Oleh : RAHMAT MOHD DID LAPORAN JPAN
Menurut Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah, koperasi yang berskala mikro mewakili 83 peratus daripada jumlah di keseluruhan koperasi seluruh negara. Koperasi mikro ini adalah koperasi yang menjana perolehan di bawah RM200,000 setahun dengan perolehan keseluruhan kira-kira RM 264 juta setahun. Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Bengkel Rancangan Perniagaan Format SKM Bersama MKM Zon Timur di Kuala Lipis, Pahang baru-baru ini. Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Aziz Abdullah; Ketua Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Pahang, Encik Saffuan Fathi Md Suhaimi; Wakil Pengarah Maktab Koperasi Malaysia (MKM) Zon Timur, Encik ANGKASA Negeri (JPAN) Pahang Zon 3, Dato’ Abdul
Muhammad Yusuf dan Pegawai Ehwal Koperasi Parlimen Lipis, Encik Sailey Ahmad. Dato’ Abdul Fattah menggalakkan koperasi- koperasi baharu yang mahu menceburi bidang perniagaan dan kekurangan modal agar membuat pinjaman menerusi Tabung Modal Pusingan (TMP) tanpa cagaran dengan jumlah pinjaman maksimum sebanyak RM50,000. “Jika koperasi mahu menceburi sektor perniagaan yang lebih besar dan berimpak tinggi, bolehlah menjadi anggota Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA). Ini merupakan satu peluang kepada koperasi mikro seperti koperasi keluarga, koperasi kariah masjid, koperasi teksi dan sebagainya yang memerlukan modal tambahan untuk memulakan perniagaan,” katanya.
Tambah beliau, ANGKASA sebagai badan puncak yang mewakili gerakan koperasi negara sentiasa bersedia untuk membantu koperasi untuk melaksanakan perniagaan yang lebih berimpak tinggi dan memberi sumbangan lebih besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Beliau turut mencadangkan agar koperasi mengikuti perkembangan ekonomi negara secara lebih dekat dengan melihat petunjuk-petunjuk indeks ekonomi yang dikeluarkan oleh Bank Negara, Kementerian Kewangan dan agensi-agensi yang berkaitan. Bengkel Rancangan Perniagaan Format SKM Bersama MKM Zon Timur dihadiri oleh 104 orang anggota koperasi dari 35 buah koperasi seluruh Kuala Lipis, Pahang.
Pahang Zon 3
ANGKASA PACU KOPERASI MIKRO
DATO’ ABDUL AZIZ ABDULLAH Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pahang Zon 3
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) akan memastikan koperasi-koperasi mikro di negara ini diberi perhatian secara lebih khusus supaya mampu berkembang ke tahap lebih tinggi sekaligus menjadi penyumbang penting kepada pembangunan sosioekonomi negara.
» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pahang Zon 3, Dato’ Abdul Aziz Abdullah bergambar bersama peserta-peserta Bengkel Rancangan Perniagaan Format SKM Bersama MKM Zon Timur
44 PELANCAR Januari 2018
Januari 2018 PELANCAR
45
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease