau, penganjuran sebanyak tiga kali pada 2014, 2015 dan 2017 lalu berjaya membuktikan bahawa MACCOPS menjadi platform terbaik dalam usaha untuk meningkatkan sosioekonomi serta mempromosikan aktiviti keusahawanan gerakan koperasi menerusi platform yang disediakan. Hadir sama di majlis penutupan tersebut ialah Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKM) Cawangan Zon Selatan, Puan Radziah Mohamed dan Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Tuan Ibrahim Husin serta Naib-Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya merangkap Pengerusi MACCOPS 2019 dan Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik.
» Encik Muhammad Razman beramah mesra dengan pelakon, Abon di gerai Abon Production.
» Encik Muhammad Razman dan Dato’ Abdul Fattah ketika mengunjungi gerai jualan DEKOPIN
» Encik Muhammad Razman turut berkunjung ke ruang Bazar Jualan Harga Patut BA100. Turut kelihatan ialah dan Timbalan Pengarah SKM, Tuan Ibrahim Husin (kiri sekali)
» Wakil Koperasi Usahawan IAT Berhad memberi penerangan mengenai produk dan perkhidmatan yang disediakan koperasi miliknya
» Bergambar dengan rakan Penaja MACCOPS 2019.
» Encik Muhammad Razman Abu Samah dan Dato’ Abdul Fattah bergambar dengan pemenang Cabutan Bertuah Pakej Umrah dan Hadiah Utama
» Pemenang Cabutan Bertuah tajaan Pakej Umrah
5 Koperasi Antarabangsa Turut Jayakan MACCOPS 2019 Oleh: NADIAH KAMARUDIN T ujuh negara anggota ASEAN Co-operative Organization (ACO) turut bersama-sama dan Perhimpunan Agung yang dianjurkan oleh Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) setiap dua tahun. Penganjuran satu ekspo khas untuk mempamer dan mempromosi produk dan perkhidmatan koperasi global adalah signifikan kepada usaha untuk mempertingkatkan lagi perdagangan sesama koperasi. Thailand
menjayakan MACCOPS 2019 iaitu Indonesia, Filipina, Kemboja, Laos, Thailand, Vietnam dan Brunei. Selain penyertaan negara anggota ASEAN, tiga lagi koperasi antarabangsa mewakili China, India dan Sri Lanka turut mengambil bahagian sebagai pempamer. Penglibatan kali keempat koperasi-koperasi antarabangsa dalam MACCOPS setelah penganjurannya pada tahun 2014, 2015 dan 2017 merupakan antara pencapaian terbaik ANGKASA yang berjaya mengumpul dan mempamer produk-produk keluaran koperasi di rantau Asia Pasifik dalam satu platform khas. Denganpencapaiandansambutan yang menggalakkan, ANGKASA berhasrat untuk memperluaskan penganjuran MACCOPS ke luar negara pada masa akan datang. Selain itu, MACCOPS juga berpotensi untuk dijadikan sebagai program selingan bagi program berskala besar yang melibatkan koperasi di seluruh dunia seperti Persidangan Global
Filipina
Vietnam
» Produk-produk keluaran koperasi antarabangsa.
Laos
Kemboja
India
Sri Lanka
Brunei
China
Indonesia
Indonesia
Indonesia
6
MACCOPS 2019 Platform Koperasi Meterai MoU
Oleh : RAHMAT MOHD DID
K arnival Produk dan Perkhidmatan Koperasi Malaysia (MACCOPS) 2019 edisi keempat tahun ini menyaksikan beberapa buah Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani. Jutamas Sentosa Sdn. Bhd. merupakan antara syarikat kerjasama MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. yang telah mengadakan pertukaran dokumen bagi kerjasama mereka untuk sebuah platform wang digital bagi meningkatkan daya sedia koperasi untuk transformasi digital dan membolehkan penerimaan bayaran tanpa tunai dari pelbagai e-dompet. Antara yang terlibat adalah SoCash Software Malaysia, iBOXCHAIN Sdn. Bhd. dan Energetic Point Sdn. Bhd. Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor (KPMNJ) dan Koperasi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pulau Pinang Berhad juga antara yang menandatangani MoU untuk aktiviti perniagaan peruncitan, pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan. Sesi pertukaran dokumen MoU antara ANGKASA dengan AZ Elite Achievers turut diadakan bagi melahir dan membantu usahawan bumiputera melalui gerakan koperasi untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran keusahawanan.
Koperasi
Pengguna
Muslim
Klang menjalin cadangan kerjasama dengan Dimaz Industries Berhad dan FNZ Berkat (M) Sdn. Bhd. bagi tujuan kerjasama mewujudkan platform logistik produk- produk koperasi secara dalam talian dan pembekalan produk kesihatan berasaskan herba selain kerjasama untuk projek pemasaran produk halal. Konsortium Koperasi Hartanah Berhad turut Berhad dan CIDB IBS Sdn. Bhd. menjalin cadangan kerjasama untuk perlaksanaan sistem binaan berindustri atau IBS melalui projek pembinaan dalam bentuk khidmat nasihat dan latihan. ASEAN Co-operative Organization (ACO) juga melakukan pertukaran dokumen MoU dengan Huda Capital Limited untuk kolaborasi dalam perniagaan e-dagang termasuk pelaburan dan promosi dalam industri haji dan umrah serta memberi pendidikan serta konsultansi kepada koperasi di Arab Saudi dan Asia.
MoU antara ANGKASA yang diwakili Timbalan Presiden ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA Global, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dengan IFFCO yang diwakili Director of DC Technology India, Mr. G.K Gantam.
Pertukaran dokumen MoU antara Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor (KPMNJ) dan Koperasi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pulau Pinang Berhad.
MACCOPS Bantu Tarik Pelancong Antarabangsa
Wawancara ringkas bersama Timbalan Ketua Pengarah (Promosi) Tourism Malaysia, YBhg. Dato’ Mohmed Razip Hasan sewaktu menghadiri program ICA-AP / ANGKASA Trade Seminar on Inclusive & Sustainable Economic Growth di Amari Hotel, Johor Bahru pada 28 November 2019. Dalam pro- gram tersebut, beliau turut menyampaikan ceramah bertajuk “Tourism: Growing Industry, Growing the Economy.
Pelancongan Koperasi Sekolah yang semakin giat diusahakan oleh sekolah-sekolah menengah seluruh Malaysia juga merupakan inisiatif yang bagus untuk menarik pelancong-pelancong muda. Saya memuji koperasi-koperasi sekolah yang mewujudkan sendiri pakej pelancongan mereka dan menggalakkan penyertaan murid-murid sebagai tour guide.
Oleh : NADIAH KAMARUDIN
mereka peroleh daripada program tersebut walaupun sudah pulang ke tanah air mereka.
1.
Pada pandangan Dato’, bagaimana penganjuran
MACCOPS
dapat
membantu
menarik
pelancong
antarabangsa? Pada pandangan saya, MACCOPS merupakan satu usaha yang baik untuk menarik pelancong luar negara lebih- lebih lagi gerakan koperasi di Malaysia mempunyai kelebihan dari segi jumlah anggota yang sudah melebihi enam juta orang. Saya melihat MACCOPS sebagai sebuah platform yang menggabungkan bukan sahaja industri pelancongan bahkan kesemua industri dan itulah yang dimahukan oleh pelawat acara perniagaan antarabangsa. 2. Apa yang perlu dititik beratkan oleh koperasi untuk menarik kehadiran pelawat luar negara apabila menganjur sesebuah ekspo atau karnival? Penganjuran ekspo seperti MACCOPS yang diadakan dua tahun sekali memberi kemudahan kepada penganjur dari segi melakukan perancangan yang lebih terperinci. Perlu diingat pelawat antarabangsa yang datang ke negara kita sama ada atas tujuan melancong atau perniagaan tidak mahu pulang ke negara masing-masing dengan tangan yang kosong. Maka penganjur perlu memberi lebih perhatian kepada mempromosikan kandungan atau pengisian program. Penganjur juga perlu pastikan ada kesinambungan selepas selesai sesebuah program supaya pelawat terus mempromosi kelebihan atau manfaat yang
3. Sektor Koperasi dapat membantu industri pelancongan negara secara amnya? Pada pandangan saya, mana- mana koperasi yang menyediakan pakej-pakej pelancongan perlu Bagaimana bijak menilai minat, kegemaran dan kehendak pelancong tempatan mahupun antarabangsa apabila mereka melawat ke sesuatu destinasi pelancongan. Sebagai contoh, pelancong suka membeli kraftangan yang mereka boleh guna dalam kehidupan seharian seperti selendang batik atau bekas duit yang diperbuat daripada kain songket. Walaupun kraftangan yang dibawa pulang itu kecil dari segi saiznya dan harganya pula murah, tetapi nilai atau pulangannya besar. Kraftangan tersebut akan sentiasa diingati oleh mereka akan negara yang pernah dilawati.
» YBhg. Dato’ Mohmed Razip Hasan bersama Pengarah Serantau Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia Pasifik (ICA-AP), Mr. Balu Iyer di ICA-AP / ANGKASA Trade Seminar on Inclusive & Sustainable Economic Growth di Amari Hotel, Johor Bahru pada 28 November 2019.
7
PENGANTARABANGSAAN KOPERASI
Tingkat Kapasiti Perdagangan Rantau Asia Pasifik Oleh: NADIAH KAMARUDIN
» Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balu Iyer menyampaikan ucapan sewaktu Majlis Perasmian MACCOPS 2019 dan Seminar ICA-AP ANGKASA C2C Trade.
» Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Md. Radzi memberi ceramah bertajuk “National Entrepreneurship Policy 2030 as Vehicle to Achieve Inclusive & Sustainable Growth.”
» Para peserta bergambar selepas tamat seminar.
S ejajar dengan tema yang dibawa MACCOPS 2019, “Koperasi Gerbang Global Perdagangan Lestari”, Jawatankuasa Perdagangan & Perniagaan ICA-AP dan ANGKASA telah menganjurkan Seminar Perdagangan Koperasi ke Koperasi (C2C): Pertumbuhan Ekonomi yang Inklusif dan Lestari di Amari Hotel, Johor Bahru pada 28 November 2019. Perdagangan C2C bukanlah perkara yang asing bagi koperasi- koperasi di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, Pengarah Serantau International Co-operative Alliance – Asia Pacific (ICA-AP), Mr. Balu Iyer dalam ucapannya berkata, perdagangan antara koperasi di peringkat rantau Asia Pasifik perlu diperkasakan lagi. Menurut beliau, ICA meneroka pelbagai cara untuk merancakkan perdagangan dua hala sesama koperasi bagi mempelbagaikan ekonomi gerakan tersebut sekali gus membantu meningkatkan rantaian nilai seperti memperkukuh hubungan antara koperasi runcit dengan koperasi pengguna dan koperasi pengeluar. Katanya, bagi meningkatkan lagi kapasiti perdagangan C2C, tawaran nilai ( value proposition ) yang lebih jelas perlu diwujudkan bagi koperasi-koperasi pengguna memandangkan harga, kualiti dan permintaan sesebuah produk adalah kriteria utama yang dititikberat dalam memilih pembekal. Tidak dinafikan, koperasi berhadapan dengan cabaran yang
tinggi untuk menjayakan perdagangan C2C seperti keupayaan untuk memenuhi keperluan pembeli dari aspek kualiti atau teknikal selain faktor kekangan dari pihak regulator meliputi aspek perundangan yang berkaitan dengan koperasi, perdagangan atau pertanian. Ketua Setiausaha Kementerian
Pembangunan Usahawan, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dalam ceramahnya mengatakan bahawa perdagangan antara koperasi tempatan dengan koperasi antarabangsa adalah selaras dengan Dasar Keusahawan Nasional (DKN) 2030 memandangkan koperasi adalah antara pemain utama dalam menjayakan pelbagai strategi dan inisiatif dalam dasar tersebut. Katanya, penganjuran karnival
» Pengarah Pejabat Lembaga Penyelia All China Federation of Supply and Marketing Cooperatives, Ms. Kong Peicong.
» Dato’ Abdul Fattah Abdullah (tiga dari kiri) dan Dato’ Haji Kamarudin Ismail (dua dari kiri) bersama peserta seminar.
seperti MACCOPS adalah peluang terbaik untuk koperasi tempatan mahupun antarabangsa untuk melebarkan jaringan perniagaan. Seminar tersebut turut dihadiri
» Encik Nik Faruk Nik Mohd Fadzil (paling kanan) menjadi moderator untuk forum bertajuk “Economic Productivity in Consumer Co-operatives.” Ahli-ahli panel forum terdiri daripada Ms. Ngo Thi Bich Lien dari Saigon Co-operative (paling kiri), Ms. Juhee Lee dari iCOOP, Korea (dua dari kiri) dan Haji Mohd Nordin Jafri dari Koperasi Groom Big Perlis (dua dari kanan).
Timbalan Ketua Pengarah (Promosi) Tourism Malaysia, Dato’ Mohmed Razip Hasan yang memuji inisiatif ANGKASA mengadakan ekspo untuk membantu mempromosi produk dan
» Pengarah (Pembangunan Koperasi & Teknologi) Indian Farmers Fertiliser Cooperative Limited (IFFCO), India, Mr. G. K. Gautam.
perkhidmatan koperasi sekali gus mampu menarik penglibatan koperator dari luar negara.
» Forum bertajuk “Co-operatives Promote Sustainable Tourism” menampilkan Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya (paling kanan) sebagai moderator dan ahli-ahli panel terdiri daripada (dari kiri) Dr. Asep Mulyana dari ADOPKOP, Indonesia; Puan Sharifah Raudzah Syed Junid dari SMK Pasir Gudang; Mr. Mochammad Tommy Perdana dari Kinarya Movie Maker Coop, Indonesia serta Mr. Kim Sangmin dari NH Networks, Korea.
» Dr. Tarunendu Singh dari IFFCO.
Pelancongan lestari juga menjadi fokus utama dalam seminar tersebut memandangkan sektor pelancongan perlu kekal kompetitif dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Satu forum yang membincangkan mengenai koperasi mempromosi pelancongan lestari juga turut diadakan dengan menampilkan barisan panel yang terdiri daripada koperator dari Malaysia, Korea Selatan dan Indonesia. Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya bertindak sebagai moderator bagi forum tersebut. Selain pelancongan lestari, seminar yang dihadiri oleh 94 peserta dari 16 buah negara itu turut memberi fokus kepada topik Pertanian: Koperasi Pertanian dan Jaminan Makanan serta Pengguna: Produktiviti Ekonomi dalam Koperasi Pengguna.
» Pengerusi Koperasi Usahawan Groom Big Kedah Berhad, Encik Mohd Fadrol Hishaini Mohd Salleh.
» Pengerusi Koperasi Pekebun Kecil Daerah Batu Pahat, Dr. Hajah Hayati Md. Salleh (kanan) menjadi moderator untuk forum bertajuk “Sustainable Development of Agricultural Co-operatives for Food Security” yang menampilkan Ms. Samantha Orijola Subida dari Federation of Peoples’ Sustainable Development Cooperative, Filipina (tengah) dan Dr. Sengpaseuth Rasabandith dari Kementerian Pertanian & Perhutanan sebagai ahli-ahli panel.
8
PENGANTARABANGSAAN KOPERASI
ACO Perkenal Pelan Strategik 2020-2030 Bantu Koperasi ASEAN
Oleh : RAHMAT MOHD DID
A SEAN Co-operative Organization (ACO) bakal memperkenalkan Pelan Strategik 2020-2030 yang akan mendukung hasrat untuk memperkasakan perniagaan koperasi 10 negara anggotanya dan seterusnya meneroka pasaran luar ASEAN seperti Asia Pasifik, Eropah dan Afrika. Menurut presidennya, Dato’ Abdul Fattah Abdullah, ‘ASEAN Co-operative Framework 2020-2030’ akan membabitkan 64 juta anggota koperasi dari 10 buah negara dan menyasarkan keuntungan sekurang-kurangnya AS$100 juta bagi tempoh tersebut. “Langkah ini adalah untuk membawa ACO ke peringkat yang lebih tinggi seterusnya meninggalkan kesan ke dalam sektor ekonomi di rantau ASEAN khususnya gerakan koperasi,” katanya. Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan pembukaan Mesyuarat » Perwakilan bergambar selepas Mesyuarat Agung.
lima hingga 10 produk terbaik mereka untuk dipasarkan ke pasaran luar ASEAN dan ia juga meliputi perkhidmatan seperti pelancongan dan pendidikan. “Sebagai contoh, Malaysia akan menyediakan perkhidmatan modul koperasi sekolah manakala Singapura pula pusat pendidikan kanak-kanak. Manakala Laos mempunyai produk kopi yang cukup terkenal dan Filipina dengan produk minyak kelapa,” jelasnya. Turut berlangsung adalah seminar hala tuju ACO yang membincangkan kerjasama antara koperasi di ASEAN dalam sektor pertanian, peruncitan dan pelancongan, mencari peluang kepada koperasi ASEAN untuk turut serta dalam Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC), melihat semula polisi dan undang-undang berkaitan ekonomi serantau.
Mesyuarat mengumumkan perlantikan Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Kamarudin Ismail sebagai Setiausaha Agung ACO yang baharu. Hadir pada mesyuarat tersebut ialah turut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya; Naib Presiden Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN), Encik Insanial Burhamzah; Pengarah Kementerian Pertanian dan Perhutanan Laos, Dr. Sengpaseuth Rasabandith; Naib Pengerusi Pusat Koperasi Filipina, Encik Loreto L. Ramiro; Ketua Pengarah Eksekutif Gabungan Koperasi Kebangsaan Singapura (SNCF); Puan Koh Dolly dan Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Dato’ Ahmad Jamil Hashim.
Agung Tahunan ACO yang bertemakan “ACO Memacu Pertumbuhan Ekonomi Serantau dan Mewujudkan Kemewahan Mampan” di Johor Bahru pada 27 November 2019. Tambahnya, Blok ASEAN pada tahun akan datang mempunyai kekuatan menjadi blok keempat terbesar selepas China, India dan Amerika Syarikat. Setiap negara dalam ACO akan mengetengahkan
» Mesyuarat Agung Tahunan ACO 2019 kali ini dihadiri lima buah negara ASEAN termasuk Malaysia, Indonesia, Laos, Filipina dan Singapura.
9
PENGANTARABANGSAAN KOPERASI
Landasan Terbaik Tingkat Inovasi Sosial Forum Usahawan Muda ASEAN 2019
Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ
T Tema ‘Connecting ASEAN Youth Towards A Greater Social Innovation’ yang diangkat sempena Forum Usahawan Muda ASEAN 2019 adalah menepati matlamat untuk meningkatkan semangat keusahawan dalam kalangan belia. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah dalam ucaptamanya berkata, keusahawanan dalam koperasi itu sendiri mampu membantu para belia untuk membina kerjaya yang sesuai dengan sosioekonomi semasa, selain menyemai rasa tanggungjawab yang lebih tinggi terhadap persekitaran dan masyarakat. Menurut beliau, program sedemikian berupaya menjadi landasan inovasi sosial belia, seterusnya menjadi medan terbaik dalam berkongsi idea yang lebih inovatif sekali gus dapat memberi manfaat kepada setiap peserta. Di Malaysia sendiri terdapat 208 buah koperasi belia dengan keanggotaan seramai 81,000 orang dan koperasi-koperasi tersebut berupaya menjana pendapatan sekitar RM12 juta perolehan, dengan catatan RM142 juta aset dan RM34 juta syer. Forum Usahawan Muda ASEAN 2019 yang berlangsung di Kuching pada 16 November lalu berjaya mengumpulkan lebih 150 peserta dari negara-negara ASEAN. Majlis perasmiannya disempurnakan oleh Dr Zaidi Razak yang mewakili Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg. » Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah ketika menjayakan Ucaptama “Great Opportunities for The ASEAN Youth in this Era”
» Tetamu kenamaan termasuk Dr Zaidi Razak (lapan dari kiri) dan Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (lima dari kanan) bersama pihak-pihak yang memeterai MoU dalam Program Asean Young Entrepreneurs Forum 2019.
Forum anjuran Sarawak Multimedia Authority, Sarawak Entrepreneur Association, Koperasi Belia Inovatif Sarawak (KOBIS), Council for ASEAN Youth Co-operation (CAYC) dan Malaysia BIMP-EAGA Young Entrepreneur Chamber (BYEC) itu juga turut memberi tumpuan kepada isu-isu semasa, penyelesaian selain cadangan supaya mewujudkan lebih banyak peluang baharu kepada generasi akan datang. Seramai 12 orang ahli panel forum bercakap mengenai tajuk “ Capitalizing Social Innovation For Meaningful Impacts ”, “Strengthening Ties Through Digital Economy”
dan “ Understanding Youth, Millenials Market ”. Sebanyak empat MoU juga turut dimeterai oleh Sarawak Entrepreneurs Association dan Himpunan Pengusaha Muda Indonesia Kalimantan Barat, Serapi Bayu Sdn Bhd dan Universiti Malaysia Sarawak, SCAPE Co. Ltd Singapore dan Koperasi Belia Inovatif Sarawak serta Iana Corporation Sdn Bhd dan Rosfaniaga Services (B) Sdn Bhd. Hadir sama ialah Secretary General Committee ASEAN Youth Cooperation, Encik Mohd Zaidi Aziz dan Presiden Sarawak Entrepreneurs Association, Encik Nizam Dato’ Khalid.
» Peserta forum yang terdiri daripada beberapa negara ASEAN.
ANGKASA 10
Koperasi Sebagai Pemudahcara Bantu Rakyat Miliki Kediaman Sendiri
Oleh : NADIAH KAMARUDIN
» Peserta forum bergambar bersama barisan kepimpinan ANGKASA.
B ertepatan dengan matlamat untuk membantu kerajaan dalam menangani pelbagai cabaran berkaitan isu pemilikan rumah, sektor koperasi perlu memainkan peranan lebih signifikan dan menjadi pemudah cara kepada rakyat Malaysia khususnya anggota koperasi untuk memiliki kediaman sendiri. Demikian rumusan yang disimpulkan daripada Majlis Forum “Mampu Milik atau Mampu Tengok”: Isu Harga Rumah dan Bahan Binaan anjuran ANGKASA yang telah berlangsung pada 16 November lalu di Port Dickson. ANGKASA sebagai koperasi apeks gerakan koperasi negara semakin giat menggerakkan usaha untuk membantu mengurangkan kos pembangunan perumahan sekali gus memperkasakan lagi peranan koperasi dalam industri hartanah negara. Antaranya, seperti membantu koperasi membangunkan hartanah yang dimiliki oleh koperasi atau anggota koperasi, menyediakan khidmat konsultasi hartanah yang mesra koperasi serta mengadakan perbincangan dengan insitusi-institusi kewangan seperti Bank Rakyat, Coop Bank Pertama dan MBSB Bank Berhad dalam membantu anggota dalam aspek pembiayaan.
Beberapa siri perbincangan telah diadakan sebelum ini antara ANGKASA dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Hajah Zuraida Kamaruddin yang antara lainnya membincangkan isu dan cabaran yang dihadapi oleh koperasi dalam industri hartanah. Majlis forum tersebut yang berlangsung selama tiga hari turut menampilkan panel- panel yang terdiri daripada Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Sektor Hartanah dan Industri Binaan ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Jabatan Perumahan Negara, Encik Ahmad Zafwan Sulaiman; Pengerusi Koperasi Satusaha Selangor Berhad, Haji Mohammad Shukry Mat Aris dan Ikon Hartanah, Encik Ahyat Ishak. Forum tersebut turut menyentuh mengenai peranan yang boleh dimainkan oleh koperasi untuk membantu menangani peningkatan jumlah kediaman yang tidak terjual ekoran ketiadaan sistem bersepadu bagi memastikan kesepadanan antara penawaran dan permintaan. Menurut Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, jumlah kediaman di seluruh negara yang tidak terjual meningkat sebanyak 196.53 peratus daripada 10,897 unit pada tahun 2015
» Pengerusi JPAN Johor, Haji Sazali Abd. Hamid (tengah) sebagai moderator forum.
» Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Sektor Hartanah dan Industri Binaan ANGKASA, YBhg. Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa.
» Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Jabatan Perumahan Negara, Encik Ahmad Zafwan Sulaiman.
ANGKASA 11
» Pengerusi Koperasi Satusaha Selangor Berhad, Haji Mohammad Shukry Mat Aris.
» Ikon Hartanah, Encik Ahyat Ishak. kepada 32,313 unit pada tahun 2018. Anggota panel forum turut bersetuju bahawa koperasi dan anggotanya perlu memantapkan tiga perkara iaitu ilmu, kewangan dan emosi untuk berjaya dalam industri tersebut. Koperasi juga
» Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan merasmikan Direktori Koperasi Hartanah ANGKASA Edisi 2019.
digalakkan supaya menubuhkan kedai perkakasan ( hardware ) sendiri dalam usaha membantu mengurangkan kos harga rumah. Dalam majlis yang sama, Naib Presiden ANGKASA, Datuk Hj. Mohamad Ali Hasan telah merasmikan Program Jaringan
Hartanah Koperasi dan Mini Ekspo Hartanah. Beliau turut melancarkan Direktori Koperasi Hartanah ANGKASA Edisi 2019. Hadir sama di majlis tersebut ialah Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) iaitu Haji
Sazali Abd. Hamid (Johor), Dato’ Haji Ibrahim Abdullah (Negeri Sembilan) dan Encik Wan Mohamad Zain Wan Abdullah (Kelantan) dan Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim.
ANGKASA 12
MPOC Komited Bantu ANGKASA Bela Nasib Koperasi Perladangan
Oleh : RAHMAT MOHD DID
M ajlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) menyatakan sokongan terhadap usaha ANGKASA dalam memperjuangkan nasib koperasi perladangan kelapa sawit yang terjejas ekoran kempen sekatan minyak sawit di Eropah. Ketua Pengarah Eksekutifnya, Datuk Dr. Kalyana Sundram berkata, MPOC yang mempunyai pejabat serantau di 10 buah negara juga sedia membantu kempen ANGKASA di peringkat antarabangsa jika diperlukan. “Seperti semua sedia maklum, perjuangan Malaysia dalam isu minyak sawit ini sentiasa berterusan tetapi Kesatuan Eropah (EU) menentang segala bentuk penebangan hutan baharu untuk penanaman kelapa sawit. “ANGKASA boleh membawa naratif membantu pekebun kecil Malaysia di peringkat EU dan meminta
wakil mereka untuk datang ke Malaysia bagi menilai sendiri ladang-ladang sawit koperasi di sini selain menganugerahkan sijil kepada mana-mana koperasi yang menetapi piawaian antarabangsa. “Kami juga turut bersedia untuk melakukan sebarang
» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah menyampaikan cenderamata kepada Ketua Pengarah Eksekutif MPOC, Dr. Kalyana Sundram sewaktu sesi Kunjung Hormat ANGKASA ke MPOC. Turut sama ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Kamarudin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Tuan Haji Nasir Khan Yahaya dan Pengurus Sektor Perladangan ANGKASA, Encik Shafiee Ali.
hormat ANGKASA ke MPOC di ibu pejabat MPOC, Kelana Jaya, Selangor pada 11 November lalu. Sementara itu, Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah memberitahu, terdapat 650 koperasi di Malaysia yang mengusahakan ladang kelapa sawit dengan keluasan tanah sebesar 74 ribu ekar tidak termasuk FELDA, FELCRA dan RISDA. Harga sawit yang tidak menentu di samping sekatan oleh EU merisaukan anggota koperasi.
Menurut
beliau,
Timbalan
usahasama bersama ANGKASA dan kerajaan untuk memastikan usaha ini berhasil,” katanya. Datuk Dr. Kalyana juga berkata, kempen “Sayangi Sawitku” akan diteruskan pada tahun hadapan dan ANGKASA bersetuju untuk membantu kempen tersebut dengan membawanya ke peringkat koperasi sekolah di seluruh Malaysia. Beliau berkata demikian sewaktu perbincangan dalam sesi kunjung
Presiden merangkap Anggota Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) akan ke Belgium pada Januari tahun hadapan untuk Mesyuarat Lembaga Pengarah ICA. Beliau akan membawa suara koperasi di Malaysia dengan sokongan MPOC. Hadir sama ialah Ketua Pegawai ANGKASA Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan Pengurus Sektor Perladangan ANGKASA, Encik Shafiee Ali.
Pemberian Sebahagian Insentif PKS Untuk Koperasi Mampu Bantu Tingkat Perolehan
Oleh : NADIAH KAMARUDIN A NGKASA akan terus berusaha bagi memastikan sektor koperasi dilayan sepertimana Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sekali gus layak mendapatkan bantuan dan lain-lain insentif sepertimana yang sedia dinikmati oleh sektor tersebut pada masa ini. Kenyataan tersebut disuarakan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah sewaktu mengadakan kunjung hormat menemui Pengerusi SME Corp., Dato’ Sri Syed Hussien Al Habshee di ibu pejabat SME Corp.di Kuala Lumpur, 22 November lalu. Menurut Dato’ Abdul Fattah, prestasi sektor koperasi telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan berasaskan kepada statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Perolehan yang dicatat oleh Sektor Koperasi meningkat daripada RM34.9 bilion pada tahun 2014 kepada RM40.3 bilion pada tahun 2018. Sehingga Jun 2019, sektor tersebut berjaya merekodkan perolehan sebanyak RM24.6 bilion. ANGKASA yakin sekiranya koperasi diiktiraf sebagai PKS, sektor yang terdapat di dalamnya dapat dikembangkan dan berupaya meningkatkan perolehan serta sumbangan sekaligus membantu memacu pertumbuhan ekonomi negara. Menurut Garis Panduan Bagi Definisi Baharu PKS yang diterbitkan oleh SME Corp., antara syarat yang perlu dipatuhi oleh sesebuah entiti perniagaan untuk diklasifikasikan sebagai PKS adalah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia sama ada di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan (1956) atau Akta Pendaftaran Syarikat (1965) atau Akta Perkongsian Liabiliti Terhad (2012). Kunjung hormat tersebut juga memberi peluang kepada ANGKASA untuk menyatakan hasrat bekerjasama dengan SME
» Dato’ Abdul Fattah Abdullah (tengah) berharap kerajaan dapat memperincikan takrif PKS supaya gerakan koperasi turut dapat menikmati dana yang disediakan untuk PKS.
Corp. dalam pelbagai usaha terutama koperasi kariah masjid dan membantu mengurangkan kos sara hidup melalui program BA100. Hadir bersama ke kunjungan hormat tersebut ialah Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan Ketua Pegawai Bahagian Pembangunan Kluster, SME Corp., Encik Zaky Moh.
» ANGKASA berharap pertemuan dengan Pengerusi SME Corp., Dato’ Sri Syed Hussien Al Habshee (kanan) dapat membuka lebih banyak peluang kerjasama pada masa hadapan.
ANGKASA 13
Coop Farmasi Outlet Bentong
Pemangkin Kemajuan Sektor Koperasi
Oleh: MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN
C oop Farmasi Outlet Bentong, Pahang yang memulakan operasinya September lalu telah dibuka secara rasmi oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah pada 18 November 2019. Dalam ucapannya beliau berkata, bidang farmaseutikal domestik telah dikenal pasti sebagai antara industri yang berpotensi dalam pelan pembangunan ekonomi baharu negara. Nilai pasarannya merangkumi RM7.5 bilion sehingga suku tahun ke-3 pada 2018. Menurut beliau, premis farmasi dengan jenama ‘Coop Farmasi’ yang dibangunkan oleh Pharma Wellness ANGKASA akan menjadi jenama farmasi koperasi pertama negara dan berupaya menjadi pemangkin kepada kemajuan sektor koperasi khususnya dalam sektor penjagaan diri dan kesihatan. Coop Farmasi Outlet Bentong diuruskan dengan kerjasama antara Pharma Wellness ANGKASA dan
» Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Coop Farmasi Outlet Bentong, Pahang antara Pharma Wellness ANGKASA dan Koperasi Farmasi Muslim Pahang Berhad.
» Terdapat promosi dan potongan harga pelbagai produk terpilih semperna pembukaan Coop Farmasi Bentong.
Koperasi Farmasi Muslim Pahang Berhad dan terletak di Jalan Prima 1, Pusat Komersial Bentong Prima, Bentong, Pahang. Jaringan Coop Farmasi juga dapat memberi peluang kepada koperasi untuk terlibat secara langsung bersama-
sama ANGKASA dan Koperasi Farmasi Muslim Pahang Berhad dalam Projek Pharma Wellness. Hadir sama ialah Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN)
Pahang Zon 3, Dato’ Syed Ali Syed Mohammad; Pengerusi JPAN Pahang Zon 1, Haji Mohd Zahidi Haji Husain; Pengerusi JPAN Pahang Zon 2, Haji Mansor Ab. Rahman dan Pengerusi Koperasi Farmasi Muslim Pahang Berhad, Encik Aziz Jamaluddin.
Langkawi De Bleu Hotel Your Convenience is Our Priority Hotel Langkawi De Bleu berada di kawasan bandar Kuah, Langkawi dan berdekatan dengan pusat membeli belah. Jarak dari hotel ke jeti Langkawi hanya 5 kilometer manakala, jarak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ialah 18 kilometer. Hotel Langkawi De Bleu mempunyai dewan dan 44 buah bilik yang terdiri daripada pelbagai jenis bilik dengan pelbagai kemudahan yang disediakan kepada para pengunjung hotel. Antaranya adalah, kemudahan lift, flat screen televisyen, minibar, air minuman, kopi dan peralatan membuat kopi, bilik yang selesa dan mempunyai pendingin hawa, pengering rambut, air mandian sejuk dan panas, serta penggunaan wifi secara percuma. Koperasi Pembangunan Daerah Langkawi sentiasa mengalu-alukan kedatangan tetamu ke hotel miliknya. Koperasi Pembangunan Daerah Langkawi
Langkawi De Bleu Hotel Lot 144, 146 & 148, Persiaran Bunga Raya Langkawi Mall, 07000 Kuah Langkawi, Kedah Darul Aman Tel: 04 961 1375 WhatsApp: 012 597 1375 Email: info@langkawidebleuhotel.com Facebook: Langkawi De Bleu Hotel
ANGKASA 14
Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ “Perkasa Integriti Mantap Koperasi”
» Dr. Mohd Azlan sedang memberikan pandangan dalam Sesi bual bicara Wacana Ilmu “Perkasa Integriti Mantap Koperasi”.
» Naib Presiden ANGKASA, Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman mewakili Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah berucap dalam majlis perasmian.
K operasi perlu bijak mengurus kejayaan serta berupaya mengatasi pelbagai kelemahan dan kekurangan membabitkan cabaran dalam pengurusan kewangan, kepimpinan dan penglibatan anggota. Usaha pemupukan nilai dan integriti serta kepimpinan berkesan menjadi tunjang kepada kekuatan dan kestabilan sesebuah koperasi. Pemantapan etika dan integriti pula perlu dibudaya dan dijadikan sebagai asas utama dalam tadbir urus sesebuah koperasi. Demikian antara inti pati kupasan isu dalam siri kedua Wacana Ilmu “Perkasa Integriti Mantap Koperasi” yang diadakan di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya, 23 Oktober lalu. Wacana Ilmu “Perkasa Integriti Mantap Koperasi” menampilkan tiga panelis terdiri daripada Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Integriti Dan Tadbir Urus ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya; Presiden The Malaysia Association Certified Fraud Examiners (MACFE), Dato’ Sri Akhbar Satar dan Konsultan Syariah Telaga Biru & Alliance Bank, Ustaz Fauwaz Fadzil Noor yang dikendalikan oleh moderator, Penyampai Radio IKIM.fm, Suffian Amrin.
Menurut Dr. Mohd Azlan, ANGKASA meletakkan integriti sebagai perkara utama dalam koperasi. Pengamalan nilai-nilai koperasi seperti Sadik, Amanah dan Telus menjadi tunjang dalam melestarikan budaya integriti dan akauntabiliti sektor koperasi. “ANGKASA sentiasa berusaha memberi kefahaman, penghayatan dan aplikasi integriti dengan cara yang betul melalui pendidikan dan penerapan nilai-nilai spiritual dan kebendaan bagi melahirkan peribadi yang mantap. Pelaksanaan Program Ikrar Bebas Rasuah dan Modul Integriti Koperasi Kerjasama ANGKASA-SPRM antara inisiatif yang digerakkan ANGKASA ke arah usaha memberi penerangan terhadap bahaya rasuah dan langkah terancang ke arah memperkukuhkan tadbir urus yang baik sebagai pemimpin dan anggota dalam gerakan koperasi negara,” katanya. Sementara itu, Dato’ Sri Akhbar mendedahkan Malaysia berada di tangga ke-61 daripada 180 buah negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) tahun 2018 berbanding kedudukan ke-62 pada 2017. Ujarnya, berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI), negara berada pada kedudukan skor ke 47 daripada 100 dalam tinjauan CPI tahun lalu dan 2017. Denmark dan New
Zealand diumumkan sebagai negara paling bersih rasuah dengan catatan skor masing-masing sebanyak 88 dan 87. Beliau juga turut memuji inisiatif ANGKASA yang memandang serius usaha membanteras dan memerangi rasuah kerana ia bukanlah tanggungjawab eksklusif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semata-mata, sebaliknya ia adalah amanah dan tugas yang perlu dikongsi secara bersama oleh seluruh lapisan masyarakat bagi memastikan negara bebas rasuah dan salah guna kuasa. Menurut Ustaz Fauwaz Fadzil Noor, Islam meletakkan integriti sebagai teras utama dalam amalan yang menjadi contoh ikutan atau model kepada sifat amanah seseorang insan. “Amalan integriti dan kepimpinan koperasi terbaik mesti dipraktikkan dalam tadbir urus perniagaan bagi membolehkan koperasi terus mampan dan lebih berdaya saing. Kepimpinan yang berintegriti dapat memberi impak yang positif terhadap kejayaan tadbir urus koperasi,” katanya. Terdahulu, Wacana Ilmu “Perkasa Integriti Mantap Koperasi” dirasmikan oleh Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik mewakili Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah. Hadir sama ialah
Ketua Penolong Pengarah Kawal Selia Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Wilayah Persekutuan, Encik Mohd Aznan Abd. Aziz; Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Wilayah Persekutuan, Haji Zulkifli Jamaludin dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahya.
» Sebahagian hadirin yang hadir pada sesi bual bicara Wacana Ilmu “Perkasa Integriti Mantap Koperasi”.
» Ketua Penolong Pengarah Kawal Selia SKM, Wilayah Persekutuan, Encik Mohd Aznan mengemukakan soalan kepada panel.
ANGKASA 15
Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ Wanita Perlu Aktif Gerak Ekonomi Koperasi P englibatan aktif wanita dalam sektor koperasi penting bagi memastikan gerakan koperasi
“ANGKASA berhasrat melahirkan lebih ramai koperator wanita yang berjaya dalam perniagaan dan mampu membantu negara menjana peluang pekerjaan pada masa hadapan tanpa menjejaskan peranan sebagai isteri dan ibu,” katanya. Menurut beliau, usaha ANGKASA menggalakkan penglibatan koperasi wanita secara berkelompok melalui Konsortium Koperasi Wanita berskala besar diharap dapat mewujudkan ekosistem yang lebih mantap dan menjadikan koperasi lebih dinamik dan progresif untuk kebajikan dan sosioekonomi anggotanya. Beliau berkata demikian sewaktu berucap di hadapan kira-kira 400 koperator wanita seluruh negara yang hadir meraikan sambutan Hari Wanita Desa Antarabangsa 2019 anjuran ANGKASA di Subang Jaya, 19 November lalu. Hadir sama di majlis tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya.
» Dato’ Abdul Fattah dan barisan kepimpinan ANGKASA bergambar bersama peserta pada Majlis Sambutan Hari Wanita Desa Antarabangsa 2019 di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya, baru-baru ini.
terus berdaya saing, memberi impak besar sekali gus melonjakkan sektor ini untuk sama-sama menyumbang kepada pendapatan negara. Peranan yang dimainkan koperator wanita dalam menggerakkan ekonomi sektor koperasi begitu signifikan dan ia terbukti apabila sejumlah 2.5 juta anggota daripada 6.5 juta keseluruhan anggota koperasi adalah wanita. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah ketika merasmikan Sambutan Hari Wanita Desa Antarabangsa 2019 menzahirkan rasa kagum terhadap pencapaian dan kejayaan koperator wanita dalam menggerakkan koperasi wanita masing-masing. Katanya, penyertaan besar kelompok ini dalam gerakan koperasi memperlihatkan mereka bersifat proaktif dan sentiasa berdikari selaras dengan usaha kerajaan yang mahu meningkatkan penyertaan wanita dalam membina ekonomi selain memastikan hak kesaksamaan gender dipenuhi. “Koperasi-koperasi wanita wajar mengambil peluang meningkatkan produktiviti wanita dan koperasi untuk terlibat dalam pelbagai bidang terutama dalam keusahawanan secara lebih berani dan kreatif, selaras dengan tema sambutan kali ini iaitu ‘Memperkasakan Wanita Untuk Kesejahteraan’.
» Dato’ Abdul Fattah dan Datuk Haji Mohamad Ali Hassan melawat gerai pameran.
» Dato’ Abdul Fattah dan Haji Nasir Khan Yahaya sewaktu melawat gerai pameran.
» Peserta mendengar penerangan mengenai produk yang dijual.
» Dato’ Abdul Fattah dan barisan kepimpinan ANGKASA bergambar bersama peserta dan produk mereka.
» Antara produk koperasi yang mendapat sambutan.
» Sebahagian koperator wanita yang hadir.
Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease