Wadah PELANCAR EDISI OGOS 2025

INFO SEMASA KOPERASI

13

Wadah

OGOS 2025

Teknologi Baharu dalam Projek Ternakan Ikan Air Tawar Koperasi

YB Haji Adly Zahari menyampaikan plak Program Sejati Madani Koperasi Luar Bandar kepada Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Turut hadir Dato' Haji Kamarudin Ismail (tengah), Encik Erfan Mahrilar (kanan) dan Encik Radhi Hamdin (kiri).

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, Ahli Parlimen Alor Gajah yang juga Timbalan Menteri Pertahanan, YB Haji Adly Zahari (tengah) dan Pengerusi Koperasi Usahawan Alor Gajah Melaka Berhad, Encik Erfan Mahrilar (tiga dari kanan) melepaskan anak ikan keli di tapak projek ternakan.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyampaikan sumbangan makanan kepada pelajar Madrasah Nurul Ilmi Kampung Rembia, Alor Gajah.

Oleh: NOR AZAH ABD AZIZ

bawah Projek Sejati Madani dengan bimbingan ANGKASA sebagai badan puncak gerakan koperasi,” ujarnya. Hasil daripada inisiatif itu, pelbagai projek sedang dijalankan termasuk projek ternakan ikan keli yang mampu memberi pulangan jangka panjang kepada koperasi, anggota dan komuniti setempat. “Saya berbangga dengan inisiatif KOSAM yang mengorak langkah ke arah pembangunan ekonomi mampan menerusi ternakan ikan keli dalam kanvas,” tambahnya. Beliau turut menyatakan bahawa projek tersebut menyokong matlamat keterjaminan makanan negara melalui penggunaan teknologi ternakan moden seperti sistem kanvas, sekali gus menunjukkan bagaimana koperasi dapat memanfaatkan inovasi untuk meningkatkan produktiviti.

Ternakan ikan keli yang mempunyai kitaran ternakan singkat dan permintaan pasaran yang tinggi dianggap sebagai satu pilihan strategik. Usaha itu juga selari dengan visi Dasar Agromakanan 2.0 yang menekankan pembangunan sektor agromakanan yang mampan, berdaya tahan dan berteknologi tinggi. Beliau juga menyeru agar lebih banyak koperasi tampil berani meneroka sektor berimpak tinggi seperti perikanan, agromakanan, digitalisasi dan teknologi lestari. Hadir sama ialah Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri Rembia, Encik Radhi Hamdin mewakili EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Kerajaan Negeri Melaka, Naib Presiden ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail dan Pengerusi KOSAM, Encik Erfan Mahrilar.

Teknologi baharu yang digunakan dalam projek ternakan ikan perlu diterapkan secara menyeluruh bagi membantu mengurangkan kos operasi seperti penggunaan air dan tenaga kerja, sekali gus meningkatkan produktiviti koperasi yang terlibat dalam aktiviti ternakan tersebut. Demikian ditegaskan oleh Ahli Parlimen Alor Gajah yang juga Timbalan Menteri Pertahanan, YB Haji Adly Zahari sewaktu berucap dalam Majlis Peluncuran Projek Ternakan Ikan Air Tawar (Keli) dalam Kanvas anjuran Koperasi Usahawan Alor Gajah Melaka Berhad (KOSAM) di tapak projek ternakan koperasi berkenaan di Alor Gajah, Melaka pada 26 Julai 2025. Katanya, sektor penternakan ikan air tawar mempunyai potensi besar, namun beliau mengakui bidang itu agak mencabar dan memerlukan sokongan teknologi moden bagi membantu mengurangkan kos serta melancarkan kerja-kerja operasi. “Beberapa faktor perlu diambil kira apabila terlibat dalam sektor ini, antaranya termasuk menangani cuaca panas melampau, menguruskan isu benih ikan serta memastikan saiz kolam dan jumlah ikan yang diternak adalah bersesuaian,” katanya. Terdahulu, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam ucapannya berkata, inisiatif KOSAM merupakan satu lagi bukti bahawa koperasi mempunyai potensi besar dalam melaksanakan projek ternakan ikan menggunakan teknologi baharu. “Sebanyak RM2 juta telah disalurkan kepada 20 buah koperasi bagi melaksanakan inisiatif di

Kolam ternakan ikan keli milik Koperasi Usahawan Alor Gajah Melaka Berhad.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease