Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ Foto : AIZAL AZIZAN SAJARI / ARMAN YUSUF
HAJI MOHAMAD AZMI OMARUDDIN Naib Presiden ANGKASA
PERKUKUH INDUSTRI KEWANGAN KOPERASI
ANGKASA menerusi Jawatankuasa Kewangan Dan Perbankan akan terus berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan potongan gaji ANGKASA dengan mempelbagai dan memperluaskan kepakarannya ke arah meningkatkan pendapatan organisasi di samping memberi perkhidmatan terbaik kepada koperasi dan pelanggan.
Langkah untuk mempelbagaikan fungsi
Sokongan padu warga kerja ANGKASA diakui telah banyak membantu dalam usaha ANGKASA meningkatkan pencapaian tersebut. Kejayaan tersebut juga terhasil daripada kesungguhan yang digalas dan dipatuhi secara muafakat sejak dahulu lagi dengan niat untuk melihat ANGKASA terus maju ke hadapan dan meraih perolehan lebih tinggi. Pelan pembangunan yang dibangunkan juga bukan sekadar untuk menambah baik kualiti perkhidmatan seperti menaik taraf sistem dan peralatan yang lebih canggih, malah turut melibatkan
program pembangunan modal insan dalam kalangan warga kerja ANGKASA termasuk anggota koperasi ahli ANGKASA yang terlibat dalam industri tersebut. Selari dengan hasrat kerajaan yang mahu gerakan koperasi supaya menjadi antara penyumbang utama alam penjanaan ekonomi negara, ANGKASA berharap tahun 2018 dapat menzahirkan pencapaian lebih baik kepada gerakan koperasi di Malaysia khususnya sektor kewangan koperasi terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
perkhidmatan kewangan itu juga dilihat bertepatan dengan hasrat ANGKASA untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran dan keyakinan lebih tinggi dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Sama seperti pada tahun- tahun sebelumnya, ANGKASA sentiasa memantau tahap keupayaan perkhidmatan potongan gaji dalam usahanya untuk memastikan kualiti perkhidmatan tersebut sentiasa dipertingkat dan berada pada tahap yang terbaik.
Januari 2018 PELANCAR
17
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease