Wadah PELANCAR EDISI OGOS 2025

2 INFO SEMASA

Wadah

OGOS 2025

Anggota Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) Bilangan 2/2025 bergambar sebelum mesyuarat bermula.

DARI MUKA 1

"Hal ini penting bagi memastikan Belanjawan 2026 disediakan tidak meminggirkan sektor koperasi negara,” katanya. Tambahnya lagi, akta baharu yang membabitkan 96 peruntukan asal yang akan disusun semula dan ditambah baik tersebut dirangka berdasarkan keperluan semasa serta aspirasi untuk memperkukuh sektor koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi rakyat. Hal ini juga selari dengan Prakarsa 9 dalam Rancangan Malaysia ke-13 yang diumumkan Perdana Menteri pada 31 Julai 2025, iaitu memperkasakan sektor ketiga sebagai salah satu instrumen keadilan sosial dan kesaksamaan peluang. “Melalui pewartaan akta koperasi yang baharu kelak, kerajaan berharap gerakan koperasi negara akan lebih cekap, dinamik dan bersedia mendepani cabaran ekonomi global serta memberi manfaat langsung kepada kesejahteraan rakyat,” jelasnya. Tiga kertas pembentangan turut dibincangkan meliputi satu kertas perbincangan dasar dan dua kertas makluman yang berkaitan perkembangan semasa sektor koperasi. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah juga berpeluang memberi cadangan agar kerajaan

membantu 3,500 buah kedai koperasi BA100 berdaftar untuk mendapatkan Sistem Point of Sale (POS) seiring dengan Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi (DigiKOP) 2030 agar koperasi-koperasi yang terlibat boleh bergerak lebih efisien. “Setakat ini, hanya sekitar 1,000 buah outlet koperasi yang menggunakan Sistem POS dan selebihnya masih menggunakan cara manual kerana kekangan kewangan akibat kos pemasangan Sistem POS yang tinggi,” ujarnya. Beliau turut meminta kerajaan untuk mempertimbangkan penyenaraian kedai koperasi sebagai pusat penebusan bantuan RM100 di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mulai 31 Ogos 2025. MPKK Bilangan 2/2025 turut dihadiri oleh Timbalan Menteri KUSKOP, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud, Pengerusi SKM, Leftenan Jeneral, Datuk Ahmad Norihan Jalal (B), Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Puan Noor Afifah Abdul Razak, Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia, Datuk Mohd Ali Mansor dan Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik. Mesyuarat turut disertai oleh 14 Exco Kerajaan Negeri yang memegang portfolio koperasi, sembilan wakil gerakan koperasi, dua wakil akademik dan satu wakil industri.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah turut menyuarakan pandangan pada sesi 'Cadangan Insentif Bajet 2026 berdasarkan Input Gerakan Koperasi' di MPKK Bilangan 2/2025.

Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik mewakili ANGKASA sebagai salah seorang pembentang usul.

Sidang Pengarang

Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Timbalan Presiden • Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Naib Presiden • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh Pengurus Besar Bahagian Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA • Halim Haji Ibrahim Pengurus • Mohd. Zakuan Azmi Pengarang

Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal Diterbitkan Oleh ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (4630/12.5.71) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. Seksyen Penerbitan Bahagian Korporat ANGKASA E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD (253940-X)

• Nor Azah Abd. Aziz • Nadiah Kamarudin • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor

Jalan Chan Sow Lin, 50554 Kuala Lumpur.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease