Wadah PELANCAR Edisi Januari 2018

Sambutan Hari Integriti ANGKASA Dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah berjaya menyuntik semangat kepimpinan JPAN Sarawak dan warga kerjanya untuk terus melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti selaras dengan nilai Sadik, Amanah dan Telus yang menjadi pegangan warga ANGKASA dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik. Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ Laporan JPAN ANGKASA Pupuk Integriti Warga Koperasi

Inisiatif seperti ini dapat memberi peringatan kepada semua warga kerja ANGKASA dan warga koperasi supaya mengamalkan budaya integriti dan memiliki akauntabiliti tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Kita perlu memastikan tadbir urus dan urusan perbelanjaan diuruskan dengan betul dan teratur mengikut perundangan koperasi serta melaksanakan perbelanjaan yang berhemah, mengelakkan pembaziran dan menghindarkan diri daripada terlibat dalam penyalahgunaan kuasa serta penyelewengan. Sebagai badan puncak gerakan koperasi negara, ANGKASA berharap dapat menjadi ‘role model’ dan pemangkin kepada sektor koperasi untuk mengambil tindakan yang sama menandatangani Ikrar Bebas Rasuah dan “Katakan Tidak Kepada Rasuah”. ANGKASA akan memanfaatkan sepenuhnya kerjasama dengan SPRM dalam memastikan ANGKASA dan gerakan koperasi ‘Sifar Rasuah’.

DR. MOHD. AZLAN YAHYA Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Risiko, Tadbir Urus Dan Integriti ANGKASA Penubuhan Unit Integriti ANGKASA juga berupaya membantu memupuk kesedaran integriti dalam kalangan warga kerja selain bertindak memitigasikan risiko-risiko yang berunsur rasuah di tempat kerja.

» Hadirin yang hadir pada majlis berkenaan

» Peserta mengemukakan soalan

40 PELANCAR Januari 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease