Oleh : NOR AZAH ABD. AZIZ Info Semasa
» Majlis Pertukaran MoU antara ACO, yang diwakili Dato Abdul Fattah Abdullah dan QM, yang diwakili Pengerusi Eksekutifnya, Dato’ Dr KS Lim
ASEAN Co-operative Organization (ACO) dan pengeluar emas yang berdaftar di Georgetown, Pulau Pinang, Quantum Metal (QM) Sdn Bhd telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) baru-baru ini bagi membina dan mengendalikan rangkaian perniagaan emas premium untuk pasaran ASEAN. ACO BINA RANGKAIAN PERNIAGAAN EMAS UNTUK PASARAN ASEAN
Presiden ACO yang juga Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, perjanjian tersebut dapat membuka ruang kepada gerakan koperasi di rantau Asia Tenggara untuk menceburi bidang perniagaan berasaskan emas, selain menggalakkan penerokaan perdagangan emas di rantau tersebut. Menerusi MoU yang ditandatangani di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya itu, ACO akan berperanan sebagai penjual dan pembeli emas dalam bentuk akaun dan fizikal, memperoleh keuntungan daripada transaksi anggota dalam
jual beli, bertindak sebagai penjaga kepada emas anggota dan peniaga, serta menerima akaun emas untuk pembayaran di peringkat antarabangsa manakala MyANGKASA Holdings Sdn Bhd (MAHSB) pula akan bertindak sebagai pengurus projek. QM pula akan bertindak sebagai pembekal, menyediakan sistem dan emas kepada platform syarikat dan perniagaan usahasama, sebagai pintu masuk pembayaran, melaporkan jumlah dan transaksi stok serta menyiapkan ruang simpan di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menyimpan emas pelanggan.
Januari 2018 PELANCAR
51
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease