Oleh : HAJI M. NASIR RAMLI LAPORAN JPAN
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
KEJOHANAN BOLING JPAN WILAYAH DAPAT SAMBUTAN HEBAT
HAJI ZULKIFLI JAMALUDIN Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan
Kejohanan Boling Koperator ANGKASA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2017 anjuran Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Wilayah Persekutuan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan penyertaan sebanyak 30 buah pasukan. Kejohanan yang bertempat
kalangan anggota koperasi sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Katanya, kejohanan tersebut bukan sahaja mampu mengeratkan hubungan sesama koperator malah turut menjadi medan mencungkil bakat-bakat baharu penggiat sukan boling dalam kalangan anggota koperasi. Beliau berharap agar kejohanan seumpama itu akan dapat diteruskan pada tahun ini memandangkan sambutan yang diterima sangat menggalakkan.
di Seri Petaling, Kuala Lumpur, November tahun lepas itu telah dirasmikan oleh Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Ad Hoc kejohanan tersebut, Haji M. Nasir Ramli, kejohanan tersebut terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Terbuka (21 pasukan) dan Kategori Wanita (sembilan pasukan) dalam
DATO’ HAJI KAMARUDIN ISMAIL Naib Presiden ANGKASA
» Pasukan Koperasi New Straits Times Press Malaysia Berhad memenangi tempat pertama bagi Kategori Terbuka Kejohanan Boling Koperator WPKL 2017
» Pasukan Koperasi FRIM Berhad memenangi tempat pertama bagi Kategori Wanita Kejohanan Boling Koperator WPKL 2017
KEPUTUSAN PERTANDINGAN
Kategori Terbuka
PERTAMA Koperasi New Straits Times Press Malaysia Berhad (NSTP SP) KEDUA Koperasi Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia Berhad (KOJUPEM A) KETIGA Koperasi New Straits Times Press Malaysia Berhad (NSTP A)
Kategori Wanita
PERTAMA Koperasi FRIM Berhad (FRIM B) KEDUA
Koperasi NARSCO Berhad (NARSCO A)
KETIGA
Koperasi Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia Berhad (KOJUPEM B)
Pemain Terbaik (Terbuka) Mohd Zakimi Mohd Noor (Koperasi Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia Berhad Pemain Terbaik (Wanita) Maimunah Tompang (Koperasi FRIM Berhad)
Januari 2018 PELANCAR
41
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease