Wadah PELANCAR EDISI OGOS 2025

KOPERASI

18

Wadah

OGOS 2025

Koperasi Sahabat Gunung Tebu Terengganu Berhad (SahabatGT) SahabatGT Pacu Ekopelancongan di Terengganu

Koperasi Sahabat Gunung Tebu Terengganu Berhad (SahabatGT) menawarkan pelbagai aktiviti sukan lasak seperti pendakian gunung dan tunggangan motosikal empat roda (ATV) yang menggabungkan pengalaman mencabar, keindahan alam semula jadi serta komitmen terhadap keselamatan dan kelestarian untuk pelancong dari dalam dan luar negara.

Oleh: NADIAH KAMARUDIN

inap desa, menyediakan hidangan tradisional, menghasilkan kraf tangan dan menjadi pemandu pelancong. Encik Ab Aziz juga berkata, sokongan moral dan bantuan kewangan daripada beberapa kementerian dan agensi menjadi pemangkin kepada perkembangan koperasi. Antara bantuan yang diterima termasuk Program Desa Lestari bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dengan geran sebanyak RM500,000 serta geran RM100,000 daripada Institut Keusahawanan Negara (INSKEN). Dana tersebut digunakan untuk membeli aset seperti motosikal empat roda (ATV) dan peralatan perkhemahan, sekali gus membolehkan koperasi menganjurkan pelbagai aktiviti kepada pelancong seperti menaiki ATV, pendakian gunung, perlumbaan motor rentas desa ( motocross ) serta aktiviti perkhemahan. Selain sering menerima jemputan untuk mengadakan pameran di peringkat domestik dan antarabangsa, koperasi juga menghantar anggotanya dan penduduk kampung mengikuti kursus mendaki gunung yang diiktiraf bagi memperoleh sijil kepakaran. Langkah tersebut bukan sahaja memastikan mereka menguasai kemahiran teknikal dan keselamatan, malah pemandu pelancong yang dilantik diwajibkan memiliki kelayakan sah bagi menjamin pengalaman pelancong yang selamat dan berkualiti. Dalam aspek kelestarian alam sekitar, koperasi bekerjasama rapat dengan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT) dalam memastikan pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan hutan, sungai dan trek pendakian. Beberapa program tanggungjawab sosial korporat (CSR) telah dilaksanakan termasuk kerja pembersihan trek, pengutipan sampah, penanaman semula pokok dan laporan terhadap aktiviti yang menjejaskan ekosistem. "Kami turut memeterai memorandum persefahaman dengan Sekolah Kebangsaan Kuala Kubang sebagai kerjasama strategik dan sokongan dalam membina jaringan pendidikan bagi manfaat murid dan komuniti sekolah menerusi penubuhan ‘sahabatGT Junior Ranger’. Melalui kelab ini, murid dilatih memberi penerangan kepada pelancong serta dipupuk rasa cinta terhadap alam sekitar sejak di bangku

Dari deruan air terjun Lata Belatan hingga panorama indah puncak Gunung Tebu, Koperasi Sahabat Gunung Tebu Terengganu Berhad (SahabatGT) bukan sekadar mengajak pelancong menikmati keindahan alam, malah turut menyemai kesedaran tentang kepentingan memelihara khazanah semula jadi demi kelestarian generasi akan datang. SahabatGT merupakan antara agensi yang terlibat dalam sektor ekopelancongan, pelancongan pendidikan dan sukan lasak di Terengganu. Berpangkalan di Kampung Kuala Kubang, sebuah perkampungan unik yang menjadi pintu masuk ke Hutan Simpan GunungTebusertaberhampiranLataBelatan, iaitu antara air terjun popular di daerah Besut, koperasi itu memanfaatkan lokasinya sebagai aset utama bagi pembangunan komuniti. “Walaupun kampung ini mempunyai banyak daya tarikan, pada waktu itu belum ada usaha tersusun dan sistematik untuk meningkatkan potensinya. Dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, kami memulakan inisiatif Ekopelancongan Berasaskan Komuniti (CBET) bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12,” kata Pengerusi koperasi, Encik Ab Aziz Ab Rashid. CBET merupakan pendekatan pelancongan yang memberi peluang kepada penduduk setempat untuk mengurus, mengendali dan meraih manfaat secara langsung daripada aktiviti pelancongan, di samping memberi ruang kepada pelancong merasai keindahan alam dan pengalaman sebenar kehidupan masyarakat tempatan. Inisiatif tersebut bukan sahaja dapat membantu meningkatkan ekonomi komuniti, malah turut membantu dalam pemeliharaan alam sekitar, kelestarian sumber semula jadi dan pemuliharaan warisan budaya. Sejak kerjasama itu dimulakan lima tahun lalu, penduduk setempat kini terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti seperti mengusahakan

sekolah," kata Encik Ab Aziz. Melangkah ke koperasi berhasrat untuk meluaskan impak aktiviti di sekitar Lata Belatan, mengangkat produk seni dan kebudayaan tempatan, serta meneroka sektor pertanian. Pada tahun 2024, koperasi bersama FRIM dengan kerjasama JPNT mengemukakan kertas kerja kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk menaik taraf trek pendakian dan berjaya memperoleh peruntukan RM300,000. Projek tersebut dijangka siap September 2025. “Kami mahu Lata Belatan dikenali bukan sahaja kerana keindahan alamnya, bahkan juga kerana kekuatan komuniti yang mengurus dan memeliharanya,” ujar beliau. hadapan, Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, YB Datuk Ali anak Biju meninjau proses pembuatan gula Melaka atau lebih dikenali sebagai 'Nise Kerek' yang merupakan antara produk ekopelancongan diketengahkan dalam inisiatif Ekopelancongan Berasaskan Komuniti (CBET) di Besut, Terengganu pada 13 September 2022.

Koperasi Sahabat Gunung Tebu Terengganu Berhad (SahabatGT)

Alamat

: Jalan Lata Belatan, Kampung Kuala Kubang, Jerteh, Besut, Terengganu Darul Iman.

No. Telefon

: +6017-919 4108

: sahabatgttb@gmail.com : Gunung Tebu Ecotourism : gunungtebu_ecotourism : gunungtebu_ecotourism

E-mel

Facebook Instagram

Tiktok

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease