Wadah PELANCAR Edisi Disember 2019

ANGKASA 10

Koperasi Sebagai Pemudahcara Bantu Rakyat Miliki Kediaman Sendiri

Oleh : NADIAH KAMARUDIN

» Peserta forum bergambar bersama barisan kepimpinan ANGKASA.

B ertepatan dengan matlamat untuk membantu kerajaan dalam menangani pelbagai cabaran berkaitan isu pemilikan rumah, sektor koperasi perlu memainkan peranan lebih signifikan dan menjadi pemudah cara kepada rakyat Malaysia khususnya anggota koperasi untuk memiliki kediaman sendiri. Demikian rumusan yang disimpulkan daripada Majlis Forum “Mampu Milik atau Mampu Tengok”: Isu Harga Rumah dan Bahan Binaan anjuran ANGKASA yang telah berlangsung pada 16 November lalu di Port Dickson. ANGKASA sebagai koperasi apeks gerakan koperasi negara semakin giat menggerakkan usaha untuk membantu mengurangkan kos pembangunan perumahan sekali gus memperkasakan lagi peranan koperasi dalam industri hartanah negara. Antaranya, seperti membantu koperasi membangunkan hartanah yang dimiliki oleh koperasi atau anggota koperasi, menyediakan khidmat konsultasi hartanah yang mesra koperasi serta mengadakan perbincangan dengan insitusi-institusi kewangan seperti Bank Rakyat, Coop Bank Pertama dan MBSB Bank Berhad dalam membantu anggota dalam aspek pembiayaan.

Beberapa siri perbincangan telah diadakan sebelum ini antara ANGKASA dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Hajah Zuraida Kamaruddin yang antara lainnya membincangkan isu dan cabaran yang dihadapi oleh koperasi dalam industri hartanah. Majlis forum tersebut yang berlangsung selama tiga hari turut menampilkan panel- panel yang terdiri daripada Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Sektor Hartanah dan Industri Binaan ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Jabatan Perumahan Negara, Encik Ahmad Zafwan Sulaiman; Pengerusi Koperasi Satusaha Selangor Berhad, Haji Mohammad Shukry Mat Aris dan Ikon Hartanah, Encik Ahyat Ishak. Forum tersebut turut menyentuh mengenai peranan yang boleh dimainkan oleh koperasi untuk membantu menangani peningkatan jumlah kediaman yang tidak terjual ekoran ketiadaan sistem bersepadu bagi memastikan kesepadanan antara penawaran dan permintaan. Menurut Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, jumlah kediaman di seluruh negara yang tidak terjual meningkat sebanyak 196.53 peratus daripada 10,897 unit pada tahun 2015

» Pengerusi JPAN Johor, Haji Sazali Abd. Hamid (tengah) sebagai moderator forum.

» Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Sektor Hartanah dan Industri Binaan ANGKASA, YBhg. Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa.

» Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Jabatan Perumahan Negara, Encik Ahmad Zafwan Sulaiman.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease