Wadah PELANCAR EDISI OGOS 2025

INFO SEMASA

3

Wadah

OGOS 2025

ANGKASA Rangkul Dua Anugerah Berprestij Peringkat Nasional dan Antarabangsa

daya saing, inovasi dan sumbangan berterusan kepada anggota secara mampan. Keesokan harinya, pada 8 Ogos 2025, ANGKASA sekali lagi diangkat di pentas antarabangsa apabila menerima The Asia HRD Awards 2025 bagi kategori Contribution to Organisation dalam majlis di University of Cyberjaya (UoC), Cyberjaya. Anugerah itu telah disampaikan oleh Canselor UoC, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah, manakala majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh. Anugerah berkenaan mengiktiraf organisasi yang membina kejayaan menerusi sistem, proses dan amalan inovatif yang memacu pembangunan modal insan secara menyeluruh. ANGKASA dipilih oleh Jawatankuasa Anugerah Bebas yang dipengerusikan mantan Menteri Kerja Raya Bahrain, H.E. Engineer Fahmi Ali Al Jowder.

Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization , Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menerima Industry Outstanding Awards bagi kategori Koperasi sempena Malaysia Industry Awards 2025 (MINDA 2025) yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof (kanan) dalam satu majlis di ibu negara pada 7 Ogos 2025.

Oleh: NADIAH KAMARUDIN

ANGKASA terus mengukir kejayaan apabila merangkul dua pengiktirafan berprestij dalam tempoh dua hari berturut-turut, membuktikan peranannya sebagai peneraju utama gerakan koperasi negara di peringkat nasional dan antarabangsa. Pada 7 Ogos 2025, ANGKASA menerima Industry Outstanding Awards bagi kategori Koperasi sempena Malaysia Industry Awards 2025 (MINDA 2025) dalam satu majlis di ibu negara. Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof kepada Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Pengiktirafan tersebut dilihat sebagai penghormatan bukan sahaja kepada ANGKASA, malah seluruh gerakan koperasi yang telah menunjukkan perubahan signifikan dalam pelbagai sektor ekonomi melalui peningkatan

Canselor University of Cyberjaya, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah menyampaikan trofi The Asia HRD Awards 2025 bagi kategori Contribution to Organisation kepada Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dalam satu majlis di Cyberjaya pada 8 Ogos 2025.

Mengulas kejayaan berganda itu, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menegaskan bahawa kejayaan tersebut adalah hasil komitmen seluruh warga kerja ANGKASA dalam membudayakan inovasi, memperkukuh kapasiti koperasi dan memajukan pembangunan sumber manusia. “Pengiktirafan ini bukan sahaja untuk ANGKASA, bahkan untuk semua yang bekerja keras memastikan gerakan koperasi terus relevan, berdaya saing dan memberi nilai tambah kepada anggota. Ini menjadi motivasi untuk kami terus memperkasakan modal insan demi kemajuan bersama,” katanya.

Dari Meja Presiden

Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun 2025 iaitu 'Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni' memberi maksud yang lebih menjurus kepada komitmen kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat dan pembangunan negara sentiasa diberi perhatian selaras dengan nilai- nilai kemanusiaan. Seiring dengan prinsip-prinsip koperasi yang diperjuangkan, ANGKASA mahu supaya tahap jati diri dalam kalangan anggota koperasi sentiasa berada pada tahap tertinggi. Penyerapan nilai-nilai tersebut sangat penting sebagai simbol keprihatinan dan semangat koperator yang berjiwa kemasyarakatan dan suka untuk saling membantu antara satu sama lain.

Jika amalan seperti ini dapat terus diterapkan kepada koperator, gerakan koperasi di Malaysia pasti mampu mencapai matlamat dalam penubuhannya selain lebih dihormati oleh masyarakat. Bersama-samalah kita berusaha untuk menjadikan koperasi yang kita naungi sebagai platform keprihatinan dan kemajuan sosioekonomi yang lebih berkesan. Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang Ke-68. Semoga negara kita Malaysia maju jaya dan kesejahteraan rakyat terus terbela.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease