Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ Info Semasa
Berkat kesepakatan dan peranan yang dimainkan oleh 105 anggotanya, Koperasi Alumni Sekolah Menengah Teknik Kuantan 72/73 Berhad (KASMET) berjaya mencipta kejayaan tersendiri apabila merakam beberapa kemajuan setelah setahun ditubuhkan. ANGGOTA TUNJANG KEKUATAN KOPERASI
Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho Bahri dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama Koperasi Alumni SM Teknik Kuantan 72/73 Berhad mewakili Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah telah melahirkan rasa bangga terhadap kejayaan dan kemajuan yang dicapai KASMET walaupun masih dianggap baru dalam gerakan koperasi negara.
Sementara itu, Pengerusi koperasi, Haji Jaafar Yaakob berkata, dalam usaha menjadikan koperasi terus berdaya saing, beberapa aktiviti membabitkan projek berpotensi tinggi kini dalam pertimbangan dan bakal digerakkan. Menariknya projek-projek yang dirangka adalah hasil kerjasama daripada kalangan anggota KASMET sendiri yang mahu koperasi mengusahakannya seperti projek ladang ternakan, projek memasarkan air mineral teknologi yang diperoleh daripada Agensi Nuklear Malaysia (ANM). Katanya lagi, projek-projek yang masih dalam pertimbangan adalah seperti penanaman, pemprosesan dan pemasaran, perkhidmatan tempat meletak kenderaan, wakil pengedaran produk, pusat edaran produk koperasi/pasar mini serta perkhidmatan pembaharuan insurans dan cukai jalan. dan projek teh cendawan ( Volvatiella Tea ) berasaskan » Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho Bahri menyampaikan ucapan perasmian
» Pengerusi KASMET, Haji Jaafar Yaakob ketika mempengerusikan Mesyuarat Agung Koperasi Alumni Sekolah Menengah Teknik Kuantan 72/73 Berhad
» Anggota koperasi yang hadir
Katanya, kejayaan sesebuah koperasi terletak kepada kekuatan dan sokongan padu anggota serta penglibatan mereka dalam menggerakkan aktiviti koperasi. “Anggota koperasi perlu memainkan peranan secara proaktif dan sentiasa berfikiran kreatif sekiranya mahu melihat masa depan koperasi mereka maju dan berjaya. ANGKASA akan terus menyokong koperasi untuk menjalankan aktiviti perniagaan bagi meningkatkan pendapatan. “Aktiviti koperasi seperti penternakan, peruncitan, pertanian iaitu membabitkan projek lembu korban, projek madu kelulut/ladang kambing boer, penjualan hasil asas tani dan sumber laut serta Ar-Rahnu dilihat mampu memberi pulangan yang menguntungkan untuk manfaat anggota secara bersama,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung koperasi itu di Putrajaya, baru-baru ini.
Januari 2018 PELANCAR
33
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease