Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI Info Semasa
POS MALAYSIA Sedia Jadi Pusat Perkhidmatan dan Jualan Produk Koperasi
» Dato’ Abdul Fattah Abdullah dan Dato’ Mohd Shukrie Mohd Salleh saling menunjukkan dokumen MoU yang telah ditandatangani sambil disaksikan oleh Haji Mohamad Azmi Omarudin (paling kanan) dan Ketua Pegawai Komersil Kumpulan, Pos Malaysia Berhad, Haji Nor Azizan Tarja
ANGKASA bakal mengembang dan memperkasakan perniagaan berasaskan produk dan perkhidmatan kewangan koperasi di lebih 700 pejabat pos seluruh negara menerusi kerjasama dengan POS Malaysia Berhad.
Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, antara bentuk perniagaan yang bakal dijalankan adalah seperti pembiayaan peribadi, Ar-rahnu dan perkhidmatan-perkhidmatan lain termasuklah jualan produk- produk keluaran koperasi menerusi ‘Coop Corner’ yang
bakal disediakan.
Menurut beliau, kedudukan pejabat pos yang strategik di setiap daerah akan dijadikan sebagai pusat sehenti atau one stop centre untuk perniagaan koperasi dan secara tidak langsung, anggota koperasi boleh mendapatkan kemudahan perkhidmatan koperasi secara
POS Malaysia juga akan berfungsi sebagai agen rujukan pendaftaran keahlian bagi koperasi-koperasi, pembayaran untuk pembiayaan koperasi serta ejen pos mini yang bakal memberi pendapatan sampingan kepada koperasi.
48 PELANCAR Januari 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease