Wadah PELANCAR Edisi Januari 2018

Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ Foto : AIZAL AZIZAN SAJARI / ARMAN YUSUF

DR MOHD AZLAN YAHYA Naib Presiden ANGKASA

INTEGRITI CERMINAN AMANAH

Amalan budaya berintegriti dalam kalangan warga kerja biasanya akan turut memberi kesan terhadap organisasi. Sekiranya amalan yang dibawa itu baik, organisasi juga akan mendapat nama yang baik dan begitu juga sebaliknya.

Berasaskan kepada perkara tersebut, pengurusan integriti dan risiko sangat penting sebagai langkah awal bagi menyediakan sebuah persekitaran kerja yang lebih baik. Menerusinya juga, budaya kerja berintegriti tinggi akan dapat disemai kepada warga kerja sekaligus meningkatkan kemampanan dan mewujudkan kelestarian terhadap organisasi. Ia juga bertujuan supaya setiap individu yang terlibat dalam sesebuah organisasi dapat melaksanakan amanah yang diberikan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh tanpa sebarang konflik seterusnya dapat menjauhi kesalahan yang boleh merosakkan nama baik organisasi.

Tahun 2018 menyaksikan ANGKASA terus memperkasakan nilai integriti di semua peringkat melibatkan barisan kepimpinan ANGKASA, warga kerjanya dan lain-lain dalam sektor koperasi secara keseluruhannya dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Majlis Ikrar Integriti yang dijalankan di peringkat negeri juga membuktikan kesungguhan ANGKASA untuk menjadi sebuah organisasi yang mengamalkan pendekatan tersebut secara serius dan lebih menyeluruh melibatkan seluruh warga kerja di setiap cawangan.

Selain itu, ANGKASA juga mahu menjadikan tahun 2018 sebagai tahun digital koperasi bagi menggalakkan penglibatan koperasi dalam platform perdagangan elektronik atau e-dagang dalam usaha untuk memasarkan produk di peringkat tempatan dan antarabangsa bagi meningkatkan perolehan mereka. “Koperasi disaran mengambil bahagian dalam perniagaan ini supaya tidak ketinggalan dalam dunia teknologi digital. “Justeru, usaha ANGKASA ini amat bertepatan untuk melihat penglibatan koperasi dalam pemasaran produk ke pasaran luar,” katanya.

18 PELANCAR Januari 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease