Oleh : DATO’ HAJI IBRAHIM HAJI ABDULLAH Foto : BADRUL HIZAM MOHD SHAFIEI Laporan JPAN
Negeri Sembilan
MAJLIS WALIMATULURUS PERDANA 2017
DATO’ HAJI IBRAHIM HAJI ABDULLAH Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sembilan
Institusi masjid menjadi tunggak kepada penyatuan ummah di samping turut berperanan sebagai pusat perkembangan ilmu dan sosial serta penjanaan ekonomi umat Islam dan masyarakat sekitarnya. Usaha yang digerakkan oleh ANGKASA menerusi galakan penubuhan Koperasi Kariah Masjid (KKM) amat bertepatan berteraskan hasrat kerajaan melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang mahu melihat gerakan koperasi berkembang untuk kesejahteraan masyarakat.
Menyedari kepentingan itu, Koperasi Kariah Masjid An-Nur Rembau Berhad, Negeri Sembilan yang ditubuhkan pada tahun 2009 telah mengorak langkah lebih aktif memakmurkan bumi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat kepada pembangunan sosioekonomi. Tanggal 9 Disember 2017 menjadi detik bersejarah kepada Koperasi Kariah Masjid An- Nur Rembau Berhad yang berjaya menganjurkan Program Walimatulurus Perdana 2017 melibatkan enam pasangan pengantin dengan kadar bayaran RM4,000 untuk setiap pasangan. Program dengan kerjasama Perhubungan ANGKASA Negeri Sembilan, Masjid Jamek An-Nur Rembau dan Pejabat Agama Islam Daerah Rembau menawarkan pasangan pengantin satu majlis perkahwinan yang lengkap disediakan pelamin, persembahan dan jamuan makan untuk tetamu jemputan. Pengerusi Koperasi Kariah Masjid An-Nur Rembau Berhad, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sembilan memaklumkan bahawa matlamat utama penganjurannya adalah untuk
membantu pasangan pengantin merealisasikan hari bahagia mereka dengan kos yang minimum di samping memperkasakan gerakan koperasi selaras dengan peranan penubuhan Koperasi Kariah Masjid yang juga bertepatan dengan kehendak Islam yang menggalakan umatnya untuk bekerjasama dan tolong-menolong dalam perkara kebaikan dan kebajikan. Majlis bermula sekitar jam 9.00 pagi dimana bakal pengantin berkumpul di dalam dewan serbaguna masjid untuk persiapan dan taklimat program. Acara diteruskan dengan majlis khutbah nikah dan majlis akad nikah untuk enam pasangan pengantin yang berlangsung secara serentak di Masjid Jamek An-Nur Daerah Rembau diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Junaidi Yahaya, Imam Masjid Jamek An-Nur Rembau. Pasangan yang dinikahkan pada majlis ini ialah Khairul Azlan Kamaruddin (30) dan Rosniza Abdul Karim (36); Muhammad Ariffin Al Amin Rasneyan (23) dan Shahirah Sahari (26); Mohd. Zulkhairy Bahrin (32) dan Zuhaila Abdul Karim (28); Mohd. Eznur Mohd Zain (29) dan Nuramira Japlus (25);
46 PELANCAR Januari 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease