PENGANTARABANGSAAN
17
Wadah
OGOS 2025
ANGKASA Harap Resolusi ACD2025 Dapat Sokongan Penuh Kerajaan Indonesia memperjuangkan agenda koperasi
pada Sidang Kemuncak ASEAN pada Oktober 2025. Justeru, ANGKASA berharap resolusi tersebut akan mendapat perhatian Presiden Indonesia, Prabowo Subianto. Sementara itu, TYT Dato’ Indera Hermono menyatakan sokongan kerajaan Indonesia terhadap hasrat ANGKASA dan ACO. Beliau juga menasihatkan supaya ACO terus menjalankan program advokasi dengan organisasi berkaitan ASEAN agar lebih banyak sokongan dapat diraih untuk membawa agenda koperasi ke peringkat serantau. “ACO dicadangkan untuk mengadakan kerjasama bersama pihak Pusat Kerjasama Serantau IMT-GT dan ASEAN Business Advisory Council (ASEAN-BAC),” ujarnya lagi. OIC-CU kini dalam proses penubuhan dan matlamatnya adalah untuk mencipta platform yang kuat untuk meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat merentasi dunia Islam melalui model koperasi. Rangkaian tersebut diharap dapat memupuk perkongsian dengan Institusi Kewangan Islam dan mendapat pengiktirafan dasar dalam rangka kerja OIC. Perkongsian Indonesia sebagai pemimpin dalam dunia Islam akan memberikan momentum yang diperlukan untuk mengubah visi menjadi realiti. Hadir sama dalam kunjungan hormat tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA merangkap Setiausaha Agung ACO, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Minister Counsellor (Menteri Kaunselor) Indonesia, Encik Hendra Purnama Iskandar.
Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyampaikan cenderamata kepada Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Dato’ Indera Hermono (tengah) di Kedutaan Besar Republik Indonesia, Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2025. Turut sama ialah Naib Presiden ANGKASA merangkap Setiausaha Agung ACO, Dato' Haji Kamarudin Ismail (kiri).
Oleh: NOR AZAH ABD AZIZ
oleh kerajaan Indonesia. Kunjungan hormat itu juga merupakan tindakan susulan terhadap surat rasmi yang telah dihantar kepada Pejabat Presiden Indonesia dan pihak kedutaan sebelum ini selepas berlangsungnya ACD2025 pada 13 hingga 14 Mei 2025. Menurut Datuk Seri Dr. Abdul Fattah, Republik Indonesia sebagai salah sebuah negara anggota ASEAN dan OIC diharap dapat sama- sama menjayakan inisiatif penubuhan Kesatuan Koperasi OIC (OIC-CU) yang sedang diusahakan oleh ANGKASA dan ACO. Katanya, Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim dijangka akan
Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah telah mengetuai delegasi ANGKASA dalam satu kunjungan hormat ke Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur bertemu Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT) Dato’ Indera Hermono pada 6 Ogos 2025. Agenda utama perbincangan adalah berkaitan Resolusi ASEAN Co-operative Dialogue 2025 (ACD2025) selain memohon sokongan pihak TYT Dato’ Indera Hermono untuk membawa resolusi tersebut untuk perhatian selanjutnya
Negara Brunei Diharap Sokong Resolusi ACD2025, Penubuhan OIC-CU
Oleh: NOR AZAH ABD AZIZ
2025. Justeru, ANGKASA berharap resolusi tersebut akan mendapat perhatian Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Paduka Seri Baginda (PSB) Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah. OIC-CU kini dalam proses penubuhan dan matlamatnya adalah untuk mencipta platform yang kuat untuk meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat merentasi dunia Islam melalui model koperasi. Rangkaian tersebut
Satu kunjungan hormat delegasi ANGKASA yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah telah diadakan ke Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di Putrajaya pada 11 Ogos 2025. Delegasi tersebut bertemu Setiausaha Pertama Suruhanjaya Tinggi Brunei Darussalam di Kuala Lumpur, Mr. Aizul Hakim Suyoi yang mewakili Pesuruhjaya Tinggi Brunei Darussalam ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Dato Mahmud Saidin. Negara Brunei sebagai salah sebuah negara anggota ASEAN dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) diharap dapat sama-sama menjayakan inisiatif penubuhan Kesatuan Koperasi OIC (OIC-CU) yang sedang diusahakan oleh ANGKASA dan ASEAN Co-operative Organization (ACO). Menurut Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah lagi, Resolusi ASEAN Co-operative Dialogue 2025 (ACD2025) juga diharap mendapat sokongan pihak Mr. Aizul Hakim Suyoi untuk diketengahkan kepada Kerajaan Brunei. Katanya lagi, Perdana Menteri Malaysia dijangka akan memperjuangkan agenda koperasi pada Sidang Kemuncak ASEAN pada Oktober
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (dua dari kanan) menyampaikan cenderamata berupa produk koperasi kepada Setiausaha Pertama Suruhanjaya Tinggi Brunei Darussalam di Kuala Lumpur, Mr. Aizul Hakim Suyoi di Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam, Putrajaya pada 11 Ogos 2025.
diharap dapat memupuk perkongsian dengan Institusi Kewangan Islam dan mendapat pengiktirafan dasar dalam rangka kerja OIC. Perkongsian Brunei sebagai salah satu negara Islam akan memberikan momentum yang diperlukan untuk mengubah visi menjadi realiti.
Hadir sama dalam kunjungan hormat tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim dan Pengurus Besar Bahagian Antarabangsa ANGKASA, Dr. Noraini Mohamad.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease