Wadah PELANCAR Edisi Januari 2018

Oleh : MOHD. ZAKUAN AZMI Info Semasa

ANGKASA sedia beri kerjasama penuh kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam membangunkan prasarana sistem pengairan di kawasan pembangunan koperasi selain menawarkan kontrak berkaitan kepada sektor koperasi yang berkelayakan. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul ANGKASA SEDIA BERI KERJASAMA Program Pembangunan Pengairan dan Saliran

Fattah Abdullah berkata, pertemuan ringkas bersama Ketua Pengarah JPS, Dato’ Ir. Dr. Haji Md. Nasir Md. Noh di Ibu Pejabat JPS di Kuala Lumpur baru- baru ini adalah bagi membincangkan tentang peluang-peluang kerjasama yang boleh disumbangkan oleh koperasi. Katanya, projek-projek pembangunan berkaitan sistem pengairan dan saliran di seluruh negara semakin meluas dan sektor koperasi yang berkaitan bersedia untuk memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan khususnya JPS bagi menjayakan agenda pembangunan tersebut. Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Haji Mutadho Bahri, Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin

Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Kelantan merangkap Pengerusi Exco MyANGKASA Bina Sdn. Bhd., Dato’ Che Mohd Shukree Che Isa.

64 PELANCAR Januari 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease