Oleh : RAHMAT MOHD DID Laporan JPAN
Selangor
MAJLIS JALINAN MESRA DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN KOPERASI AHLI ANGKASA SELANGOR 2017
DATO’ ALIAS HAMZAH Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Selangor
Kerajaan sememangnya amat mengharapkan sektor koperasi agar dapat menjadi nadi penting ekonomi negara yang mampu menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) selain memartabatkan ekonomi masyarakat.
Demikian menurut Menteri Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Haji Noh Omar sewaktu berucap merasmikan Majlis Jalinan Mesra dan Anugerah Kecemerlangan Koperasi Ahli ANGKASA Selangor 2017 di Hotel Aliya, Klang. Katanya, ANGKASA yang menaungi koperasi- koperasi di Malaysia juga telah berjaya memberi impak yang besar kepada kemajuan sektor-sektor koperasi melalui pelbagai aktiviti dalam dan luar negara. “Saya menaruh harapan dan menyeru warga koperasi agar meningkatkan kualiti produk, mengukuh dan mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih efisien serta lebih kreatif dan berinovasi sesuai dengan keadaan semasa,” ujar beliau. Menurut beliau, penganjuran majlis penganugerahan oleh ANGKASA Negeri Selangor sangat baik dan menjadi medan yang sesuai untuk memberi penghargaan kepada koperasi serta anggotanya yang selama ini berjuang untuk membangunkan koperasi dalam pelbagai sektor dengan penuh setia dan dedikasi. Turut hadir di majlis tersebut ialah Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah; Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Selangor, Encik Rusli Jaafar; Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho Bahri; Naib-Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Haji Mohamad
» Penerima ‘Anugerah Khas Kepimpinan’ kepada Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah
Azmi Omaruddin; Ketua Pengarah Maktab Koperasi Malaysia (MKM), Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pendidikan Selangor, Encik Sazali Baharuddin dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Dato’ Alias Hamzah. Sementara itu, Dato’ Abdul Fattah dalam ucapan
36 PELANCAR Januari 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease