Wadah PELANCAR Edisi Januari 2018

» Sidang media

» Bendahari merangkap Pewakaf Tanah Kompleks Pengajian Anak Yatim dan Warga Emas Darul Widad, Tuan Haji Murat Naemat (kiri) memberi penerangan tentang asrama warga emas semasa meninjau kompleks tersebut

Mohamad Ali Hasan; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Negeri Sembilan, Dato’Haji Ibrahim Abdullah dan Pengerusi Kompleks Pengajian Anak Yatim dan Warga Emas Darul Widad, Ustaz Abdul Rahim Maamor. ANGKASA menggalakkan anggota koperasi menyumbang dalam bentuk wang tunai untuk tujuan wakaf melalui program Infaq Lil-Waqf ANGKASA. Menurut Dato’ Abdul Fattah, usaha tersebut merupakan transformasi ANGKASA dalam menyahut seruan agama selain menyeru koperasi supaya mengendalikan setiap aktiviti muamalah berdasarkan prinsip- prinsip syariah dan seimbang antara dunia dan akhirat. “Antara tujuan Program Infaq Lil-Waqf ANGKASA dilaksanakan adalah untuk menggalakkan

koperasi dan para pelanggan Biro Potongan ANGKASA (BPA) membudayakan amalan berwakaf, membangunkan harta bagi tujuan diwakafkan untuk kepentingan masyarakat umum dan menyediakan saluran kebajikan yang sistematik serta dinamik. “Sehingga bulan Disember 2017, sumbangan terkumpul Program Infaq Lil-Waqf adalah RM10.17 juta termasuk RM1 juta sumbangan ANGKASA setiap tahun,” jelasnya. Bermula pada tahun 2014, sumbangan Program Infaq Lil-Waqf telah berjaya membangunkan beberapa projek antaranya penubuhan Pusat Jagaan Darul Sakinah ANGKASA yang menempatkan anak yatim dan asnaf, projek-projek pembangunan ekonomi bersama Koperasi Kariah Masjid terpilih di

seluruh negara dan menyumbang mesin dialisis dan bantuan kos rawatan pesakit dialisis kepada koperasi, hospital kerajaan, hospital swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan lain-lain. ANGKASA melalui Tabung Infaq Lil-Waqf telah menyumbangkan sebanyak RM100 ribu untuk tujuan pembinaan dewan makan tersebut pada tahun 2015 dan siap sepenuhnya tahun lepas. Kompleks Pengajian Anak Yatim dan Warga Emas Darul Widad, Linggi, Negeri Sembilan mula beroperasi sejak April 2017 dan menempatkan 35 warga emas. Asrama anak yatim baru sahaja disiapkan dan akan beroperasi secepat mungkin.

Januari 2018 PELANCAR

53

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease