INFO SEMASA HKN'25
8
Wadah
OGOS 2025
Melaka Komited Jadi Hab Koperasi Negara
Majlis Penutupan Hari Koperasi Negara 2025 (HKN'25) telah disempurnakan perasmiannya oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh (tengah) di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh pada 27 Julai 2025.
Oleh: NADIAH KAMARUDIN
Kerajaan Negeri Melaka menyatakan komitmen padu untuk muncul sebagai Hab Koperasi Negara, sekali gus memainkan peranan lebih besar dalam memacu pembangunan gerakan koperasi di Malaysia. Demikian disuarakan oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sewaktu berucap dalam Majlis Penutupan Hari Koperasi Negara 2025 (HKN'25) di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh pada 27 Julai 2025. "Hasrat kami di Melaka jelas. Kami tidak mahu sekadar menjadi pemerhati dalam landskap koperasi nasional, bahkan kerajaan negeri bertekad untuk tampil sebagai Hab Koperasi Negara, sebuah negeri perintis yang melatih, membimbing dan mencipta model koperasi masa depan," jelasnya. Katanya lagi, sebagai sebuah gerakan yang telah bertapak lebih satu abad dalam sejarah negara, koperasi bukan lagi sekadar entiti ekonomi di peringkat tempatan, malah berdiri sebagai tonggak penting dalam ekosistem pembangunan sosioekonomi nasional.
Ribuan pengunjung telah hadir ke Majlis Penutupan HKN'25.
Bagi memperkukuh ekosistem koperasi, kerajaan negeri katanya terus komited melaksanakan inisiatif pembangunan berasaskan komuniti melalui kerjasama rapat bersama Kerajaan Persekutuan dan agensi berkaitan. Antara inisiatif tersebut adalah peruntukan tambahan sebanyak RM300,000 menerusi Bajet Negeri Melaka 2025 bawah Geran Pemerkasaan Koperasi Kluster Mikro (e-Mikro). Menerusi skim itu, setiap koperasi layak memohon sehingga RM10,000; dengan pecahan maksimum RM7,000 bagi perolehan peralatan dan RM3,000 sebagai modal pusingan. Terdahulu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick dalam ucapannya berkata, Kerajaan Persekutuan telah menetapkan Hari Koperasi Negara disambut secara rasmi pada hari Sabtu, minggu ketiga bulan Julai setiap tahun.
Melaka mencecah RM181 juta. Ini bukan sahaja menunjukkan peningkatan sebanyak RM24.76 juta berbanding tahun 2023, malah mencipta rekod tertinggi sejak tahun 2018.
Dalam pada itu, koperasi-koperasi di Melaka turut berjaya mengumpul modal syer sebanyak RM107.05 juta ringgit, manakala nilai aset keseluruhan melonjak kepada RM598.66 juta ringgit," ujar beliau.
Datuk Seri Utama Ab Rauf turut memaklumkan bahawa Melaka mencatatkan prestasi kukuh
dalam sektor koperasi, dengan 504 koperasi berdaftar bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) melibatkan 172,690 anggota pada tahun 2024. "Lebih signifikan, jumlah perolehan koperasi di negeri
YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf berkata Kerajaan Negeri Melaka bertekad untuk tampil sebagai Hab Koperasi Negara.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease