Wadah PELANCAR Edisi Januari 2018

Oleh : NOR AZAH ABD. AZIZ Info Semasa

MoU MyANGKASA Amanah dan PMB Investment Berhad LUASKAN PASARAN PRODUK MAAB

Satu perjanjian kerjasama strategik antara MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) dan PMB Investment Berhad telah dimeterai di Kuala Lumpur, Disember lalu. MAAB mengambil langkah bijak dengan jalinan kerjasama itu dalam meningkatkan jumlah pengurusan perancangan harta pusaka secara lebih meluas kepada masyarakat. Timbalan Presiden, Haji Mutadho Bahri berkata, » MoU antara ANGKASA dan PMBI, disaksikan oleh wakil ANGKASA, Haji Mutadho Bahri, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Encik Sazali Abd Hamid (dua dari kiri)

jumlah nilai aset. MAAB masih mengekalkan harga mampu milik, dalam usaha menggalakkan komuniti merancang harta pusaka yang lebih komprehensif. MAAB juga akan memberi mandat kepada PMBI untuk memberi servis hibah kepada pelabur dan pelanggan PMBI pada awal 2018. Sehingga kini, terdapat 70,000 pelabur PMBI dan diharap produk MAAB dapat memberi mereka lebih banyak pilihan. Turut hadir ialah Pengerusi MAAB, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Pengerusi PMB Investment, Datuk Abdul Malik Ismail; Pengarah Kanan MARA, Datin Junaidah Abdul Majid dan Ketua Pegawai Eksekutif PMBI, Encik Najmi Mohamed.

dengan termeterainya perjanjian itu, pelanggan tidak perlu bersusah payah membuat temu janji dengan mana-mana syarikat pemegang amanah sebaliknya hanya membuat temu janji dengan perunding unit trust PMBI. Katanya setakat ini, MAAB kekal sebagai pemain industri produk penulis wasiat dengan harga paling rendah di pasaran berbanding syarikat amanah yang lain. Untuk wasiat, yuran yang dikenakan ialah RM400, sekali bayar dengan pindaan percuma manakala, caj pusaka adalah dua peratus daripada

60 PELANCAR Januari 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease