menyeru agar koperasi yang mempunyai perniagaan pembekal bahan binaan menggunakan logo ini bagi menyeragamkan identiti dan imej koperasi pembekal bahan binaan agar lebih dikenali umum. Katanya, keberanian koperasi melakukan transformasi daripada perniagaan pembekalan bahan binaan secara berskala kecil kepada perniagaan bersaiz lebih besar dengan menggunakan identiti COOP HARDWARE akan menjamin perniagaan koperasi diterima oleh pasaran. Langkah ini pasti akan mendorong lebih banyak koperasi membuka kedai alat-alat logam dan menjadi pembekal bahan binaan di negara ini. Menurut beliau, pendekatan itu juga adalah bagi menggalakkan koperasi melibatkan diri dalam perniagaan berimpak tinggi. Penggunaan logo COOP HARDWARE dapat membantu koperasi merangsang dan membangunkan perniagaan pembekal bahan binaan bagi menyokong koperasi pembinaan dan koperasi perumahan yang berhadapan dengan bekalan bahan binaan yang sentiasa tidak mencukupi.
Koperasi-koperasi ini dianggap sebagai perintis kepada penggunaan jenama COOP HARDWARE di negara ini. Sektor Pembangunan Hartanah ANGKASA menyasarkan lebih banyak koperasi akan menggunakan logo ini di koperasi masing-masing sebagai tanda sokongan terhadap gerakan koperasi yang menjalankan aktiviti pembekalan bahan binaan. Penggunaan logo ini diharap akan lebih memudahkan masyarakat untuk mengetahui premis kedai alat-alat logam koperasi dan membezakannya dengan premis perniagaan individu atau syarikat swasta. Penggunaan jenama yang seragam juga akan menggalakkan pencambahan rantaian nilai perniagaan antara koperasi dengan koperasi dan antara koperasi dengan pihak swasta. Kerjasama melalui jaringan perniagaan mampu membantu koperasi untuk mengambil alih tanggungjawab sebagai pembekal bahan binaan yang selama ini dimonopoli oleh pihak swasta. Ini akan membantu koperasi meningkatkan perolehan koperasi dan akan merangsang koperasi untuk menyumbang kepada
...keberanian koperasi melakukan transformasi daripada perniagaan pembekalan bahan binaan secara berskala kecil kepada perniagaan bersaiz lebih besar dengan menggunakan identiti COOP HARDWARE akan menjamin perniagaan koperasi diterima oleh pasaran.
Dengan adanya identiti COOP HARDWARE ini juga, koperasi diharap mampu memberi saingan kepada sektor swasta dalam pasaran pembekalan bahan binaan termasuk kedai-kedai menjual peralatan berasaskan logam (hardware) dan kedai serbaneka yang lain di negara ini. Sebagai permulaan, sebanyak lima buah koperasi telah menggunakan logo ini di koperasi masing-masing. Koperasi tersebut adalah Koperasi PAKU Selangor Berhad, Koperasi Sri Al Amin Kerteh Berhad, Koperasi Akademi Binaan Wilayah Utara Berhad, Koperasi Alumni Sevotek Taiping Berhad dan Koperasi BARAKAH Selangor Berhad. Kesemua koperasi tersebut mempunyai kedai pembekal bahan binaan dan premis alat-alat logam sebagai aktiviti koperasi.
peningkatan Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK). Impak kepada kewangan dan sosial koperasi seterusnya akan dapat dikongsi oleh anggota koperasi yang lain. Dengan sokongan dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Maktab Koperasi Malaysia (MKM), gerakan koperasi amat yakin perniagaan ini akan menyumbang perolehan yang positif kepada gerakan koperasi. Pendekatan ini telah lama digunakan oleh beberapa negara maju dalam memberikan identiti kepada produk dan perkhidmatan koperasi di bawah satu jenama sehingga diterima baik oleh masyarakat umum. Penggunaan logo COOP HARDWARE ini akan turut membantu koperasi mendapat bekalan bahan binaan dengan mudah melalui konsep dari koperasi kepada koperasi.
Januari 2018 PELANCAR
29
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease