Wadah PELANCAR Edisi Januari 2018

Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ Laporan JPAN

Sarawak

ANGKASA PEMANGKIN USAHA BASMI RASUAH

HAJI USUF HAJI SAMAH @ ABU SAMAH Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sarawak

» Pengerusi JPAN Sarawak, Haji Usuf Haji Samah @ Abu Samah mengetuai lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) ANGKASA Cawangan Sarawak

ANGKASA bersedia menjadi pemangkin kepada usaha membasmi aktiviti rasuah dalam gerakan koperasi selari dengan hasrat kerajaan untuk menghapuskan kegiatan rasuah yang boleh menjadi barah sekaligus menyumbang kepada kejatuhan sesebuah organisasi.

Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah mahu sektor koperasi mencontohi agensi-agensi lain yang telah melahirkan komitmen untuk membendung kegiatan rasuah dengan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR). “Majlis Ikrar Bebas Rasuah serta menandatangani memorandum persefahaman antara ANGKASA dengan SPRM di peringkat negeri Sarawak ini merupakan satu usaha murni ANGKASA untuk memberi kesedaran kepada kakitangan dan anggota koperasi mengenai kepentingan membasmi rasuah.

“ANGKASA Negeri Sarawak berpotensi tinggi untuk diperkukuhkan dari aspek pentadbiran dan penyampaiannya dengan menyemai elemen integriti dan anti rasuah dalam kalangan warganya agar kesejahteraan rakyat terpelihara dan terjamin,” katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Integriti ANGKASA Dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah Negeri Sarawak di Kuching pada 9 Disember 2017 lalu. Dato’ Abdul Fattah berkata, memorandum persefahaman antara ANGKASA dan SPRM bakal menyaksikan segala bentuk kerjasama yang dijalankan akan menghasilkan impak positif dalam

38 PELANCAR Januari 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease