INFO SEMASA
4
Wadah
OGOS 2025
Koperasi Kariah Masjid Pemacu Ekonomi Ummah
Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam berharap agar kesemua masjid di seluruh negeri Melaka dapat menubuhkan koperasi.
Oleh: NADIAH KAMARUDIN
Melaka menjadi negeri pertama melancarkan Buku Garis Panduan: Pendaftaran Koperasi Kariah Masjid dan Surau Negeri Melaka.
Sebanyak sembilan daripada sepuluh sumber rezeki datang daripada bidang perniagaan. Rasulullah SAW berniaga. Saidatina Khadijah juga berniaga. Malah, para pendakwah Islam yang datang ke Melaka dahulu seperti Sayyid Abdul Aziz turut menyebarkan Islam melalui perniagaan. Penyebaran Islam berkembang pesat bukan sahaja melalui dakwah lisan, malah diperkukuh menerusi aktiviti perniagaan yang menjadi medium utama para pendakwah terdahulu. Demikian dinyatakan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam ketika merasmikan Konvensyen Koperasi Kariah Masjid Peringkat Negeri Melaka di Masjid Al-Azim, Kampung Bukit Palah, Melaka pada 7 Ogos 2025. “Kita ini kalau bersendirian, memang sukar untuk jadi kaya. Oleh sebab itu, kita perlu berpakat di bawah koperasi. Hari ini, sepatutnya kita bercerita mengenai kejayaan koperasi, bukan lagi sekadar usaha menubuhkannya. Sebagai contoh, kalau kita seorang, memang susah nak beli tanah. Tetapi melalui koperasi kariah masjid, kita boleh bergabung tenaga, beli tanah dan bangunkan perniagaan bersama. Inilah pentingnya koperasi sebagai satu untuk semua, semua untuk satu,” ujarnya. Konvensyen tersebut dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) serta ANGKASA Negeri Melaka dan Koperasi Gabungan Masjid-Masjid Negeri Melaka Berhad (KOGMAS). Terdahulu, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka, YB Datuk Rahmad Mariman dalam ucapannya berkata,
Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam meluangkan masa berkunjung ke Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) ANGKASA yang diadakan bersempena konvensyen sambil diiringi Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.
Lebih 400 peserta telah menghadiri Konvensyen Koperasi Kariah Masjid Peringkat Negeri Melaka.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease