Wadah PELANCAR Edisi Januari 2018

Di akhir ucapan, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid turut menyatakan bahawa kerajaan di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak sentiasa memberikan sokongan dan sedia membantu ANGKASA dalam apa sahaja yang dilihat sesuai demi memajukan gerakan koperasi. Sesi pertemuan itu juga turut diisi dengan beberapa pertanyaan dan pandangan yang disampaikan oleh Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Haji Mohamad Azmi Omaruddin dan Dr. Azlan Yahya serta Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Johor, Encik Sazali Abd. Hamid. 2. Elakkan sebarang bentuk persaingan tidak sihat dalam gerakan koperasi demi memastikan tidak wujud sebarang bentuk perselisihan yang akhirnya merosakkan masa depan dan imej gerakan koperasi. 3. Tadbir urus koperasi wajar dipegang oleh individu yang berkelayakan dan mahir dalam bidang yang diceburi bagi mengukuhkan lagi tadbir urus perniagaan yang dijalankan. Pemilihan individu dalam organisasi memainkan peranan penting dalam menentukan halatuju dan masa hadapan organisasi. 4. Penglibatan anggota dalam setiap aktiviti dan tadbir urus koperasi wajar dikembangkan bagi menanam minat lebih tinggi terhadap koperasi yang dinaungi. 5. Kepimpinan koperasi perlu amanah dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab demi kemampanan koperasi.

Januari 2018 PELANCAR

9

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease