Ulasan Buku Oleh : WAN ADLINA WAN AB AZIZ
“MEMPERKASAKAN MESYUARAT DALAM GERAKAN KOPERASI SEKOLAH”
Penulis
: Datuk Haji Mohamad Ali Hasan Ahmad Marzuki Ismail
Penerbit
: ANGKASA
Tahun Terbitan : 2017
P engetahuan dalam melaksanakan mesyuarat dalam gerakan koperasi Lembaga Koperasi (ALK) dan anggota sememangnya memerlukan kefahaman dan pengetahuan yang tinggi khususnya dalam aspek persiapan dan sebagainya. sekolah melibatkan penyertaan Anggota
Setiap anggota jawatankuasa memainkan peranan besar dalam persekitaran sekolah dalam usaha membuat persediaan setiap kali mesyuarat, lebih- lebih lagi kepada Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari dalam menyusun tindakan yang bakal diambil supaya keputusan yang dibuat selari dengan kehendak dan keinginan anggota koperasi sekaligus memastikan wujudnya keadilan terhadap perkara yang ingin diputuskan. Justeru, pengetahuan yang baik mengenai mesyuarat koperasi bukan sahaja dapat meningkatkan motivasi kepada pengurusan koperasi, malah impak yang lebih besar mampu dicapai menerusi perjalanan agenda mesyuarat yang lebih tersusun, lancar dan mengikut jadual. Buku bertajuk ‘Memperkasakan Mesyuarat Dalam Gerakan Koperasi
Sekolah’ merupakan sebahagian daripada usaha penulis ke arah memperkasa dan merealisasikan
matlamat penubuhan, jati diri dan tadbir urus koperasi sekolah untuk memenuhi peraturan koperasi khususnya koperasi sekolah yang mahu melaksanakan mesyuarat dengan lebih terancang. Hasrat penulis juga dapat dilihat menerusi penerangan secara langsung menerusi bab pertama tentang kepentingan mesyuarat agung selain memberi panduan tentang teknik dan peraturan dalam mengadakan persiapan serta perjalanan yang perlu diketahui dan dipatuhi sepanjang perjalanan mesyuarat. Penjelasan seterusnya disambung kepada perkara-perkara yang perlu dibuat selepas berakhirnya mesyuarat menerusi bab-bab berikutnya.
Tinjauan yang dilakukan terhadap koperasi-koperasi sekolah juga telah dilakukan oleh penulis bagi mendapatkan gambaran secara lebih jelas tentang permasalahan, pendekatan dan cadangan yang boleh membantu menambah baik pelaksanaan mesyuarat dalam gerakan koperasi sekolah. Buku setebal 192 muka surat ini adalah sebahagian daripada koleksi buku rujukan terbitan ANGKASA yang sangat berguna dan perlu dimiliki oleh kepimpinan koperasi khususnya ALK yang ingin melihat perjalanan mesyuarat dari segenap aspek secara lebih menyeluruh baik dari segi tadbir urus, peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengannya.
Sumber diperoleh daripada PERPUSTAKAAN KOPERASI MALAYSIA ANGKASA
Januari 2018 PELANCAR
63
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease