Wadah PELANCAR Edisi Januari 2018

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI Info Semasa

MoU ANGKASA dengan POS Malaysia Berhad

Membangunkan Sektor Kewangan Koperasi Secara Lebih Menyeluruh

Haji Mohamad Azmi Omaruddin Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kewangan dan Perbankan

Kerjasama yang terjalin antara ANGKASA dengan POS Malaysia Berhad bakal merintis jalan lebih kukuh ke arah memantapkan lagi hala tuju perniagaan produk dan perkhidmatan koperasi.

Usaha tersebut juga dilihat mampu merangsangkan lagi pembangunan sektor kewangan koperasi menerusi saluran yang lebih meluas memandangkan pejabat pos pada masa kini sudah pun dilengkapi dengan pelbagai kemudahan canggih seperti sistem pembayaran secara online dan sebagainya. Menerusinya, banyak peluang dapat diambil dalam merangsang perniagaan koperasi khususnya dalam memantapkan produk dan perkhidmatan kewangan koperasi. Menerusi usahasama yang terjalin, usaha ANGKASA untuk membangun dan merangsang pembangunan sektor kewangan koperasi akan lebih berjaya dan mampu mencapai matlamat. ANGKASA melalui Sektor

Kewangan koperasi telah banyak menjalankan program termasuklah bengkel Ar-rahnu, program rangsangan modal untuk sektor koperasi dan program pemantapan produk- produk koperasi. Jumlah kelulusan pembiayaan kewangan koperasi yang semakin meningkat dilihat sebagai sebahagian daripada rangka kerjasama penting untuk dikongsi dan dilaksana bersama POS Malaysia Berhad. Informasi dan pendaftaran pemilikan oleh koperasi kepada produk- produk kewangan juga dapat dilaksanakan secara lebih meluas menerusi cawangan POS Malaysia yang terdapat di pelbagai lokasi di seluruh negara. Selain itu, kerjasama tersebut akan dijadikan sebagai platform

secara berkumpulan kepada koperasi untuk mengetahui pakej-pakej perniagaan yang ditawarkan kepada sektor koperasi. Kerjasama itu juga dapat menggalakkan koperasi untuk menerokai peluang- peluang yang ada bertepatan dengan objektif ‘Strategi Lautan Biru Kebangsaan’ bagi meluaskan lagi aktiviti perniagaan koperasi ke tahap yang lebih tinggi. Melihat kepada perkembangan yang positif dalam usaha ANGKASA untuk

meningkatkan produktiviti koperasi, Agensi Pemulihan

Kredit akan terus diperkasa pada tahun 2018 bagi memberikan pendedahan dan penerangan dan dimanfaatkan oleh gerakan koperasi di seluruh negara.

50 PELANCAR Januari 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease