» Merakam foto bersama sebahagian koperator yang hadir pada HWDA 2017
KOWIMA ditubuhkan bagi menggabungkan koperasi wanita, koperasi ibu tunggal dan koperasi kaum ibu seluruh negara dalam menjayakan program pembangunan koperasi, di samping membantu meningkatkan perolehan koperasi wanita serta mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan.
gerakan koperasi.
menggabungkan koperasi wanita, koperasi ibu tunggal dan koperasi kaum ibu seluruh negara dalam menjayakan program pembangunan koperasi, di samping membantu meningkatkan perolehan koperasi wanita serta mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan. Wanita sebagai komuniti penting yang memainkan peranan dalam memajukan gerakan koperasi negara. ANGKASA sentiasa memperkasakan wanita melalui pelbagai program dan latihan agar dapat memberi sumbangan kepada negara. Sepanjang tahun 2017, ANGKASA melalui Unit Wanita memberi tumpuan melalui pendedahan kepada peluang perniagaan, pembangunan diri, keluarga dan masyarakat. Justeru, ia dapat meningkatkan pendapatan anggota dan koperasi. Program pemerkasaan wanita itu juga diadakan bagi melahirkan lebih ramai koperator
berkaliber menjadi pemimpin koperasi. Sehingga Disember 2016, dianggarkan terdapat 246 buah koperasi wanita yang berdaftar dengan SKM dan 177 buah yang berdaftar dengan ANGKASA. Koperator wanita juga harus memanfaatkan peluang mengikuti Bengkel Pembangunan Perniagaan koperasi wanita di seluruh negeri dan program pendidikan awal kanak-kanak yang dianjurkan oleh ANGKASA. Sambutan selama dua hari itu, diisi dengan pemeriksaan kesihatan dan dua sesi ceramah dengan topik “Wanita Inspirasi Pewaris Bangsa” dan “Cabar Potensi Diri, Transformasikan Gerakan Koperasi”. Turut hadir ialah Pengerusi KOWIMA, Tan Sri Dr. Siti Zaharah Sulaiman; Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho Bahri; Naib-Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Haji Mohamad Azmi Omaruddin dan Dr. Mohd Azlan Yahya.
“Namun, wanita yang bergelar isteri dan ibu tetap menjadikan keluarga sebagai tumpuan utama. Institusi keluarga menjadi teras pemikiran,usaha dan kebanggan wanita,” jelasnya. Dato’ Abdul Fattah juga turut menyeru kepada koperator wanita agar sentiasa berfikiran ke hadapan untuk menjadi usahawanita yang berinspirasi. Mereka perlu mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran menerusi pelbagai bentuk latihan, seminar, kemahiran selain sokongan komuniti. Koperator perlu memikirkan kesan-kesan dan risiko yang timbul dan penyelesaian kepada cabaran itu. “Mereka mesti jadi pemimpin yang berani membuat keputusan. Pemimpin yang mempunyai idea hebat perlu lebih banyak dilahirkan. Sememangnya, ANGKASA berusaha membantu menggerakkan koperasi wanita termasuklah menubuhkan KOWIMA,” ujar beliau. KOWIMA ditubuhkan bagi
32 PELANCAR Januari 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease