PENGANTARABANGSAAN
15
Wadah
OGOS 2025
ANGKASA Mahu ICA-AP Tingkatkan Kolaborasi dan Akses Pasaran Produk dan Perkhidmatan Koperasi Serantau
Ahli Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa Asia dan Pasifik (ICA-AP) yang diketuai Presidennya, Dr. Chandra Pal Singh Yadav (tujuh dari kanan) serta perwakilan koperasi mengibarkan bendera Tahun Koperasi Antarabangsa selepas Mesyuarat Lembaga Serantau ICA-AP yang berlangsung di Guangzhou, China pada 24 Julai 2025.
Oleh: NOR LELA ABDUL GHANI
Malaysia menerusi ANGKASA menekankan kepentingan kolaborasi menyeluruh antara koperasi serantau untuk meningkatkan akses pasaran antara koperasi dengan koperasi (C-2-C) termasuk usaha memasarkan produk dan perkhidmatan koperasi dalam kalangan negara rantau Asia Pasifik. Cadangan tersebut disuarakan oleh Presiden ANGKASA merangkap Naib Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa Asia dan Pasifik (ICA- AP), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika menghadiri Mesyuarat Lembaga Serantau ICA- AP serta bengkel antarabangsa yang diadakan pada 23 hingga 25 Julai 2025 di Guangzhou, China. “Koperasi di rantau Asia Pasifik perlu memainkan peranan signifikan dalam memperhebat kolaborasi jangka panjang, memperkukuh akses pasaran, menyediakan insentif yang mampu merangsang pengeluaran dan pemasaran produk serta perkhidmatan merentasi pelbagai sektor perniagaan,” katanya. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah yang juga Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) serta Pengerusi Jawatankuasa Perniagaan dan Perdagangan ICA-AP turut menyatakan keyakinan beliau bahawa komitmen ANGKASA dalam memperluas pasaran produk koperasi tempatan ke peringkat global akan terus diperkukuh sekali gus menyumbang kepada kestabilan ekonomi jangka panjang gerakan koperasi negara. Terdahulu, Mesyuarat Pelan Strategik ICA-AP 2026–2030 telah diadakan oleh Lembaga ICA- AP. Dalam mesyuarat itu, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menekankan keperluan merangka hala tuju koperasi Asia Pasifik yang lebih mampan dan inklusif. “Keperluan untuk merangka hala tuju koperasi Asia Pasifik bagi tempoh lima tahun akan datang perlu dimuktamadkan, dengan memberi tumpuan dalam usaha meningkatkan pemahaman masyarakat terhadap gerakan koperasi sebagai gaya hidup serta pengukuhan perniagaan koperasi di peringkat serantau dan global," jelasnya lagi. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (lima dari kanan) selaku Naib Presiden ICA-AP mahu mempertingkatkan akses pasaran antara koperasi dengan koperasi (C-2-C) dalam kalangan negara rantau Asia Pasifik.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah ketika menghadiri Mesyuarat Pelan Strategik ICA-AP 2026-2030.
ICA-AP, Dr. Chandra Pal Singh Yadav itu telah membentangkan 11 agenda meliputi pengesahan Mesyuarat Lembaga Serantau ICA-AP yang telah diadakan di Tokyo, Jepun pada 18 Februari 2025, pengesahan ahli baharu, pembentangan aktiviti Jawatankuasa Wanita dan Jawatankuasa Belia, laporan kemajuan program ICA-AP dan ICA-EU, yuran keahlian serta hak mengundi. Selain itu, pembentangan proses demonstrasi sistem pengundian elektronik menjelang pemilihan lembaga baharu ICA- AP yang dijadualkan berlangsung di Sri Lanka pada November 2025 turut diadakan. Agenda pembentangan diteruskan dengan laporan sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa (IYC) 2025, perbincangan potensi perniagaan koperasi di rantau Asia Pasifik dan beberapa perkara berbangkit serta pengesahan tarikh serta lokasi mesyuarat akan datang. Di samping itu, mesyuarat mengambil peluang mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Dr. Abdul Fattah atas pemilihan semula beliau sebagai Presiden ANGKASA bagi penggal 2025 – 2028 dalam Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA Ke-39 pada 5 Julai 2025. Ucapan tahniah tersebut turut disertai dengan penghargaan terhadap sumbangan berterusan beliau dalam memperkukuh gerakan koperasi di Malaysia dan rantau Asia Pasifik. Dalam perkembangan lain, ICA-AP telah mencatatkan 120 ahli daripada 29 buah negara
sekali gus memperlihatkan pertumbuhan kukuh gerakan koperasi serantau. Tujuh organisasi koperasi baharu telah diterima masuk selepas mesyuarat lembaga, iaitu koperasi dari China, Filipina, India, Palestin dan Vietnam. Antara wakil koperasi antarabangsa yang hadir ke mesyuarat secara hibrid ialah Presiden dan Lembaga Penyelia All China Federation of Supply & Marketing Coops , Mr. Adili Wubuli, Presiden Japanese Consumers' Co-operative Union , Ms. Chitose Arai, Ahli Lembaga Iran Chamber of Cooperatives , Mr. Alireza Banaeifar, Ahli Lembaga National Cooperative Federation of Nepal , Mr. Minraj Kadel, Ahli Lembaga Kuliyapitiya District Cooperative Council , Mr. G. D. Sarath Weerasiri dan Pengerusi Jawatankuasa Kerjasama Belia ICA-AP, Ms. Dulce S. Bustamante dan Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balasubramanian Iyer. Delegasi Malaysia turut disertai oleh Naib Presiden ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh. Mesyuarat berakhir dengan penekanan terhadap usaha memperluas keanggotaan baharu dalam ICA-AP dan menggiatkan promosi pada peringkat nasional dan global untuk menyemarakkan sambutan IYC 2025 demi menyerlahkan nilai dan sumbangan koperasi dalam menyokong pembangunan mampan.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease