“Projek ladang solar ini adalah sebagai perintis ke arah pembangunan projek seterusnya yang bakal dibangunkan dengan kerjasama beberapa buah koperasi di Perlis dan Perak pada tahun hadapan”, katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas meninjau ladang solar ANGKASA pada 27 Disember lalu bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap ADUN Sungai Tiang, YB Dato’ Suraya Yaacob. Turut hadir ialah Naib- Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Dr. Mohd Azlan Yahya; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh;
ladang solar ANGKASA sangat memberi makna kepada ANGKASA sebagai Badan APEKS gerakan koperasi di Malaysia. Menurut beliau, projek tersebut dibangunkan hasil perancangan yang sangat rapi selain usaha keras yang telah dijalankan bagi membantu meningkatkan perolehan dan memartabatkan imej gerakan koperasi sebagai antara sektor yang turut berperanan dalam projek berteknologi tinggi seperti itu. Katanya, menerusi pencapaian itu juga, ladang solar ANGKASA kini bersedia untuk menjadi projek contoh dan model rujukan kepada mana-mana koperasi yang berminat untuk bekerjasama bagi membangunkan projek seumpama itu di masa akan datang. Sementara itu, YB Dato’ Suraya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan Negeri Kedah, turut mengadakan perbincangan bersama ANGKASA tentang cadangan konsep pertanian yang akan dibangunkan di dalam kawasan tersebut. Menurut beliau, usaha ANGKASA amat dihargai kerana selain membantu meningkatkan kapasiti elektrik di kawasan tersebut, kawasan ladang solar seluas tiga ekar itu juga boleh digunakan sebagai pusat pertanian jangka pendek seperti tanaman fertigasi dan kolam ternakan ikan serta udang yang bakal memberi manfaat kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat setempat.
» Dato’ Haji Kamarudin Ismail Naib Presiden ANGKASA
Pengerusi JPAN Perak, Haji Mohd Rosli Basri serta pengurusan tertinggi ANGKASA. Dato’ Haji Kamarudin yang juga merangkap Pengerusi MyANGKASA Services Sdn. Bhd. berkata, kejayaan penubuhan
» Ketinggian tiang panel solar antara 2.13 meter hingga 3.66 meter membolehkan banyak aktiviti pertanian dapat diusahakan di bawahnya
Januari 2018 PELANCAR
25
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease