Wadah PELANCAR Edisi Januari 2018

Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ Foto : AIZAL AZIZAN SAJARI / ARMAN YUSUF

Amanat Presiden 2018 KOMITMEN TINGGI WARGA KERJA TERAS KECEMERLANGAN ANGKASA

DATO ‘ ABDUL FATTAH ABDULLAH Presiden ANGKASA

Kecemerlangan dan kejayaan yang dikecapi oleh ANGKASA sejak dari awal penubuhannya sehingga hari ini menjadi bukti kepada usaha dan kerjasama seluruh warga kerjanya selain sokongan padu barisan kepimpinan untuk melihat badan APEKS koperasi negara ini dalam melakar kegemilangan serta memartabatkan imej gerakan koperasi di negara ini.

Komitmen tinggi yang telah diberikan oleh setiap warga kerja ANGKASA telah banyak melahirkan individu yang cekap dan berpengetahuan luas khususnya dalam aspek tadbir urus koperasi sehingga diakui dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah ketika menyampaikan ‘Amanat Presiden ANGKASA Sempena Tahun Baharu 2018’ bersama warga

kerja ANGKASA, melahirkan rasa penghargaan yang tinggi selain berbangga di atas kesungguhan dan komitmen tinggi yang telah diberikan ke arah mencipta kejayaan ANGKASA sehingga berjaya berada pada tahap sekarang. Katanya, ANGKASA akan terus komited memperkasakan gerakan koperasi ke peringkat lebih tinggi serta berusaha memberikan perkhidmatan lebih cemerlang pada masa

akan datang. Semangat dan komitmen tinggi warga kerja akan terus dijadikan sebagai teras kepada pencapaian ANGKASA, MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. termasuk Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA (KOPSYA), Yayasan ANGKASA dan subsidiari-subsidiari yang lain. “Dalam memastikan kecemerlangan organisasi terus kukuh dan direalisasikan dengan jayanya, warga kerja perlu sentiasa bersedia menghadapi

12 PELANCAR Januari 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease