PENGANTARABANGSAAN
16
Wadah
OGOS 2025
ANGKASA Teroka Peluang Kerjasama Pemasaran di China
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (empat dari kiri), Presiden ICA-AP, Dr. Chandra Pal Singh Yadav (tengah), Presiden dan Lembaga Penyelia ACFSMC (China Coop), Mr. Adili Wubuli dan Naib Presiden ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail (dua dari kanan) mengadakan kunjungan rasmi ke Guangdong New Supply and Marketing Tianrun Grain and Oil Group Co., Ltd . yang memainkan peranan penting dalam memacu keterjaminan makanan di China khususnya beras, bijirin dan minyak sayuran.
Guangzhou Antique City yang ditubuhkan oleh Persekutuan Koperasi Pembekalan dan Pemasaran Guangzhou dan Kerajaan Daerah Liwan, merupakan pusat perdagangan budaya dan seni terkemuka yang terletak di kawasan bersejarah Xiguan.
Baoshengyuan Coop Shareholding Company yang diasaskan pada tahun 1924 memasarkan produk warisan berasaskan madu dan teh herba melalui rangkaian produknya yang diperoleh daripada sumber flora Lingnan.
tertinggi dalam sektor tersebut. Kunjungan itu memperlihatkan keutuhan warisan budaya, kerjasama anggota dan kekuatan ekonomi koperasi di bawah naungan All China Federation of Supply and Marketing Cooperatives (ACFSMC) atau lebih dikenali sebagai China Co-op. China Co-op, yang ditubuhkan pada 1954, merupakan badan apeks gerakan koperasi China dan berperanan sebagai federasi koperasi bekalan serta pemasaran di seluruh negara, meliputi sektor pertanian, pengedaran produk asas tani, sokongan pembangunan pertanian moden dan pemerkasaan luar bandar secara menyeluruh. Struktur tersebut membolehkan tadbir urus dan aktiviti perniagaan dilaksanakan dari peringkat dasar nasional hingga ke akar umbi, memastikan capaian rantaian bekalan yang menyeluruh serta asas koperasi yang kukuh di seluruh negara. China Co-op juga menguruskan 856,000 rangkaian kedai dan outlet pembekalan, menyediakan perkhidmatan logistik lengkap dengan gudang sejuk beku, serta mengendalikan 832 platform e-dagang yang memberi manfaat kepada anggota dan komuniti setempat. Lawatan tersebut bukan sahaja membuka ruang kepada perkongsian kepakaran, kemajuan teknologi dan digitalisasi gerakan koperasi di China, malah berpotensi membentuk kerjasama serantau dalam bidang rantaian bekalan produk koperasi, pemprosesan makanan, pertanian dan logistik.
Cooperative memiliki lebih 30 paten inovasi dan telah menembusi pasaran antarabangsa termasuk Pakistan dan Asia Barat, dengan nilai aset melebihi 4.2 bilion yuan. Delegasi turut didedahkan dengan pendekatan koperasi tersebut dalam pengurusan rantaian bekalan secara digital yang telah meraih pengiktirafan sebagai peneraju dalam sektor pertanian berteknologi tinggi. Lawatan diteruskan ke Baoshengyuan Coop Shareholding Company yang menghasilkan madu asli berkualiti tinggi menggunakan kaedah tradisional yang diperoleh daripada sumber flora Lingnan. Delegasi dapat merasai sendiri produk madu organik yang mematuhi piawaian keselamatan makanan global. Kualiti pembungkusan dan pemasaran merupakan nilai tambah yang boleh dimanfaatkan koperasi Malaysia dalam meneroka pasaran premium antarabangsa. Kemuncak lawatan adalah kunjungan ke Guangzhou Antique City yang ditubuhkan oleh Persekutuan Koperasi Pembekalan dan Pemasaran Guangzhou bersama Kerajaan Daerah Liwan, sebuah pusat perdagangan budaya dan seni terkemuka yang terletak di kawasan bersejarah Xiguan. Menerusi kunjungan itu, delegasi berpeluang melihat artifak antik berusia hingga 1,000 tahun dari pelbagai dinasti China. Pusat berkenaan menghimpunkan lebih 220 peniaga barangan antik dan berperanan sebagai hab utama perdagangan seni, koleksi artifak, serta lelongan dengan jumlah transaksi lumayan, antara
Oleh: NOR LELA ABDUL GHANI
Delegasi Malaysia ke Guangzhou, China yang diketuai Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah merangkap Naib Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa Asia dan Pasifik (ICA-AP) meneruskan agenda lawatan kerja rasmi dengan mengadakan kunjungan ke tiga koperasi pembekalan dan pemasaran di Guangzhou, China pada 24 Julai 2025. Delegasi Malaysia turut disertai Naib Presiden ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA, Dato' Haji Kamarudin Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh. Kunjungan yang diatur oleh ICA-AP itu meninjau operasi koperasi besar yang memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi dan komuniti setempat di China khususnya wilayah Guangdong dan merintis potensi kerjasama untuk memperkukuh jaringan pemasaran koperasi Malaysia-China dalam sektor pertanian, pembekalan dan peruncitan. Antara koperasi yang dikunjungi termasuk Guangdong New Supply and Marketing Tianrun Grain and Oil Group Co., Ltd. atau dikenali sebagai Tianrun Cooperative . Koperasi yang berpangkalan di wilayah Guangdong tersebut mengkhusus dalam aktiviti import dan eksport beras serta pemprosesan minyak bijirin yang memainkan peranan penting dalam memacu keterjaminan makanan di China. Sejak penubuhannya pada 2009, Tianrun
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease