Wadah PELANCAR Edisi Januari 2018

Oleh : HAJI BORHAN MAT ARIS Tinjauan Koperasi

(Bahagian Pertama)

Menimba ilmu, pengalaman, keyakinan serta semangat juang yang tinggi untuk memajukan koperasi yang mereka anggotai menjadi pendorong utama kepada sembilan kakitangan pengurusan tinggi dan pengurusan ANGKASA meninjau koperasi peneraju pelbagai fungsi di sekitar Tokyo, Jepun pada 11 hingga 15 Disember 2017. Pengalaman yang dilalui oleh para koperator di negara yang maju gerakan koperasinya seperti Jepun inilah yang telah dikongsi bersama warga kerja ANGKASA untuk dijadikan model dan kerangka tindakan bagi perancangan dalam membantu meningkatkan pencapaian koperasi di Malaysia. Perkongsian pengalaman di negara matahari terbit itu menjadi perangsang kepada peserta lawatan sebagai usaha untuk melahirkan idea, menyediakan konsep, merancang, merangsang dan membangunkan koperasi di negara ini sesuai dengan hasrat kepimpinan tertinggi ANGKASA untuk melihat sektor koperasi terus berkembang maju di Malaysia. Lawatan kerja sambil belajar sembilan warga kerja ANGKASA ke enam koperasi puncak kumpulan fungsi Jepun di sekitar Bandaraya Tokyo dapat memberi gambaran sebenar bagaimana mereka mengambil pendekatan serta tindakan supaya koperasi yang mereka anggotai boleh berkembang maju dan memberi khidmat kepada para anggotanya. Sepanjang tempoh lawatan kerja itu, kakitangan ANGKASA dibawa melawat ke Japanese Consumer Cooperative Union - JCCU), Institute of Development of Agricultural Cooperation in Asia Pendorong Semangat Berkoperasi Di Jepun

(IDACA), Japanese Health and Welfare Cooperative Federation, National Federation of University Cooperative Association (NFUCA); Japanese Workers’ Cooperative Union (Rokyoren) dan IE- NO-Hikari iaitu persatuan bagi pendidikan dan penerbitan dalam sektor pertanian di Jepun. Pada tulisan kali ini, penulis ingin berkongsi pengalaman berkaitan salah satu institusi koperasi yang dikunjungi ialah IENOHIKARI yang diasaskan pada tahun 1925. IENOHIKARI amat aktif dalam menyebarkan maklumat berkaitan pertanian dalam pelbagai medium bertujuan memberi pendidikan kepada pengguna di Jepun. IENOHIKARI yang merupakan sebuah persatuan di bawah Kumpulan Koperasi Pertanian Jepun (Japanese Agriculture Cooperatives Group) memainkan peranan sebagai penyebar maklumat kepada koperator di negara itu khususnya koperator pertanian menerusi bahan penerbitan, program pendidikan dan kebudayaan. Menurut Pengarah Urusan IENOHIKARI, Takayuki Kawachi, pada awal penubuhan persatuan itu tahun 1925, seluruh petani di Jepun begitu teruja

34 PELANCAR Januari 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease