Wadah PELANCAR Edisi Januari 2018

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI Info Semasa

REAKSI PESERTA

Haji Zainal Abidin Yahya Koperasi Kariah Surau Al-Furqan Putrajaya Berhad Penyertaan kali ketiga dalam seminar anjuran ANGKASA ini telah memberi banyak informasi selain mencetus idea-idea baharu dalam meningkatkan tadbir urus koperasi secara lebih berkesan. Selain banyak topik menarik dibentangkan, peserta juga turut berkesempatan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman untuk sama-sama meningkatkan lagi sinergi koperasi ke arah kecemerlangan.

Hajah Sharifah Mastura Syed Zainuddin Koperasi Kariah Masjid Saujana Utama Sg. Buloh Selangor Berhad Seminar pada kali ini dilihat sangat menarik dan lebih fokus kepada pembangunan ilmu, peningkatan daya kepimpinan selain meningkatkan semangat untuk membangunkan serta melaksana aktiviti koperasi secara lebih terancang. Kami sangat berharap agar usaha untuk merealisasikan beberapa aktiviti seperti kiosk, nurseri, tanaman fertigasi dan lain-lain lagi akan dapat dicapai dengan kerjasama semua pihak.

Haji Ayob Haji Jabal Koperasi Kariah Masjid Ambangan Heights Kedah Berhad Seminar seperti ini sangat baik bagi memberi pendedahan serta menilai keberkesanan dalam pengurusan sedia ada. Saya sangat mengalu-alukan kerjasama antara koperasi selain tunjuk ajar daripada wakil sektor perniagaan yang terlibat untuk bersama-sama mencari kesepakatan dalam membina kejayaan. Selain itu, program lawatan di kawasan terdekat juga sekiranya ada, dapat memberi pendedahan secara lebih komprehensif.

Che Shamsul Che Mahmood Koperasi Kariah Masjid Lubok Bongor Jeli Berhad Usaha ANGKASA memartabatkan KKM menerusi seminar seumpama ini dilihat sangat bermakna kepada peserta. Saya sendiri secara peribadi cukup bersemangat untuk membantu koperasi menjayakan aktiviti-aktiviti perniagaan yang telahpun dirancang. Menerusi seminar ini juga, saya dapat berkongsi pengalaman dan panduan daripada barisan panel serta peserta yang lain berkaitan perniagaan koperasi yang dirancang seperti peruncitan, pemasaran produk hasil asas tani, Ar-Rahnu dan restoran.

Haji Othman Hasan Koperasi Kariah Masjid Tuanku Jaafar Seremban Berhad Saya sangat menghargai usaha ANGKASA memartabatkan KKM dalam gerakan koperasi. Bagi terus meningkatkan pencapaian sedia ada, KKM disyorkan supaya bersepakat dalam menyediakan satu laporan khas berkaitan hala tuju KKM untuk dibentang dan dinilai oleh SKM dan ANGKASA. Menerusi kesepakatan seumpama itu, agenda yang lebih besar boleh dilaksanakan secara bersama dengan sokongan dan bantuan daripada kerajaan.

Hajah Siti Khalimah Haji Ihsan Koperasi Kariah Surau Taman Pelangi Langkap Perak Berhad Menerusi seminar seperti ini, peserta dapat memperoleh pelbagai info berkaitan pengurusan perniagaan koperasi. Meskipun produk Mee Sanggul keluaran koperasi hanya terbatas kepada pasaran setempat, kami yakin dengan sokongan dan bantuan daripada ANGKASA, pasaran produk tersebut mampu diperhebat hingga ke peringkat antarabangsa menerusi strategi pengeluaran dan pemasaran yang lebih berkesan.

Januari 2018 PELANCAR

23

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease