Wadah PELANCAR Edisi Januari 2018

Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ Info Semasa

» Mesyuarat Tahunan Kali Ke-4 Koperasi Perbadanan Putrajaya Berhad (PutraKop) dipengerusikan oleh Encik Khalilulrrahman Kamaruzzaman

Gerakan koperasi disaran supaya lebih kreatif dan berinovasi untuk bersaing dalam dunia perniagaan yang serba kompetitif pada masa kini. Hal tersebut adalah penting demi kejayaan dan keupayaan untuk terus bertahan serta bersaing dalam era globalisasi dan liberalisasi pasaran yang semakin kompleks.

» Barisan kepimpinan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) PutraKop Berhad bergambar bersama Naib Presiden Perkhidmatan Korporat, Perbadanan Putrajaya, Dato’ Haji Rogaizat Abdullah (empat dari kanan)

Peluang yang terbuka luas dalam dunia perniagaan global perlu direbut dengan segala kekuatan yang ada supaya koperasi dapat melestarikan perniagaan yang diusahakan bagi manfaat anggota dan kemajuan koperasi secara keseluruhannya. Demikian antara inti pati teks ucapan Presiden Perbadanan Putrajaya merangkap Penaung PutraKop, Datuk Seri Haji Hasim Haji Ismail yang

disampaikan oleh Naib Presiden Perkhidmatan Korporat Perbadanan Putrajaya, Dato’ Rogaizat Abdullah pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-4 Koperasi Perbadanan Putrajaya Berhad (PutraKop) di Putrajaya. Katanya, anggota koperasi yang merupakan tunjang kekuatan koperasi perlu memainkan peranan sewajarnya menerusi penglibatan aktif dan kesetiaan anggota koperasi.

58 PELANCAR Januari 2017

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease