Wadah PELANCAR Edisi Januari 2018

Oleh : NOR AZAH ABD. AZIZ Info Semasa

ANGKASA sentiasa memperkasa peranan golongan wanita melalui program latihan dan pendidikan. Usaha tersebut didorong oleh penglibatan aktif golongan wanita dalam gerakan koperasi sekaligus menyasarkan kejayaan yang lebih baik. Presiden ANGKASA, Dato’ GERAKAN KOPERASI PERLU LEBIH RAMAI PEMIMPIN WANITA

Abdul Fattah Abdullah berkata, program pemerkasaan koperator wanita juga adalah sebahagian daripada agenda koperasi di peringkat antarabangsa untuk terus melahirkan lebih ramai pemimpin berkaliber dalam kalangan koperator. Menurut beliau, menerusi 12 program yang dijalankan sepanjang tahun lepas, ANGKASA telah berjaya melatih 309 koperator melibatkan 140

» Dato’’ Abdul Fattah Abdulah menyampaikan ucapan perasmian

» Pengerusi KUKLB, Puan Rozilah Mohamad Tahir

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Pakaian Aneka Ragam Sempena Tahun 2018 anjuran Koperasi Usahanita Kuala Lumpur Berhad (KUKLB) di Kuala Lumpur. Majlis jamuan makan malam yang dihadiri 200 koperator itu, diakhiri dengan Pertandingan Pakaian Aneka Ragam dan sesi cabutan bertuah. Turut hadir ialah Pengerusi KUKLB, Puan Rozilah Mohamad Tahir dan Penasihat koperasi, Puan Rohana Tahir.

» Dato’ Abdul Fattah Abdullah bergambar bersama tetamu kenamaan. Turut hadir Penasihat koperasi, Puan Rohana Tahir (dua dari kanan)

buah koperasi. Program baharu juga turut diperkenalkan oleh ANGKASA seperti Bengkel Pemurnian Koperasi Wanita dan Keluarga untuk membantu koperasi kembali aktif menceburi bidang keusahawanan. Koperator wanita juga diseru agar aktif mencari info dan menambah ilmu pengetahuan.

Mereka juga disaran mengikuti program baru yang disediakan oleh pihak kerajaan, Kementerian Pembangunan Wanita dan Kesejahteraan Keluarga (KPWKM). Program tersebut merupakan Program Inkubator Keusahawanan Wanita, Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal, 1Azam dan Mamacare.

Januari 2018 PELANCAR

61

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease