» Pengarah Urusan IENOHIKARI, Takayuki Kawachi dan pengarang-pengarang majalah melihat pelbagai penerbitan termasuk PELANCAR
» Suasana pusat editorial penerbitan IENOHIKARI
untuk mendapatkan pelbagai maklumat pertanian memandangkan ketika itu mereka melalui zaman sukar selepas Perang Dunia Pertama. Tambahan pula, pertanian menjadi bidang utama ekonomi dan petani mahukan pelbagai maklumat untuk meningkat pengeluaran hasil serta bagi memajukan perniagaan dalam bidang pertanian. Sebagai negara yang juga terdedah kepada kejadian gempa bumi, Kawachi berkata, petani Jepun perlu menghasilkan bekalan makanan yang mencukupi untuk menampung keperluan apabila berlaku musibah. Sehubungan itu, cara terbaik bagi membantu keperluan negara, IENOHIKARI menyebarkan ilmu bidang pertanian menerusi penerbitan majalah berkonsep keluarga iaitu bertajuk le no hikari (bermaksud Cahaya Dalam Keluarga) diterbitkan sejak 1925 dan berterusan sehingga kini yang sekarang mencapai jumlah edaran sebanyak 510,000 naskhah. Majalah le no hikari ini akan menyambut ulang tahun penerbitannya yang ke-93 tahun pada terbitan bulan Mei 2018 nanti. Semua penerbitan persatuan ini diedarkan di semua 47 wilayah seluruh Jepun. Petani banyak mendapatkan ilmu, kaedah bertani, cara pemasaran dan berkongsi ilmu menerusi penyebaran pelbagai penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam meningkatkan kualiti hasil serta menyerlahkan cara pemasaran yang berkesan. Pencapaian kemajuan sektor pertanian di Jepun diakui banyak disumbangkan hasil perkongsian ilmu menerusi penerbitan majalah ini. Persatuan IENOHIKARI juga menerbitkan majalah penyaluran pendapat dan pemikiran Chijo yang diterbitkan sejak tahun 1947 dan jumlah edaran kini sebanyak 18,000 naskhah. Chijo ini ditujukan kepada golongan kepimpinan
masyarakat dan koperasi dalam Kumpulan Pertanian Jepun. Sebuah lagi majalah popular terbitan persatuan ini untuk kanak-kanak ialah Chagurin yang diterbitan sejak tahun 1964 dengan jumlah edaran 48,000 naskhah ( Chagurin berasaskan perkataan Inggeris iaitu Child, Agriculture dan Green). Persatuan IENOHIKARI juga mengadakan kelas pembelajaran dalam bidang masakan, seni kraf, bidang kesihatan dan juga menganjurkan pelbagai pertandingan pada peringkat global. Menurut Encik Kawachi, meskipun kini Persatuan IENOHIKARI menghadapi pelbagai cabaran dari dunia penerbitan siber, namun sambutan masyarakat Jepun terhadap penerbitan bahan cetak tetap berterusan kerana mereka memberi penghargaan kepada bahan terdahulu yang telah memberi sumbangan kepada kemajuan dan pencapaian khususnya dalam sektor koperasi. Warga kerja ANGKASA yang melawat Tokyo diketuai oleh Ketua Pegawai Teknologi, Haji Mohd. Sofian Osman dan diiringi oleh Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat, Haji Borhan Mat Aris; Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Kepenggunaan dan Sektor Komuniti, Pelancongan dan Kesihatan, Encik Ahmad Marzuki Ismail; Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Hajah Roszurina Haji Omar; Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Risiko, Tadbir Urus dan Integriti, Encik Mohd Ismail Ibrahim; Pengurus Besar Bahagian Audit Dalaman, Haji Zolkefli Othman; Pengurus Unit Pengurusan Aset dan Kemudahan, Encik Syamiza Zamri; Pengurus ANGKASA Negeri Sabah, Encik Aiddie Dahlin dan Penolong Pengurus Unit Pelancongan, Puan Norlaili Mansor.
Januari 2018 PELANCAR
35
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease