Wadah PELANCAR Edisi Disember 2019

9

PENGANTARABANGSAAN KOPERASI

Landasan Terbaik Tingkat Inovasi Sosial Forum Usahawan Muda ASEAN 2019

Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ

T Tema ‘Connecting ASEAN Youth Towards A Greater Social Innovation’ yang diangkat sempena Forum Usahawan Muda ASEAN 2019 adalah menepati matlamat untuk meningkatkan semangat keusahawan dalam kalangan belia. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah dalam ucaptamanya berkata, keusahawanan dalam koperasi itu sendiri mampu membantu para belia untuk membina kerjaya yang sesuai dengan sosioekonomi semasa, selain menyemai rasa tanggungjawab yang lebih tinggi terhadap persekitaran dan masyarakat. Menurut beliau, program sedemikian berupaya menjadi landasan inovasi sosial belia, seterusnya menjadi medan terbaik dalam berkongsi idea yang lebih inovatif sekali gus dapat memberi manfaat kepada setiap peserta. Di Malaysia sendiri terdapat 208 buah koperasi belia dengan keanggotaan seramai 81,000 orang dan koperasi-koperasi tersebut berupaya menjana pendapatan sekitar RM12 juta perolehan, dengan catatan RM142 juta aset dan RM34 juta syer. Forum Usahawan Muda ASEAN 2019 yang berlangsung di Kuching pada 16 November lalu berjaya mengumpulkan lebih 150 peserta dari negara-negara ASEAN. Majlis perasmiannya disempurnakan oleh Dr Zaidi Razak yang mewakili Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg. » Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah ketika menjayakan Ucaptama “Great Opportunities for The ASEAN Youth in this Era”

» Tetamu kenamaan termasuk Dr Zaidi Razak (lapan dari kiri) dan Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (lima dari kanan) bersama pihak-pihak yang memeterai MoU dalam Program Asean Young Entrepreneurs Forum 2019.

Forum anjuran Sarawak Multimedia Authority, Sarawak Entrepreneur Association, Koperasi Belia Inovatif Sarawak (KOBIS), Council for ASEAN Youth Co-operation (CAYC) dan Malaysia BIMP-EAGA Young Entrepreneur Chamber (BYEC) itu juga turut memberi tumpuan kepada isu-isu semasa, penyelesaian selain cadangan supaya mewujudkan lebih banyak peluang baharu kepada generasi akan datang. Seramai 12 orang ahli panel forum bercakap mengenai tajuk “ Capitalizing Social Innovation For Meaningful Impacts ”, “Strengthening Ties Through Digital Economy”

dan “ Understanding Youth, Millenials Market ”. Sebanyak empat MoU juga turut dimeterai oleh Sarawak Entrepreneurs Association dan Himpunan Pengusaha Muda Indonesia Kalimantan Barat, Serapi Bayu Sdn Bhd dan Universiti Malaysia Sarawak, SCAPE Co. Ltd Singapore dan Koperasi Belia Inovatif Sarawak serta Iana Corporation Sdn Bhd dan Rosfaniaga Services (B) Sdn Bhd. Hadir sama ialah Secretary General Committee ASEAN Youth Cooperation, Encik Mohd Zaidi Aziz dan Presiden Sarawak Entrepreneurs Association, Encik Nizam Dato’ Khalid.

» Peserta forum yang terdiri daripada beberapa negara ASEAN.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease