Wadah PELANCAR Edisi Januari 2018

Kebangsaan 2017 di Ipoh, Disember lalu. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perak, Haji Rosli Haji Basri. Seramai 94 peserta melibatkan 48 buah koperasi dari seluruh negara terlibat dalam seminar yang berlangsung selama dua hari itu. Sepanjang program

» Puan Nasibah Ahmad daripada Pusat Pembangunan Komuniti Maktab Koperasi Malaysia menyampaikan ceramah bertajuk ‘Melestarikan Modal Insan Koperasi’

» Haji Yasim Mohamed daripada KKM Masjid As-Salam Puchong Perdana Berhad menyampaikan ceramah bertajuk ‘Inovasi dalam Perniagaan’

» Ustaz Haji Mohd Zamri Haji Mohd Zainuldin menyampaikan ceramah bertajuk ‘kegemilangan Ekonomi Islam’

» Dato’ Abdul Fattah beramah mesra dengan peserta

...sumbangan KKM kepada pembangunan sosioekonomi semakin menunjukkan hasil yang positif dan menyeluruh sekaligus dapat mencapai hasrat utamanya untuk mensejahterakan kariah menerusi peningkatan taraf sosioekonomi masyarakat.

Bertam Indah Kepala Batas Berhad. Pencapaian tersebut jelas menunjukkan bahawa sumbangan KKM kepada pembangunan sosioekonomi semakin menunjukkan hasil yang positif dan menyeluruh sekaligus dapat mencapai hasrat utamanya untuk menyejahterakan kariah menerusi peningkatan taraf sosioekonomi masyarakat. “Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan syabas kepada kepimpinan KKM yang

bersungguh-sungguh ingin memartabatkan kelestarian KKM serta berharap agar kerjasama lebih erat dapat dijalin antara KKM dan Majlis Agama Islam menerusi gerak kerja baharu secara lebih tersusun. Kita juga berharap agar KKM dapat dijadikan sebagai salah satu kegiatan yang sentiasa diberi perhatian, sokongan dan juga bantuan oleh Majlis Agama Negeri yang terlibat,” ujar beliau. Beliau bercakap dalam ucapan aluan Majlis Penutup Seminar Koperasi Kariah Masjid Peringkat

berlangsung, peserta didedahkan dengan enam ceramah yang disampaikan oleh barisan panel meliputi pelbagai topik menarik dan lebih bersifat terkini. Sementara itu, dalam ucapan perasmian yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Haji Mohd Haidi Sulaiman, beliau melihat usaha ANGKASA membantu pelaksanaan aktiviti Koperasi Kariah Masjid adalah satu langkah yang sangat disokong dan dihargai.

Januari 2018 PELANCAR

21

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease