Wadah PELANCAR Edisi Januari 2018

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI Tinjauan Sektor

Pelaburan ANGKASA menerusi anak syarikatnya, MyANGKASA Services Sdn. Bhd. dalam membangunkan projek ladang solar seluas 1.21 hektar di kawasan Sungai Tiang, Pendang, Kedah mula menitip kejayaan apabila mula beroperasi penghujung 2017 lepas. LADANG SOLAR ANGKASA MULA BEROPERASI

Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, projek ladang solar ANGKASA mampu menjana tenaga sehingga lima megawatt sehari dan membekalkannya kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi perjanjian kerjasama selama 21 tahun.

Menurut beliau, kadar harga yang ditetapkan oleh pihak TNB bagi setiap kilowatt- jam adalah sebanyak 97 sen. Berasaskan kepada kadar yang telah ditetapkan, ANGKASA menjangkakan anggaran perolehan mampu mencecah sehingga RM1 juta setahun.

» YB Dato’ Suraya Yaacob ADUN Sungai Tiang

» Dato’ Abdul Fattah (dua dari kiri) memberi penerangan kepada YB Dato’ Suraya tentang sistem panel solar ANGKASA. Turut sama ialah Naib-Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail (lima dari kiri) dan Dr. Mohd. Azlan Yahya (paling kanan)

24 PELANCAR Januari 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease