Wadah PELANCAR Edisi Januari 2018

Oleh : HAJI MOHAMED YUSOFF LAPORAN JPAN

Terengganu

TINGKAT PENGELUARAN HASIL TANI BERASASKAN ORGANIK

HAJI MOHAMED YUSOFF Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Terengganu

» Dr. Rais memetik cili yang ditanam menggunakan teknologi “ethnoponik”

» Dato’ Abdul Fattah Abdullah dan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri mendengar taklimat mengenai pemeliharaan ikan keli dalam tangki

Setiap negara inginkan sumber untuk mencukupkan bekalan makanan bagi rakyatnya apabila sesebuah negara itu berada dalam keadaan aman terutama negara itu ekonominya berasaskan industri pembuatan. Bagi negara yang berasaskan pertanian, mereka memerlukan bidang tanah yang luas. Atas faktor terhadnya tanah yang ada di muka bumi ini maka teknologi memainkan peranan penting.

Teknologi dalam pertanian boleh menyuburkan tanah tandus padang pasir. Bumi bertukar daripada tanah pasir yang kering kontang menjadi hutan dan ladang tanaman makanan. Hasil tanaman yang tidak seberapa bertukar mengeluarkan produk berganda natijah daripada penggunaan teknologi yang betul dan terkini telah berlaku di negara- negara Arab. Manusia tidak pernah berpuas hati atas apa

yang diperoleh dan dimilikinya. Lantas atas dasar itu mereka gunakan kimia yang berlebihan untuk menambah hasil. Tidak cukup dengan kegunaan kimia yang mapan untuk keluaran produk pertanian mereka reka cipta produk baru tanpa melalui proses semulajadi. Maka pada hari ini kita disajikan dengan pelbagai jenis makanan tiruan, telur tiruan, beras tiruan, sayur tiruan dan daging tiruan yang ada di pasaran dan menyebabkan kegelisahan pengguna.

42 PELANCAR Januari 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease