Beliau berkata demikian sewaktu berucap dalam Majlis Lawatan dan Penyerahan Plak CoopHotel di De KPMJ Boutique Hotel, Johor Bahru. Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor (KPMNJ) merangkap Pengerusi Exectravel, Datin Paduka Hajah Hapipah Endot; Ahli Lembaga KPMNJ merangkap Ahli Lembaga Pengarah Exectravel, Puan Hajah Rabeah Sheikh Mohamed; Ketua Pegawai Eksekutif KPMNJ dan Exectravel, Haji Sahar Ahmad; Ketua Pegawai Operasi Exectravel, Encik Mohammad Ali Haji Omar dan Pengurus De KPMJ Boutique Hotel, Puan Sharmila Murad. Menurut Haji Mutadho, banyak peluang yang boleh direbut dan diceburi oleh CoopHotel seperti pembelian barang-barang keperluan hotel secara pukal, pakej pelancongan ‘inbound’ dan outbound ’ dan kerjasama dengan CoopSpa untuk membuka outlet spa di hotel. De KPMJ Boutique Hotel merupakan salah satu subsidiari kepada perniagaan KPMNJ selain perladangan kelapa sawit (Sektor Perladangan), pembalakan dan perkayuan (Kayu Utama Sdn. Bhd.); pengurusan dan pembangunan hartanah (KPMJ Properties Sdn. Bhd.); pelaburan saham (KPMJ Holdings Sdn. Bhd.), perkhidmatan Ar-Rahnu (lima cawangan), pengangkutan (100 buah teksi bandaraya), agensi pelancongan resort dan hotel ( Exectravel Sdn. Bhd. ) serta peruncitan (KPMJ Mart). Koperasi yang mula ditubuhkan pada tahun 1966 itu kini diangggotai lebih 9,000 anggota selain 70 warga kerja. KPMNJ yang dipengerusikan oleh Naib Presiden ANGKASA, Datuk Mohamad Ali Hasan, telah mencapai pelbagai kejayaan seperti Anugerah Koperasi Koperasi Terbaik Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan Negeri Johor 2016 serta menduduki tempat ke-30 dalam senarai 100 Koperasi Terbaik Kebangsaan 2017 yang ditaraf Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
» Bangunan KPMJ Boutique Hotel
» Suasana bilik De KPMJ Boutique Hotel
Januari 2018 PELANCAR
27
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease