Wadah PELANCAR EDISI OGOS 2025

Wadah

OGOS 2025 JILID: WP07/8

http://pelancar.online

www.angkasa.coop

KDN PP19744/02/2023 (035373)

Akta Koperasi Baharu Dikuatkuasakan Sepenuhnya Disember 2026

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick (tengah) mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) Bilangan 2/2025 di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur pada 4 Ogos 2025.

Oleh: RAHMAT MOHD DID

Bilangan 2/2025 yang berlangsung di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur pada 4 ogos 2025. Menurut beliau, Rang Undang-Undang (RUU) Koperasi tersebut kini berada pada fasa akhir penggubalan sebelum dibentangkan di Parlimen pada awal Disember 2025. “Sepanjang proses penyediaannya, sebanyak 23 sesi libat urus telah dilaksanakan oleh KUSKOP dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) membabitkan penyertaan 47 agensi kerajaan, koperasi premier, persekutuan, ANGKASA,

universiti tempatan, koperasi dan anggota pentadbiran serta kerajaan negeri Sabah, Pulau Pinang, Johor, Pahang dan Sarawak. Dalam masa sama, KUSKOP turut mengadakan MPKK Bilangan 2/2025 lebih awal sebelum sesi pembentangan Belanjawan 2026 yang dijadualkan Oktober 2025 untuk memastikan gerakan koperasi dapat menyuarakan input dan cadangan Belanjawan daripada perspektif koperasi untuk dipertimbangkan oleh Kementerian Kewangan.

Akta Koperasi baharu bagi menggantikan Akta Koperasi 1993 (Akta 502) dijangka akan diwartakan pada Jun 2026 dan mula dikuatkuasakan selewat-lewatnya pada Disember 2026. Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK)

BERSAMBUNG DI MUKA 2

Sila Klik Kod QR untuk maklumat lanjut

2 INFO SEMASA

Wadah

OGOS 2025

Anggota Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) Bilangan 2/2025 bergambar sebelum mesyuarat bermula.

DARI MUKA 1

"Hal ini penting bagi memastikan Belanjawan 2026 disediakan tidak meminggirkan sektor koperasi negara,” katanya. Tambahnya lagi, akta baharu yang membabitkan 96 peruntukan asal yang akan disusun semula dan ditambah baik tersebut dirangka berdasarkan keperluan semasa serta aspirasi untuk memperkukuh sektor koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi rakyat. Hal ini juga selari dengan Prakarsa 9 dalam Rancangan Malaysia ke-13 yang diumumkan Perdana Menteri pada 31 Julai 2025, iaitu memperkasakan sektor ketiga sebagai salah satu instrumen keadilan sosial dan kesaksamaan peluang. “Melalui pewartaan akta koperasi yang baharu kelak, kerajaan berharap gerakan koperasi negara akan lebih cekap, dinamik dan bersedia mendepani cabaran ekonomi global serta memberi manfaat langsung kepada kesejahteraan rakyat,” jelasnya. Tiga kertas pembentangan turut dibincangkan meliputi satu kertas perbincangan dasar dan dua kertas makluman yang berkaitan perkembangan semasa sektor koperasi. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah juga berpeluang memberi cadangan agar kerajaan

membantu 3,500 buah kedai koperasi BA100 berdaftar untuk mendapatkan Sistem Point of Sale (POS) seiring dengan Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi (DigiKOP) 2030 agar koperasi-koperasi yang terlibat boleh bergerak lebih efisien. “Setakat ini, hanya sekitar 1,000 buah outlet koperasi yang menggunakan Sistem POS dan selebihnya masih menggunakan cara manual kerana kekangan kewangan akibat kos pemasangan Sistem POS yang tinggi,” ujarnya. Beliau turut meminta kerajaan untuk mempertimbangkan penyenaraian kedai koperasi sebagai pusat penebusan bantuan RM100 di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mulai 31 Ogos 2025. MPKK Bilangan 2/2025 turut dihadiri oleh Timbalan Menteri KUSKOP, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud, Pengerusi SKM, Leftenan Jeneral, Datuk Ahmad Norihan Jalal (B), Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Puan Noor Afifah Abdul Razak, Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia, Datuk Mohd Ali Mansor dan Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik. Mesyuarat turut disertai oleh 14 Exco Kerajaan Negeri yang memegang portfolio koperasi, sembilan wakil gerakan koperasi, dua wakil akademik dan satu wakil industri.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah turut menyuarakan pandangan pada sesi 'Cadangan Insentif Bajet 2026 berdasarkan Input Gerakan Koperasi' di MPKK Bilangan 2/2025.

Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik mewakili ANGKASA sebagai salah seorang pembentang usul.

Sidang Pengarang

Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Timbalan Presiden • Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Naib Presiden • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA • Halim Haji Ibrahim Pengurus • Mohd. Zakuan Azmi Pengarang

Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal Diterbitkan Oleh ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (4630/12.5.71) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. Seksyen Penerbitan Bahagian Korporat ANGKASA E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD (253940-X)

• Nor Azah Abd. Aziz • Nadiah Kamarudin • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor

Jalan Chan Sow Lin, 50554 Kuala Lumpur.

INFO SEMASA

3

Wadah

OGOS 2025

ANGKASA Rangkul Dua Anugerah Berprestij Peringkat Nasional dan Antarabangsa

daya saing, inovasi dan sumbangan berterusan kepada anggota secara mampan. Keesokan harinya, pada 8 Ogos 2025, ANGKASA sekali lagi diangkat di pentas antarabangsa apabila menerima The Asia HRD Awards 2025 bagi kategori Contribution to Organisation dalam majlis di University of Cyberjaya (UoC), Cyberjaya. Anugerah itu telah disampaikan oleh Canselor UoC, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah, manakala majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh. Anugerah berkenaan mengiktiraf organisasi yang membina kejayaan menerusi sistem, proses dan amalan inovatif yang memacu pembangunan modal insan secara menyeluruh. ANGKASA dipilih oleh Jawatankuasa Anugerah Bebas yang dipengerusikan mantan Menteri Kerja Raya Bahrain, H.E. Engineer Fahmi Ali Al Jowder.

Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization , Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menerima Industry Outstanding Awards bagi kategori Koperasi sempena Malaysia Industry Awards 2025 (MINDA 2025) yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof (kanan) dalam satu majlis di ibu negara pada 7 Ogos 2025.

Oleh: NADIAH KAMARUDIN

ANGKASA terus mengukir kejayaan apabila merangkul dua pengiktirafan berprestij dalam tempoh dua hari berturut-turut, membuktikan peranannya sebagai peneraju utama gerakan koperasi negara di peringkat nasional dan antarabangsa. Pada 7 Ogos 2025, ANGKASA menerima Industry Outstanding Awards bagi kategori Koperasi sempena Malaysia Industry Awards 2025 (MINDA 2025) dalam satu majlis di ibu negara. Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof kepada Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Pengiktirafan tersebut dilihat sebagai penghormatan bukan sahaja kepada ANGKASA, malah seluruh gerakan koperasi yang telah menunjukkan perubahan signifikan dalam pelbagai sektor ekonomi melalui peningkatan

Canselor University of Cyberjaya, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah menyampaikan trofi The Asia HRD Awards 2025 bagi kategori Contribution to Organisation kepada Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dalam satu majlis di Cyberjaya pada 8 Ogos 2025.

Mengulas kejayaan berganda itu, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menegaskan bahawa kejayaan tersebut adalah hasil komitmen seluruh warga kerja ANGKASA dalam membudayakan inovasi, memperkukuh kapasiti koperasi dan memajukan pembangunan sumber manusia. “Pengiktirafan ini bukan sahaja untuk ANGKASA, bahkan untuk semua yang bekerja keras memastikan gerakan koperasi terus relevan, berdaya saing dan memberi nilai tambah kepada anggota. Ini menjadi motivasi untuk kami terus memperkasakan modal insan demi kemajuan bersama,” katanya.

Dari Meja Presiden

Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun 2025 iaitu 'Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni' memberi maksud yang lebih menjurus kepada komitmen kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat dan pembangunan negara sentiasa diberi perhatian selaras dengan nilai- nilai kemanusiaan. Seiring dengan prinsip-prinsip koperasi yang diperjuangkan, ANGKASA mahu supaya tahap jati diri dalam kalangan anggota koperasi sentiasa berada pada tahap tertinggi. Penyerapan nilai-nilai tersebut sangat penting sebagai simbol keprihatinan dan semangat koperator yang berjiwa kemasyarakatan dan suka untuk saling membantu antara satu sama lain.

Jika amalan seperti ini dapat terus diterapkan kepada koperator, gerakan koperasi di Malaysia pasti mampu mencapai matlamat dalam penubuhannya selain lebih dihormati oleh masyarakat. Bersama-samalah kita berusaha untuk menjadikan koperasi yang kita naungi sebagai platform keprihatinan dan kemajuan sosioekonomi yang lebih berkesan. Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang Ke-68. Semoga negara kita Malaysia maju jaya dan kesejahteraan rakyat terus terbela.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA

INFO SEMASA

4

Wadah

OGOS 2025

Koperasi Kariah Masjid Pemacu Ekonomi Ummah

Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam berharap agar kesemua masjid di seluruh negeri Melaka dapat menubuhkan koperasi.

Oleh: NADIAH KAMARUDIN

Melaka menjadi negeri pertama melancarkan Buku Garis Panduan: Pendaftaran Koperasi Kariah Masjid dan Surau Negeri Melaka.

Sebanyak sembilan daripada sepuluh sumber rezeki datang daripada bidang perniagaan. Rasulullah SAW berniaga. Saidatina Khadijah juga berniaga. Malah, para pendakwah Islam yang datang ke Melaka dahulu seperti Sayyid Abdul Aziz turut menyebarkan Islam melalui perniagaan. Penyebaran Islam berkembang pesat bukan sahaja melalui dakwah lisan, malah diperkukuh menerusi aktiviti perniagaan yang menjadi medium utama para pendakwah terdahulu. Demikian dinyatakan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam ketika merasmikan Konvensyen Koperasi Kariah Masjid Peringkat Negeri Melaka di Masjid Al-Azim, Kampung Bukit Palah, Melaka pada 7 Ogos 2025. “Kita ini kalau bersendirian, memang sukar untuk jadi kaya. Oleh sebab itu, kita perlu berpakat di bawah koperasi. Hari ini, sepatutnya kita bercerita mengenai kejayaan koperasi, bukan lagi sekadar usaha menubuhkannya. Sebagai contoh, kalau kita seorang, memang susah nak beli tanah. Tetapi melalui koperasi kariah masjid, kita boleh bergabung tenaga, beli tanah dan bangunkan perniagaan bersama. Inilah pentingnya koperasi sebagai satu untuk semua, semua untuk satu,” ujarnya. Konvensyen tersebut dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) serta ANGKASA Negeri Melaka dan Koperasi Gabungan Masjid-Masjid Negeri Melaka Berhad (KOGMAS). Terdahulu, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka, YB Datuk Rahmad Mariman dalam ucapannya berkata,

Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam meluangkan masa berkunjung ke Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) ANGKASA yang diadakan bersempena konvensyen sambil diiringi Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.

Lebih 400 peserta telah menghadiri Konvensyen Koperasi Kariah Masjid Peringkat Negeri Melaka.

INFO SEMASA

5

Wadah

OGOS 2025

pemerkasaan koperasi kluster mikro berjumlah RM300,000, meliputi RM200,000 bagi bantuan kewangan dan RM100,000 untuk pembangunan koperasi. Pada konvensyen terbabit juga dilancarkan Buku Garis Panduan: Pendaftaran Koperasi Kariah Masjid dan Surau Negeri Melaka. Sebagai pengisian program, turut diadakan forum bual bicara bertajuk ‘Koperasi Kariah Masjid: Teras Ekonomi Nadi Ummah’ yang menampilkan panel jemputan terdiri daripada Pengarah SKM Cawangan Negeri Melaka, Encik Mustafa Kamal Mohd Nor, Pegawai Tadbir Agama Daerah Alor Gajah JAIM, Ustaz Huzailan Hamzah dan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Forum tersebut dikendalikan oleh Pengerusi ANGKASA Negeri Melaka merangkap Pengerusi KOGMAS, Haji Zaidan Haji Abd Hadi. Turut diadakan adalah taklimat bertajuk ‘Cabaran dalam Pengurusan Koperasi Kariah Masjid di Semenanjung Malaysia’ yang disampaikan oleh Pengarah Pusat Perundingan Koperasi, Institut Koperasi Malaysia, Puan Roziah Mohamed. Hadir sama, Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Tawil, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Haji Azam Sulaiman dan Pengarah JAIM, YBhg. Datuk Md Azhan Samat.

Forum bual bicara bertajuk ‘Koperasi Kariah Masjid: Teras Ekonomi Nadi Ummah’ menampilkan panel jemputan terdiri daripada (dari kanan) Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, Pegawai Tadbir Agama Daerah Alor Gajah, Jabatan Agama Islam Melaka, Ustaz Huzailan Hamzah dan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Melaka, Encik Mustafa Kamal Mohd Nor serta Pengerusi ANGKASA Negeri Melaka merangkap Pengerusi Koperasi Gabungan Masjid-Masjid Negeri Melaka Berhad, Haji Zaidan Haji Abd Hadi sebagai moderator.

sebanyak 64 koperasi kariah masjid telah direkodkan di negeri Melaka sehingga 30 Jun 2025, dengan jumlah perolehan mencecah RM2.85 juta; peningkatan hampir 100 peratus berbanding tahun 2021. Tambah beliau, pada tahun 2024, Kerajaan Negeri Melaka telah memperuntukkan dana sebanyak RM100,000 bawah inisiatif Bantuan

Pembangunan Ekonomi Koperasi Kariah Masjid Negeri Melaka (e-KOMAS) untuk membantu koperasi kariah masjid membeli peralatan. Sebanyak 13 koperasi telah menerima manfaat daripada inisiatif tersebut, khususnya dalam pembangunan Barakah Hub.

Beliau juga berkata, bagi tahun 2025, kerajaan negeri sekali lagi menyediakan dana ANGKASA Komited Perluas Penubuhan Koperasi Kariah Masjid

Oleh: MOHD IDZDIHAR NOORIDZAHIR

ANGKASA akan terus berusaha untuk memperluas penubuhan Koperasi Kariah Masjid (KKM) kerana potensinya yang besar dalam menjana pembangunan sosioekonomi umat Islam khususnya kariah setempat selain dapat membantu mengoptimumkan keperluan dan juga aset masjid. Demikian dinyatakan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika menyampaikan ucapan sempena Bengkel Penubuhan Koperasi Kariah Masjid Negeri Wilayah Persekutuan 2025 di Masjid Saidina Hamzah, Kuala Lumpur pada 8 Ogos 2025. Katanya, bagi merealisasikan perkara tersebut, ANGKASA telah memperuntukkan RM130,000 melalui Bajet ANGKASA 2025 dengan tumpuan khusus kepada pelaksanaan program teras seperti Bengkel Pembangunan Pelan Strategi dan Bengkel Pemerkasaan Perniagaan selain Inisiatif Bantuan Permulaan Mesyuarat Agung (MAP) berjumlah RM500 bagi penubuhan koperasi baharu. Tambah beliau lagi, ANGKASA bersedia untuk memberikan sokongan penuh melalui pelbagai program pembangunan serta latihan bagi membantu KKM berkembang dengan lebih berkesan. Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Haji Hanifuddin Roslan (lima dari kanan) bergambar bersama peserta Bengkel Penubuhan Koperasi Kariah Masjid Negeri Wilayah Persekutuan 2025 yang telah berlangsung di Masjid Saidina Hamzah, Kuala Lumpur pada 8 Ogos 2025.

Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Haji Hanifuddin Roslan turut menyatakan sokongan beliau dan JAWI dalam usaha ANGKASA menubuhkan KKM terutamanya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Majlis turut diselangi dengan sesi taklimat bertajuk `Halatuju Koperasi Kariah Masjid' yang disampaikan oleh Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan dan Perniagaan Koperasi Kariah

Masjid ANGKASA, Encik Mohd Safian Abdul Rahman. Hadir sama ialah Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Wilayah Persekutuan, Haji Fadilah Salim, Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain dan barisan Jawatankuasa ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan.

INFO SEMASA

6

Wadah

OGOS 2025

4,000 Peserta Meriahkan CIMB ACNR 2025 di Jambatan Kedua Pulau Pinang

Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi (enam dari kiri) melepaskan peserta bagi kategori 21km dalam CIMB ASEAN Cultural Night Run @ Penang 2nd Bridge (CIMB ACNR 2025) yang berlangsung di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Pulau Pinang pada 16 Ogos 2025.

dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, YB Gooi Zi Sen, EXCO Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi Negeri Pulau Pinang, YB Fahmi Zainol, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Seri Azman Ibrahim, Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Seri Utama Ir. Hasni Mohammad, Ketua Pengarah LLM, Dato’ Ir Haji Sazali Harun dan Pengerusi Koperasi Lembaga Lebuhraya Malaysia Berhad (KLLMB), Dato’ Idrus Mat Tais. Turut hadir ialah Duta Besar Filipina ke Malaysia, Puan Yang Terutama Ms. Maria Angela Abrera Ponce dan Duta Besar Thailand ke Malaysia, Puan Yang Terutama Ms. Lada Phumas. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization , Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah juga hadir bagi melepaskan peserta VIP Walk dengan simbolik mengibarkan bendera ANGKASA. Peserta tampil dengan semangat luar biasa, ramai antaranya mengenakan pakaian tradisional ASEAN yang mencetuskan suasana karnival, diwarnai persembahan muzik, tarian dan sorakan penonton sepanjang laluan. Peserta juga berpeluang membawa pulang pelbagai ganjaran. Pemenang utama bagi kategori 21km dan 10km menerima hadiah wang tunai, selain hadiah berbentuk barangan seperti baucar barangan sukan. Penganjur turut menyediakan cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik

Oleh: NADIAH KAMARUDIN

Suasana malam di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Pulau Pinang bertukar meriah apabila kira-kira 4,000 peserta menyertai CIMB ASEAN Cultural Night Run @ Penang 2nd Bridge (CIMB ACNR 2025) pada 16 Ogos 2025. Penganjuran program larian itu juga dibuat bersempena Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 yang mengetengahkan tema ‘Keterangkuman dan Kemampanan’, mencerminkan komitmen negara membina ASEAN yang bersatu, makmur dan lestari. Acara yang bermula tepat jam 8:00 malam itu menawarkan tiga kategori, iaitu 21km (Separuh Maraton), 10km dan 5km Fun Run dengan latar pemandangan memukau di jambatan terpanjang negara yang diterangi cahaya malam. Seramai 108 peserta tajaan ANGKASA turut menyertai kategori 5km sambil membawa bendera ANGKASA, Coop dan Tahun Koperasi Antarabangsa 2025 (IYC2025) sekali gus menonjolkan semangat kesatuan koperasi di pentas antarabangsa. Majlis pelepasan acara berprestij itu turut diserikan dengan kehadiran Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi yang melepaskan peserta bagi kategori 21km, 10km dan 5km. Hadir sama ialah Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Ahmad Maslan, EXCO Belia, Sukan

Presiden ANGKASA bergambar bersama YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi (enam dari kiri), Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Ahmad Maslan (tiga dari kanan), EXCO Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, YB Gooi Zi Sen (kanan sekali), Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Seri Utama Ir. Hasni Mohammad (kiri sekali) dan Duta Besar Filipina ke Malaysia, Puan Yang Terutama Ms. Maria Angela Abrera Ponce (lima dari kanan).

Barisan tetamu kehormat ketika menyertai VIP Walk sepanjang 3km.

termasuk basikal, baucar percutian, barangan elektronik dan produk makanan, di samping hadiah untuk Pakaian Budaya Terbaik.

CIMB ACNR 2025 dianjurkan bersama oleh LLM dan KLLMB dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya, Suruhanjaya Koperasi

INFO SEMASA

7

Wadah

OGOS 2025

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah, EXCO Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi Negeri Pulau Pinang, YB Fahmi Zainol (kiri sekali), Pengerusi ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Dato’ Haji Mohd Jamil Othman (dua dari kiri) dan Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim (kanan sekali) masing-masing menunjukkan pingat yang dimenangi.

Kakitangan ANGKASA ketika menyertai 5km Fun Run sambil memegang bendera ANGKASA.

Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik ketika menyertai 5km Fun Run .

Malaysia, Negeri

ANGKASA,

Kerajaan

Pulau Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Persatuan Olahraga Amatur Negeri Pulau Pinang serta Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, manakala CIMB Bank adalah sebagai rakan utama. Penganjuran tersebut bukan sahaja meraikan semangat kesukanan, malah bertujuan memupuk semangat muhibah Pinang, dan toleransi dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia, di samping menjadi produk pelancongan untuk negeri Pulau Pinang khususnya dan Malaysia amnya. Acara itu juga membuka ruang memperkenalkan kepelbagaian budaya Malaysia kepada pelancong asing, mempromosikan gaya hidup sihat, mengukuhkan hubungan kekeluargaan serta pada masa

Kakitangan ANGKASA ketika menyertai 5km Fun Run .

Peserta mengenakan pakaian tradisional ketika menyertai larian.

sama

memperkenalkan

dan

Datuk Mohd Ali Mansor, Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Naib-Naib Presiden ANGKASA, iaitu Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Pengerusi ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Dato’ Haji Mohd Jamil Othman, Ketua Pegawai Eksekutif

Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh, Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim dan Pengurus Besar Bahagian Antarabangsa ANGKASA, Dr. Noraini Mohamad.

menggalakkan penggunaan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai laluan ikonik menuju ke Pulau Pinang. Hadir sama ialah Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Pulau Pinang, Dr. Hajah Zainab A. Raman, Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia,

Projek Eco-Marine Tourism: Peluang Ekonomi Baharu Koperasi di Pulau Pinang Oleh: MOHD IDZDIHAR NOORIDZAHIR sukan air, pelayaran,

program pendidikan alam sekitar, lawatan berpandu serta aktiviti marin mesra alam. "Projek ini bukan sahaja mampu menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa, malah dapat memberi peluang kepada koperasi untuk meneroka bidang pelancongan, maritim, pengurusan acara dan hospitaliti pada masa yang sama. Dua buah bot persiaran

Kerjasama My Ancasa Travel dan Forest Island telah membuka lembaran baharu dalam sektor pelancongan marin negara, khususnya buat koperasi di Pulau Pinang. Menerusi Projek Eco-Marine Tourism, kedua-dua belah pihak akan bekerjasama dalam memperkenalkan pakej pelancongan berasaskan alam marin yang unik dan eksklusif, menyokong pemeliharaan biodiversiti laut dan memberi pengalaman pendidikan alam sekitar kepada pelancong. Demikian dinyatakan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah sewaktu menyampaikan ucapan sempena Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara My Ancasa Travel dan Forest Island bertempat di platform Forest Island, Pulau Pinang pada 16 Ogos 2025. Menurut beliau, Pulau Pinang sememangnya terkenal sebagai antara destinasi warisan dunia, pusat gastronomi dan tarikan budaya. Melalui usaha Eco- Marine Tourism, secara tidak langsung dapat mewujudkan daya tarikan baharu iaitu pelancongan laut bertaraf antarabangsa. Justeru, kerjasama tersebut akan dapat membuka peluang kepada lebih banyak aktiviti pelancongan baharu termasuk

Pengerusi Koperasi Perdasama Pulau Pinang Berhad, Encik Malik Faisal Abdul Rahim (dua dari kiri) dan Pengerusi Forest Eco Sdn. Bhd., Encik Alvin Poh (dua dari kanan) menunjukkan dokumen Memorandum Persefahaman sambil disaksikan oleh EXCO Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi Negeri Pulau Pinang, YB Fahmi Zainol (tengah), Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (kiri sekali) dan Pengerusi ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Dato’ Haji Mohd Jamil Othman (kanan sekali).

iaitu sebuah dari jenis katamaran dan sebuah lagi bot pelayaran digunakan untuk membawa pengunjung berlayar di sekitar perairan negeri itu. Dengan modal sebanyak RM2 juta yang sebahagian pembiayaannya disokong oleh kerajaan dan sumbangan daripada ANGKASA serta koperasi yang terlibat. Saya yakin pulangan keuntungan iaitu antara lapan hingga 10 peratus mampu dicapai dalam masa tiga tahun," ujar beliau. Majlis menandatangani MoU tersebut turut disaksikan oleh EXCO Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi Negeri Pulau Pinang, YB Fahmi Zainol dan Pengerusi ANGKASA

Negeri Pulau Pinang, Dato’ Haji Mohd Jamil Othman. Hadir sama ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Pengerusi Koperasi Perdasama Pulau Pinang Berhad, Encik Malik Faisal Abdul Rahim, Pengarah SKM Pulau Pinang, Dr. Hajah Zainab A. Raman, Pengarah MOTAC Pulau Pinang, Dr. Annuar Mohamed, Pengerusi Forest Eco Sdn. Bhd., Encik Alvin Poh serta barisan Jawatankuasa ANGKASA Negeri Pulau Pinang.

INFO SEMASA HKN'25

8

Wadah

OGOS 2025

Melaka Komited Jadi Hab Koperasi Negara

Majlis Penutupan Hari Koperasi Negara 2025 (HKN'25) telah disempurnakan perasmiannya oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh (tengah) di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh pada 27 Julai 2025.

Oleh: NADIAH KAMARUDIN

Kerajaan Negeri Melaka menyatakan komitmen padu untuk muncul sebagai Hab Koperasi Negara, sekali gus memainkan peranan lebih besar dalam memacu pembangunan gerakan koperasi di Malaysia. Demikian disuarakan oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sewaktu berucap dalam Majlis Penutupan Hari Koperasi Negara 2025 (HKN'25) di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh pada 27 Julai 2025. "Hasrat kami di Melaka jelas. Kami tidak mahu sekadar menjadi pemerhati dalam landskap koperasi nasional, bahkan kerajaan negeri bertekad untuk tampil sebagai Hab Koperasi Negara, sebuah negeri perintis yang melatih, membimbing dan mencipta model koperasi masa depan," jelasnya. Katanya lagi, sebagai sebuah gerakan yang telah bertapak lebih satu abad dalam sejarah negara, koperasi bukan lagi sekadar entiti ekonomi di peringkat tempatan, malah berdiri sebagai tonggak penting dalam ekosistem pembangunan sosioekonomi nasional.

Ribuan pengunjung telah hadir ke Majlis Penutupan HKN'25.

Bagi memperkukuh ekosistem koperasi, kerajaan negeri katanya terus komited melaksanakan inisiatif pembangunan berasaskan komuniti melalui kerjasama rapat bersama Kerajaan Persekutuan dan agensi berkaitan. Antara inisiatif tersebut adalah peruntukan tambahan sebanyak RM300,000 menerusi Bajet Negeri Melaka 2025 bawah Geran Pemerkasaan Koperasi Kluster Mikro (e-Mikro). Menerusi skim itu, setiap koperasi layak memohon sehingga RM10,000; dengan pecahan maksimum RM7,000 bagi perolehan peralatan dan RM3,000 sebagai modal pusingan. Terdahulu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick dalam ucapannya berkata, Kerajaan Persekutuan telah menetapkan Hari Koperasi Negara disambut secara rasmi pada hari Sabtu, minggu ketiga bulan Julai setiap tahun.

Melaka mencecah RM181 juta. Ini bukan sahaja menunjukkan peningkatan sebanyak RM24.76 juta berbanding tahun 2023, malah mencipta rekod tertinggi sejak tahun 2018.

Dalam pada itu, koperasi-koperasi di Melaka turut berjaya mengumpul modal syer sebanyak RM107.05 juta ringgit, manakala nilai aset keseluruhan melonjak kepada RM598.66 juta ringgit," ujar beliau.

Datuk Seri Utama Ab Rauf turut memaklumkan bahawa Melaka mencatatkan prestasi kukuh

dalam sektor koperasi, dengan 504 koperasi berdaftar bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) melibatkan 172,690 anggota pada tahun 2024. "Lebih signifikan, jumlah perolehan koperasi di negeri

YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf berkata Kerajaan Negeri Melaka bertekad untuk tampil sebagai Hab Koperasi Negara.

INFO SEMASA HKN'25

9

Wadah

OGOS 2025

oleh Koperasi Ladang Berhad dengan hadiah wang tunai berjumlah RM10,000. Hadir sama ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, YB Datuk Wira Haji Ibrahim Durum, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Dato' Azhar Haji Arshad, EXCO Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Kerajaan Negeri Melaka, YB Tuan Allex Seah Shoo Chin, Ketua Setiausaha KUSKOP, YBhg. Dato' Sri Khairul Dzaimee Daud, Pengerusi SKM, Leftenan Jeneral, Datuk Ahmad Norihan Jalal (B), Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Datuk Mohd Ali Mansor dan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Barisan kepimpinan ANGKASA yang hadir ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Naib-Naib Presiden ANGKASA terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato' Haji Kamarudin Ismail dan Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa serta Anggota-Anggota Lembaga ANGKASA iaitu, Encik Azizul Alias (wakil KUSKOP) dan Encik Ezleezan Othman (wakil Kementerian Kewangan Malaysia). Turut hadir ialah barisan Jawatankuasa ANGKASA Negeri, barisan Jawatankuasa Audit Dalaman yang dipengerusikan oleh Dato' Haji Shaharudin Mohd Sa'ad, barisan Penasihat Korporat ANGKASA serta barisan Pengurusan Tertinggi ANGKASA yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh.

YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf beramah mesra bersama Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.

sebagai wahana utama dalam menyatu hati rakyat, menggerak daya usaha dan membina ekonomi yang berpaksikan nilai, keberkatan serta kesejahteraan bersama. Dalam majlis yang sama, Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad diumumkan sebagai pemenang tempat pertama Anugerah Koperasi Terbaik 2025 dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM20,000. Tempat kedua dimenangi oleh Koperasi Tenaga Nasional Berhad yang menerima hadiah wang tunai sebanyak RM15,000, manakala tempat ketiga disandang

Langkah itu katanya, merupakan bentuk pengiktirafan terhadap sumbangan besar gerakan koperasi dalam pembangunan negara. "Hari Koperasi Negara ini adalah ibarat hari raya bagi gerakan koperasi yang mana disambut secara besar-besaran melibatkan warga koperasi seluruh negara dan juga merupakan pentas untuk memasyarakatkan koperasi dalam kalangan setiap lapisan masyarakat," katanya. Katanya, tema sambutan tahun 2025, ‘Koperasi Memperkasa Komuniti, Membina Negara Madani’, menyerlahkan peranan koperasi

Lebih 58,000 Pengunjung Meriahkan Sambutan HKN'25

Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh (duduk, tengah) bersama tetamu kehormat bergambar bersama pengunjung pada Majlis Penutupan Hari Koperasi Negara 2025 (HKN'25) di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh pada 27 Julai 2025.

Jualan Agro Madani, Program Jom Cari Kerja & Jom Masuk IPT, Co-op Tourism Fair, D’Dapur Co-op, Sukan Rakyat, Pocket Talk, persembahan artis dan kebudayaan, trak makanan serta pertandingan permainan tradisional seperti dam dan congkak. ANGKASA turut memeriahkan HKN’25 menerusi penganjuran program khas seperti Saringan Kesihatan Kebangsaan dan Kempen Ikrar Derma Organ dengan kerjasama Hospital Melaka dan Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah yang telah berlangsung sepanjang tiga hari. Sepanjang program tersebut, seramai 62 orang telah mendaftar sebagai penderma organ manakala 169 orang telah menjalani pemeriksaan saringan kesihatan. Selain itu, Kempen Derma Darah CoopCare ANGKASA yang dianjurkan pada 26 Julai 2025 dengan kerjasama Pusat Darah Hospital Tampin telah berjaya menarik penyertaan seramai 57

orang penderma darah. Majlis Forum Perdana bertajuk ‘Koperasi Membina Kesejahteraan Ummah’ turut diadakan pada hari pertama sebagai salah satu pengisian utama HKN’25. Sementara itu, Program Co-op Fun Walk anjuran ANGKASA Negeri Melaka bersama SKM telah berlangsung pada 27 Julai 2025 di Dataran Zon A, MITC bermula jam 7 pagi. Kira-kira 600 peserta daripada pelbagai latar belakang dan peringkat usia telah menyertai aktiviti berjalan kaki sejauh 3.5 kilometer itu. HKN’25 telah menjadi platform penting untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan koperasi, mengukuhkan jaringan kerjasama antara komuniti koperasi dan agensi berkaitan, serta berperanan sebagai medan untuk merapatkan hubungan gerakan koperasi dengan masyarakat secara menyeluruh.

Oleh: NOR AZAH ABD AZIZ

Seramai lebih 58,000 pengunjung telah menghadiri Hari Koperasi Negara 2025 (HKN’25) yang berlangsung di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh selama tiga hari bermula 25 hingga 27 Julai 2025. Program anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan kerjasama ANGKASA, Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Bank Rakyat dan Co-op Bank Pertama itu telah mengetengahkan tema ‘Koperasi Memperkasa Komuniti Membina Negara Madani’. Sepanjang penganjuran HKN’25, sebanyak 242 pempamer yang terdiri daripada koperasi dan pelbagai agensi dari seluruh negara telah menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan. Antara aktiviti menarik yang telah dianjurkan termasukJualanMadaniKoperasidanUsahawan,

HKN'25

10

Wadah

OGOS 2025

HKN'25

11

Wadah

OGOS 2025

INFO SEMASA HKN'25

12

Wadah

OGOS 2025

Reaksi

Leftenan Muda Mohamad Daniel Haikal Mohamad Zamzuri Markas 10 Briged Para, Kem Terendak, Melaka “Saya dari Markas 10 Briged Para, Kem Terendak, Melaka dan terlibat dengan HKN Peringkat Kebangsaan buat kali kedua. Satu pengalaman dan

Puan Suraya Kamarudin Rakan Strategik Koperasi Keluarga Karim Rahani Berhad “Misi kami pada HKN kali ini adalah untuk mengurangkan tekanan pada anggota fizikal pengunjung mahupun anggota koperasi dan agensi yang terlibat dalam program tersebut. Terapi yang diperkenalkan sangat membantu dalam mengekalkan kesejahteraan dan kesihatan pempamer dan pengunjung.” “Petugas kami terdiri daripada ahli terapi yang berlesen. Selain memberi perkhidmatan terapi, kami juga membuka peluang kepada komuniti untuk melibatkan diri sebagai ahli terapi. Ia boleh menjana pendapatan di samping memastikan keluarga sentiasa dalam keadaan sihat.”

Encik Subramaniam a/l Narayana Koperasi Peserta FELCRA Ramuan China Melaka Berhad “Saya anggota daripada Koperasi Peserta FELCRA Ramuan China Melaka Berhad dan telah hadir buat kali kedua di Hari Koperasi Negara (HKN) Peringkat Kebangsaan.

Puan Maiyah Musa Komuniti Durian Tunggal

Dr Foo Hong Zhi Hospital Melaka

“Saya datang ke Program HKN dengan makluman dari rakan yang juga Ahli Jawatankuasa ANGKASA Negeri Melaka. Pertama kali menghadiri program besar tersebut, saya dapat banyak ilmu daripada ceramah agama.” “Peniaga-peniaga juga dapat mengembangkan perniagaan, mengadakan promosi secara besar- besaran dalam kalangan pengunjung dan koperasi yang terlibat. Reruai pameran sangat banyak dan masih banyak gerai lagi yang perlu saya lawat. Saya teruja kerana gerai menjual pelbagai jenis buah-buahan dan sajian masakan mengetengahkan pelbagai menu dan hidangan.”

“Saya adalah sebahagian daripada doktor yang didatangkan khas dari Hospital Melaka sempena HKN di negeri Melaka. Kami petugas ‘Unit Perolehan Organ’ bertanggungjawab memberi penerangan manfaat sebagai penderma organ dan pengunjung yang berminat boleh mendaftar nama.” “Saya juga mencadangkan agar tempat penderma organ, saringan pemeriksaan kesihatan dan menderma darah diletakkan di kawasan yang lebih strategik bagi menarik lebih ramai pengunjung.”

Sambutan HKN pada tahun 2025, di Negeri Melaka ternyata amat memberangsangkan. “

pengetahuan baru mengenai Koperasi

Angkatan Tentera Malaysia Berhad yang menawarkan pelbagai keistimewaan kepada anggotanya.” “Selama tiga hari HKN berlangsung, pasukan kami mengetengahkan aset ketenteraan untuk diperkenalkan kepada pengunjung dengan usaha bagi menarik minat lebih ramai komuniti untuk menyertai bidang ketenteraan.”

“Ceramah yang disampaikan oleh pembentang-pembentang yang berpengetahuan tinggi dapat meningkatkan ilmu saya untuk disalurkan dalam koperasi. Pempamer-pempamer juga memberikan layanan yang sangat baik kepada para pengunjung.

Pelbagai produk dari seluruh negara jelas

menggambarkan anggota koperasi sangat kreatif dan berdaya saing.”

Wilmina Datu Haji Amilbangsa Timbalan Pengerusi,

Koperasi Keluarga Datu Haji Amilbangsa Datu Tambuyong Sandakan Sabah Berhad (Ko-Bangsa)

Faiz Roslan Koperasi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kota Putra Berhad

Hajah Suhana Haji Ahmad Pengerusi Koperasi Wanita Kreatif Berhad, Seremban

Puan Norfarizan Mohamed Setiausaha Koperasi MRSM Alor Gajah Melaka Berhad

Encik Aris Daniel Rusdan Teo PT3 Aeroskills Centre

“Merupakan pengalaman kali pertama saya hadir ke Program HKN Peringkat Kebangsaan. Saya dapati perjalanan program disusun dengan baik. Anggota pelajar bersama-sama guru koperasi masing-masing bekerja bersama-sama mempromosi produk dan menguruskan jualan di gerai.” “Selain memberi pengalaman kepada anggota koperasi cara menguruskan perniagaan, ilmu-ilmu yang diketengahkan sepanjang program berlangsung, sangat memberi manfaat kepada anggota untuk diaplikasikan dalam tadbir urus koperasi.”

“Sebahagian produk koperasi saya terdiri daripada beg tangan wanita yang menggunakan teknik eco print dengan daun pokok Ulam Raja, Paku Pakis dan Jati. Program HKN sangat membantu koperasi dalam mempromosi produk.” “Gabungan penglibatan pelbagai koperasi dan agensi sebagai pempamer dapat meningkatkan lebih banyak rangkaian kerjasama sesama mereka selain bertukar-tukar ide mahupun pandangan demi kemajuan gerakan koperasi pada masa hadapan.”

“Sempena HKN saya wakil daripada pihak PT3 Aeroskills Centre ingin menawarkan peluang latihan dan

“Saya anggota Koperasi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kota Putra Berhad Terengganu berasa teruja dengan jumlah pengunjung yang ramai ke HKN Peringkat Kebangsaan 2025. Koperasi saya berjaya membuat pungutan sehingga hampir RM500 sehari.” “Pengacara majlis sangat memukau dalam bicara mereka yang sentiasa bersemangat dan disulami ilmu dan pengetahuan yang bermanfaat kepada pengunjung mahupun koperasi dan agensi yang terlibat. Pengalaman mereka terserlah dari tutur kata mereka yang sangat bersahaja dan memberi input bermakna.”

“Ini merupakan penglibatan saya dalam HKN buat kali ketiga. Saya ingin memperkasakan produk koperasi terutamanya mutiara. Setakat ini, koperasi mempunyai pembekal dari negeri Sabah, negara Filipina, China dan Indonesia. Pembuatan mutiara direkacipta oleh anggota koperasi.” “Rantai, kerongsang, cincin dan gelang dijual dengan harga mencecah sehingga ratusan dan ribuan ringgit. Sempena HKN, saya menjual mutiara dengan harga yang terbaik dan berpatutan mengikut rekaan masing-masing. Pengedar ataupun penjual diperlukan, malah pembeli berpeluang menempah mengikut cita rasa mereka.”

praktikal selama empat bulan pekerjaan kepada komuniti terutama belia yang berusia daripada umur 18 hingga 30 tahun.” “Selepas latihan, pelatih berpeluang bekerja dalam bidang pembuatan Aeroangkasa selain bekerja dengan Batik Air, Composites Technology Research Malaysia Sdn. Bhd. (CTRM), Boeing dan beberapa syarikat terlibat.”

INFO SEMASA KOPERASI

13

Wadah

OGOS 2025

Teknologi Baharu dalam Projek Ternakan Ikan Air Tawar Koperasi

YB Haji Adly Zahari menyampaikan plak Program Sejati Madani Koperasi Luar Bandar kepada Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Turut hadir Dato' Haji Kamarudin Ismail (tengah), Encik Erfan Mahrilar (kanan) dan Encik Radhi Hamdin (kiri).

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, Ahli Parlimen Alor Gajah yang juga Timbalan Menteri Pertahanan, YB Haji Adly Zahari (tengah) dan Pengerusi Koperasi Usahawan Alor Gajah Melaka Berhad, Encik Erfan Mahrilar (tiga dari kanan) melepaskan anak ikan keli di tapak projek ternakan.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyampaikan sumbangan makanan kepada pelajar Madrasah Nurul Ilmi Kampung Rembia, Alor Gajah.

Oleh: NOR AZAH ABD AZIZ

bawah Projek Sejati Madani dengan bimbingan ANGKASA sebagai badan puncak gerakan koperasi,” ujarnya. Hasil daripada inisiatif itu, pelbagai projek sedang dijalankan termasuk projek ternakan ikan keli yang mampu memberi pulangan jangka panjang kepada koperasi, anggota dan komuniti setempat. “Saya berbangga dengan inisiatif KOSAM yang mengorak langkah ke arah pembangunan ekonomi mampan menerusi ternakan ikan keli dalam kanvas,” tambahnya. Beliau turut menyatakan bahawa projek tersebut menyokong matlamat keterjaminan makanan negara melalui penggunaan teknologi ternakan moden seperti sistem kanvas, sekali gus menunjukkan bagaimana koperasi dapat memanfaatkan inovasi untuk meningkatkan produktiviti.

Ternakan ikan keli yang mempunyai kitaran ternakan singkat dan permintaan pasaran yang tinggi dianggap sebagai satu pilihan strategik. Usaha itu juga selari dengan visi Dasar Agromakanan 2.0 yang menekankan pembangunan sektor agromakanan yang mampan, berdaya tahan dan berteknologi tinggi. Beliau juga menyeru agar lebih banyak koperasi tampil berani meneroka sektor berimpak tinggi seperti perikanan, agromakanan, digitalisasi dan teknologi lestari. Hadir sama ialah Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri Rembia, Encik Radhi Hamdin mewakili EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Kerajaan Negeri Melaka, Naib Presiden ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail dan Pengerusi KOSAM, Encik Erfan Mahrilar.

Teknologi baharu yang digunakan dalam projek ternakan ikan perlu diterapkan secara menyeluruh bagi membantu mengurangkan kos operasi seperti penggunaan air dan tenaga kerja, sekali gus meningkatkan produktiviti koperasi yang terlibat dalam aktiviti ternakan tersebut. Demikian ditegaskan oleh Ahli Parlimen Alor Gajah yang juga Timbalan Menteri Pertahanan, YB Haji Adly Zahari sewaktu berucap dalam Majlis Peluncuran Projek Ternakan Ikan Air Tawar (Keli) dalam Kanvas anjuran Koperasi Usahawan Alor Gajah Melaka Berhad (KOSAM) di tapak projek ternakan koperasi berkenaan di Alor Gajah, Melaka pada 26 Julai 2025. Katanya, sektor penternakan ikan air tawar mempunyai potensi besar, namun beliau mengakui bidang itu agak mencabar dan memerlukan sokongan teknologi moden bagi membantu mengurangkan kos serta melancarkan kerja-kerja operasi. “Beberapa faktor perlu diambil kira apabila terlibat dalam sektor ini, antaranya termasuk menangani cuaca panas melampau, menguruskan isu benih ikan serta memastikan saiz kolam dan jumlah ikan yang diternak adalah bersesuaian,” katanya. Terdahulu, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam ucapannya berkata, inisiatif KOSAM merupakan satu lagi bukti bahawa koperasi mempunyai potensi besar dalam melaksanakan projek ternakan ikan menggunakan teknologi baharu. “Sebanyak RM2 juta telah disalurkan kepada 20 buah koperasi bagi melaksanakan inisiatif di

Kolam ternakan ikan keli milik Koperasi Usahawan Alor Gajah Melaka Berhad.

PENGANTARABANGSAAN

14

Wadah

OGOS 2025

ANGKASA Kongsi Inisiatif Inovasi dalam Bengkel Antarabangsa di China

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (depan, tujuh dari kiri) bersama-sama pemimpin koperasi dari rantau Asia Pasifik berhimpun dalam Bengkel ' Workshop on The Sustainable Development and Capacity Building of Cooperatives ' anjuran Ikatan Koperasi Antarabangsa Asia dan Pasifik (ICA-AP) dengan kerjasama koperasi All China Federation of Supply and Marketing Cooperatives (ACFSMC) di Guangzhou, China pada 23 -25 Julai 2025.

Oleh: NOR LELA ABDUL GHANI

memanfaatkan peluang bengkel itu sebagai medan dialog bermakna dan pembelajaran bersama, khususnya dalam mendepani krisis global berkaitan perubahan iklim, kepesatan teknologi digital, keselamatan makanan dan inovasi. Beliau turut menegaskan bahawa model koperasi mampu menawarkan penyelesaian berasaskan prinsip demokrasi, kesaksamaan, solidariti dan kelestarian. Presiden Lembaga Penyelia ACFSMC, Mr. Adili Wubuli dalam ucap tamanya menggariskan lima strategi utama dalam memperkasakan pembangunan mampan koperasi rantau Asia Pasifik merangkumi inovasi dalam tadbir urus melalui sistem perusahaan moden, pembangunan koperasi digital berasaskan teknologi terkini seperti kecerdasan buatan (AI) serta pembentukan model organisasi dan perniagaan baharu yang lebih responsif. Beliau menegaskan kepentingan penjenamaan koperasi untuk menarik minat belia dan meningkatkan pengiktirafan umum selain memperkukuh pendidikan dan latihan sebagai asas dalam meningkatkan bakat dalam kepimpinan koperasi. Beliau juga menekankan pentingnya kerjasama pragmatik antara koperasi serantau khususnya dalam memanfaatkan kekuatan 29 negara anggota ICA-AP yang berpotensi tinggi dalam perdagangan merentasi sempadan. Turut berucap pada majlis pembukaan ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kerajaan Wilayah Guangdong, Ms. Guo Yile serta Presiden International Cooperative Agricultural Organisation dan National Agriculture Cooperative Federation , Korea, Mr. Kang Ho- Dong. ANGKASA diberi penghormatan untuk membuat pembentangan dalam Sesi 2: Inovasi Sebagai Pemacu Pembangunan Mampan Koperasi. Dalam sesi itu, ANGKASA membentangkan peranan inovasi sebagai pemacu utama dalam mentransformasi koperasi ke arah kelestarian, daya tahan dan daya saing.

ANGKASA yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah telah menghadiri sesi pembukaan bengkel ‘Workshop on The Sustainable Development and Capacity Building of Cooperatives’ di Guangzhou, China pada 23 Julai 2025. Bengkel anjuran Ikatan Koperasi Antarabangsa Asia dan Pasifik (ICA-AP) dengan kerjasama koperasi All China Federation of Supply and Marketing Cooperatives (ACFSMC) itu diadakan bersempena sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa (IYC) 2025. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah yang juga Presiden ASEAN Co-operative Organization dan Naib Presiden ICA-AP berkata, kerjasama antara koperasi rantau Asia Pasifik perlu diperkukuh untuk meningkatkan pembangunan kapasiti dan perdagangan antara koperasi dengan koperasi (C-2-C) khususnya perkongsian kepakaran dalam inovasi dan digitalisasi bagi meningkatkan daya saing koperasi. Beliau berkata, peluasan penempatan produk dan perkhidmatan koperasi ke pasaran dunia boleh dipertingkatkan menerusi strategi pemasaran dan pengukuhan jenama koperasi untuk bersaing dengan keluaran pasaran luar. Bengkel itu diadakan bersempena dengan penganjuran Mesyuarat Lembaga Serantau ICA- AP. Delegasi Malaysia turut disertai oleh Naib Presiden ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA, Dato' Haji Kamarudin Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh. Bengkel tersebut menghimpunkan 70 pemimpin koperasi dari negara rantau Asia Pasifik bagi membincangkan cabaran semasa dan peluang baharu dalam memperkasakan pembangunan mampan gerakan koperasi. Presiden ICA-AP, Dr. Chandra Pal Singh Yadav dalam ucapan aluannya menekankan peranan penting koperasi sebagai pemangkin perubahan positif dalam dunia yang semakin kompleks. Beliau menyeru agar gerakan koperasi

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah ketika menghadiri bengkel ' Workshop on The Sustainable Development and Capacity Building of Cooperatives '.

Pembentangan menekankan keutamaan dalam pembangunan digital koperasi melalui inisiatif e-Dagang, fintech dan automasi perniagaan antaranya melalui sistem digital seperti Jimatshop, e-SPGA, e-Undi, SPeKAR dan MyISCO MCash. Pembentangan disampaikan oleh Pengurus Seksyen ANGKASA Niaga, Nurliyana Adam dan Pengurus Bahagian Pembangunan Sumber Manusia ANGKASA, Haslinda Hamzah. Penyertaan aktif ANGKASA dalam bengkel antarabangsa adalah komitmen berterusan Malaysia dalam memperkukuh gerakan koperasi serantau dan global. Usaha itu juga selari dengan strategi ANGKASA selaku badan puncak gerakan koperasi negara dalam memperluas jaringan kerjasama antarabangsa demi meningkatkan potensi perniagaan koperasi dan menyumbang kepada hala tuju pembangunan koperasi Asia Pasifik.

PENGANTARABANGSAAN

15

Wadah

OGOS 2025

ANGKASA Mahu ICA-AP Tingkatkan Kolaborasi dan Akses Pasaran Produk dan Perkhidmatan Koperasi Serantau

Ahli Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa Asia dan Pasifik (ICA-AP) yang diketuai Presidennya, Dr. Chandra Pal Singh Yadav (tujuh dari kanan) serta perwakilan koperasi mengibarkan bendera Tahun Koperasi Antarabangsa selepas Mesyuarat Lembaga Serantau ICA-AP yang berlangsung di Guangzhou, China pada 24 Julai 2025.

Oleh: NOR LELA ABDUL GHANI

Malaysia menerusi ANGKASA menekankan kepentingan kolaborasi menyeluruh antara koperasi serantau untuk meningkatkan akses pasaran antara koperasi dengan koperasi (C-2-C) termasuk usaha memasarkan produk dan perkhidmatan koperasi dalam kalangan negara rantau Asia Pasifik. Cadangan tersebut disuarakan oleh Presiden ANGKASA merangkap Naib Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa Asia dan Pasifik (ICA- AP), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika menghadiri Mesyuarat Lembaga Serantau ICA- AP serta bengkel antarabangsa yang diadakan pada 23 hingga 25 Julai 2025 di Guangzhou, China. “Koperasi di rantau Asia Pasifik perlu memainkan peranan signifikan dalam memperhebat kolaborasi jangka panjang, memperkukuh akses pasaran, menyediakan insentif yang mampu merangsang pengeluaran dan pemasaran produk serta perkhidmatan merentasi pelbagai sektor perniagaan,” katanya. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah yang juga Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) serta Pengerusi Jawatankuasa Perniagaan dan Perdagangan ICA-AP turut menyatakan keyakinan beliau bahawa komitmen ANGKASA dalam memperluas pasaran produk koperasi tempatan ke peringkat global akan terus diperkukuh sekali gus menyumbang kepada kestabilan ekonomi jangka panjang gerakan koperasi negara. Terdahulu, Mesyuarat Pelan Strategik ICA-AP 2026–2030 telah diadakan oleh Lembaga ICA- AP. Dalam mesyuarat itu, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menekankan keperluan merangka hala tuju koperasi Asia Pasifik yang lebih mampan dan inklusif. “Keperluan untuk merangka hala tuju koperasi Asia Pasifik bagi tempoh lima tahun akan datang perlu dimuktamadkan, dengan memberi tumpuan dalam usaha meningkatkan pemahaman masyarakat terhadap gerakan koperasi sebagai gaya hidup serta pengukuhan perniagaan koperasi di peringkat serantau dan global," jelasnya lagi. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (lima dari kanan) selaku Naib Presiden ICA-AP mahu mempertingkatkan akses pasaran antara koperasi dengan koperasi (C-2-C) dalam kalangan negara rantau Asia Pasifik.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah ketika menghadiri Mesyuarat Pelan Strategik ICA-AP 2026-2030.

ICA-AP, Dr. Chandra Pal Singh Yadav itu telah membentangkan 11 agenda meliputi pengesahan Mesyuarat Lembaga Serantau ICA-AP yang telah diadakan di Tokyo, Jepun pada 18 Februari 2025, pengesahan ahli baharu, pembentangan aktiviti Jawatankuasa Wanita dan Jawatankuasa Belia, laporan kemajuan program ICA-AP dan ICA-EU, yuran keahlian serta hak mengundi. Selain itu, pembentangan proses demonstrasi sistem pengundian elektronik menjelang pemilihan lembaga baharu ICA- AP yang dijadualkan berlangsung di Sri Lanka pada November 2025 turut diadakan. Agenda pembentangan diteruskan dengan laporan sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa (IYC) 2025, perbincangan potensi perniagaan koperasi di rantau Asia Pasifik dan beberapa perkara berbangkit serta pengesahan tarikh serta lokasi mesyuarat akan datang. Di samping itu, mesyuarat mengambil peluang mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Dr. Abdul Fattah atas pemilihan semula beliau sebagai Presiden ANGKASA bagi penggal 2025 – 2028 dalam Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA Ke-39 pada 5 Julai 2025. Ucapan tahniah tersebut turut disertai dengan penghargaan terhadap sumbangan berterusan beliau dalam memperkukuh gerakan koperasi di Malaysia dan rantau Asia Pasifik. Dalam perkembangan lain, ICA-AP telah mencatatkan 120 ahli daripada 29 buah negara

sekali gus memperlihatkan pertumbuhan kukuh gerakan koperasi serantau. Tujuh organisasi koperasi baharu telah diterima masuk selepas mesyuarat lembaga, iaitu koperasi dari China, Filipina, India, Palestin dan Vietnam. Antara wakil koperasi antarabangsa yang hadir ke mesyuarat secara hibrid ialah Presiden dan Lembaga Penyelia All China Federation of Supply & Marketing Coops , Mr. Adili Wubuli, Presiden Japanese Consumers' Co-operative Union , Ms. Chitose Arai, Ahli Lembaga Iran Chamber of Cooperatives , Mr. Alireza Banaeifar, Ahli Lembaga National Cooperative Federation of Nepal , Mr. Minraj Kadel, Ahli Lembaga Kuliyapitiya District Cooperative Council , Mr. G. D. Sarath Weerasiri dan Pengerusi Jawatankuasa Kerjasama Belia ICA-AP, Ms. Dulce S. Bustamante dan Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balasubramanian Iyer. Delegasi Malaysia turut disertai oleh Naib Presiden ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh. Mesyuarat berakhir dengan penekanan terhadap usaha memperluas keanggotaan baharu dalam ICA-AP dan menggiatkan promosi pada peringkat nasional dan global untuk menyemarakkan sambutan IYC 2025 demi menyerlahkan nilai dan sumbangan koperasi dalam menyokong pembangunan mampan.

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease