Wadah PELANCAR Edisi Januari 2018

Rencana

Oleh : ROSLI HASSAN

COOP HARDWARE : Sektor Pembangunan Hartanah ANGKASA IMEJ BAHARU KOPERASI PEMBEKAL BAHAN BINAAN

DATUK MOHAMAD ALI HASAN Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sektor Pembangunan Hartanah ANGKASA

Penjenamaan adalah satu kaedah memberi imej atau identiti kepada produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah perniagaan. Dengan adanya jenama, sesuatu produk atau perkhidmatan seolah-olah diberi “nyawa” bagi membolehkannya dikenali oleh pengguna.

Begitu juga dengan produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh koperasi, ia harus mempunyai jenama tersendiri yang akan membolehkan mereka diterima di pasaran. Jenama akan memberi nilai tambah bagi membolehkan produk dan perkhidmatan koperasi mempunyai nilai dipasaran. Oleh yang demikian, identiti yang seragam harus diperkenalkan dan diguna pakai oleh gerakan koperasi bagi mempromosi produk dan perkhidmatan yang dibekalkan oleh koperasi sekaligus menjamin produk dan perkhidmatan koperasi tersebut dikenali dan diterima oleh pengguna.

ANGKASA melalui Sektor Pembangunan Hartanah telah memperkenalkan identiti logo COOP HARDWARE kepada koperasi di bawah jaringan pembangunan hartanah. Tujuan pengenalan logo tersebut adalah untuk memberi imej baharu kepada koperasi-koperasi yang menjalankan perniagaan pembekalan bahan binaan. Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sektor Pembangunan Hartanah ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan semasa melancarkan identiti logo COOP HARDWARE dan penyerahan geran kepada koperasi pembekal bahan binaan, di ANGKASA pada 8 Disember 2017 lalu

28 PELANCAR Januari 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease