Wadah PELANCAR Edisi September 2019

MuatTurun Aplikasi Mudah Alih

PERCUMA di

SEPTEMBER 2019 JILID: WP01 / 6

ANGKASACoop

www.angkasa.coop RM1.00

Kertas Kitar Semula

Gerakan Koperasi Negara Kukuh Dan Lestari

Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ

Koperasi Prihatin Kepada Masyarakat Laman Agro Coop Care ANGKASA-FAQEH Berita Penuh muka 12

ANGKASA - LHDN Tingkatkan Pengurusan Cukai Koperasi

muka 5

Berita Penuh

» Datuk Nordin Salleh menerima cenderamata daripada ANGKASA berupa koleksi buku yang disampaikan oleh Dato’ Abdul Fattah.

U saha untuk mengangkat sektor koperasi ke tahap yang lebih tinggi bukan sahaja memerlukan sebuah gerakan yang kuat, malah setiap warga koperasi yang kini melebihi angka 6 juta anggota perlu bersatu padu dan menjadi ‘champion’ atau jaguh kepada agenda bangsa dan negara. Demikian pandangan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Nordin Salleh ketika berucap dalam perasmian Wacana Ilmu di Auditorium ANGKASA di Kelana Jaya, 20 Ogos lalu.

Produk Koperasi FASTO Terima Sambutan Menggalakkan Di Luar Negara

Katanya, warga koperasi pada masa ini berada di persimpangan bahkan dalam konteks yang lebih luas, sudah berada di peralihan zaman. Namun sejarah membuktikan bahawa situasi tersebut berjaya ditangani berbekalkan semangat, kefahaman dan hala tuju yang sama. Datuk Nordin berpendapat, pandangan segelintir masyarakat yang menganggap koperasi masih berada di tahap lemah dan ketinggalan perlu diubah dan beliau percaya, suara 6 juta anggota itu sendiri akan mampu mengikis persepsi yang salah terhadap gerakan ini.

muka 8

Berita Penuh

Teroka Aktiviti Pertanian Baharu

bersambung di muka surat 2

muka 13

Berita Penuh

SAKSIKAN WACANA ILMU SEMPENA HARI KOPERASI ANTARABANGSA 2019

SILA IMBAS “QR CODE”

DAN SAKSIKAN VIDEO LIPUTAN PENUH DI

“COOPS 4 DECENT WORK”

KOPERASI MEMBINA KESEJAHTERAAN SEJAGAT 20 OGOS 2019 / AUDITORIUM ANGKASA, KELANA JAYA

ANGKASA Komited Sampaikan Kefahaman Infaq Lil-Waqf

ANGKASA BKK TV

muka 7

Berita Penuh

2

ANGKASA

Datuk Nordin mengakui pada awal penglibatannya dalam koperasi, beliau sendiri menyangka bahawa DNA atau genetik genetik koperasi perlu diubah berasaskan tanggapan bahawa gerakan ini terperangkap dalam kepompong yang usang. Namun katanya, anggapan tersebut nyata meleset kerana sebenarnya pendekatan, prinsip dan semangat koperasi tidak boleh dibandingkan dengan elemen perniagaan lain yang berasaskan kepada sistem kapitalis. “Saya rasa persepsi ini perlu diperbetulkan dan koperasi tidak boleh

diangap sebagai lapuk. Sejarah 97 tahun penubuhan koperasi di negara ini membuktikan bahawa gerakan ini sebenarnya kukuh dan kekal lestari merentasi zaman. Sumbangan sebenar koperasi kepada masyarakat adalah tersendiri dan tidak boleh disamakan dengan yang lain. Suara dan kepentingan lebih 6 juta anggota koperasi adalah keutamaan. Saya lihat dari perspektif yang lebih luas berkaitan perubahan zaman dan kita perlu mengambil langkah-langkah ke hadapan secara bersama. Apa juga cabaran yang dihadapi, matlamat yang mahu dicapai atau dibawa ke hadapan, mestilah berasaskan kepada penyatuan dan tidak

dipecah- belahkan selain bergerak dengan jati diri yang betul. Agenda ini dapat menjadikan kita lebih kuat dan mampu berdiri sendiri demi masa depan koperasi dan generasi akan datang”, ujarnya. Menurut beliau, kerajaan telah meletakkan harapan dan sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang tinggi bagi sektor koperasi. Sasaran itu perlulah dinilai secara positif. Jika melihat kepada sejarah penubuhan koperasi dalam konteks keseluruhannya, sasaran tersebut bukanlah satu angka yang mustahil untuk dicapai. Sebagai koperasi apeks, ANGKASA perlu menjadi ‘muscle’ kepada SKM dan bersama-sama menggalas cabaran demi memartabatkan gerakan koperasi.

» Tiga panelis terlibat dalam Wacana Ilmu ialah Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (dua dari kiri); Pengurus Besar Pematuhan Syariah Dan Halal QSR (M) Holdings Berhad, Haji Mohd Roslan Mohd Saludin (dua dari kanan) dan Pengerusi Koperasi Pekebun Kecil Batu Pahat Berhad, Dr Hajah Hayati Md Salleh (paling kanan). Manakala moderatornya ialah Ketua MIHA Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Encik Mohd Amri Abdullah (paling kiri).

Dari Meja Presiden ANGKASA

S ewaktu hadir dalam Majlis Perhimpunan Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) Peringkat Kebangsaan 2019 di Kampar, Perak pada 24 Ogos lalu, saya terpanggil untuk berkongsi rasa kagum dan teruja melihat kesungguhan serta minat yang ditunjukkan oleh pelajar dalam menjayakan aktiviti CoopISTAC. Seiring dengan peranan koperasi sekolah yang berdaftar sebagai Hos untuk membantu memperlengkap sasaran perolehan tahunan koperasi

sekolah sebanyak RM1 juta menjelang tahun 2020, saya berpandangan bahawa semangat kerjasama dan kesepakatan sesama koperasi sekolah itu mampu mencetus dan membina idea-idea baharu tentang bagaimana untuk meningkatkan lagi perolehan dan taraf CoopISTAC. Melaluinya, pelbagai program boleh dijalankan sama ada secara persendirian atau secara penggabungan oleh Hos seperti menyediakan pakej pelancongan yang lebih eksklusif dan berskala tinggi. Selain dapat menjadikan pakej-

pakej tersebut lebih menarik dan kompetitif, penggabungan usaha dalam kalangan Hos juga mampu meningkatkan kecekapan, daya saing dan ilmu pengetahuan selain mengurangkan kos operasi. Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada semua koperasi sekolah yang terlibat menjayakan aktiviti CoopISTAC. Semoga pencapaian yang diraih dapat terus digilap dan diperkasa demi

kelestarian koperasi dan masa depan anggota khususnya pelajar yang terlibat.

SIDANG PENGARANG

Presiden Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah

Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji A. Aziz Deraman Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah

Pengurus Mohd. Zakuan Azmi

Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor

Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal

Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam,

Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail

Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Wan Adlina Wan Ab. Aziz

Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Mohamad Zairul Hafiz Sardin

Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Sekretariat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com

Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-5101 3388 Faks: 03-5101 3600

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya

Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan Dr. Mohd. Azlan Yahya

Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin

Pengurus Besar Bahagian Sekretariat Halim Haji Ibrahim

Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik

LATAR BELAKANG

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad atau ringkasnya KOPETRO yang ditubuhkan pada 30hb Oktober 1980, merupakan sebuah koperasi berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 yang mana anggotanya adalah 100 peratus kakitangan PETRONAS dan subsidiari-subsidiarinya. Setakat bulan Januari 2019, jumlah keanggotaan KOPETRO adalah seramai hampir 17,000 orang. Di peringkat nasional, KOPETRO berada di kedudukan kelapan koperasi terbaik di Malaysia dan keenam koperasi terbaik di Wilayah Persekutuan. KOPETRO merupakan organisasi pelaburan mengamalkan kecemerlangan dan budaya korporat selaras dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip korporat.

www.kopetro.com.my @Kopetro Berhad @kopetroberhad

Block C-18-2, 3 & 4, Megan Avenue II No. 12, Jalan Yap Kwan Seng 50450 Kuala Lumpur

Tel: +603 2166 9901 Fax: +603 2166 9904 Url: www.kopetro.com.my

4

PENGANTARABANGSAAN KOPERASI ANGKASA

Kerjasama MAAB, BSN Permudah Urusan Penulisan Wasiat

Oleh : NADIAH KAMARUDIN

perkhidmatan selain membantu meningkatkan tahap kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penulisan wasiat. BSN merupakan salah satu tersebut daripada lapan institusi kewangan yang merupakan rakan strategik MAAB. Sebagai rekod, sehingga Jun 2019, MAAB telah menguruskan lebih 90,000 wasiat. Perjanjian kerjasama tersebut telah ditandatangani oleh Ketua Eksekutif BSN, Datuk Yunos Abd Ghani dan Ahli Lembaga Pengarah MAAB, Haji Abdullah Muhamad

sambil disaksikan oleh Ketua Pegawai Perniagaan BSN, Encik Mujiburrahman Abd Rashid dan Ketua Pegawai Eksekutif MAAB, Dato’ Ahmad Saruji Abdul Aziz. Hadir bersama dalam majlis tersebut ialah Ahli Lembaga Pengarah BSN, Haji Selamat Haji Sirat. Untuk maklumat lanjut mengenai penulisan wasiat asas, sila layari laman web rasmi MAAB, www.myangkasaamanah.com.my atau laman web rasmi BSN, www. mybsn.com.my

» Sesi pertukaran dokumen antara MyANGKASA Amanah Berhad dan Bank Simpanan Nasional di Kuala Lumpur pada 5 Ogos lalu.

P elanggan Bank Simpanan Nasional (BSN) kini boleh menggunakan perkhidmatan penulisan wasiat asas melalui platform digital. Perkhidmatan tersebut dibangunkan hasil kerjasama antara BSN dengan anak syarikat ANGKASA, MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB). Menariknya, menerusi per- khidmatan yang ditawarkan ini, pelanggan BSN boleh mengakses dan mengemas kini maklumat serta mengubah kandungan wasiat mereka secara dalam talian pada bila-bila masa secara percuma. K operasi Nurul Islam Pulau Pinang Berhad (KNI) disaran supaya terus berusaha menambah jumlah syer daripada anggota bagi meningkatkan modal perniagaan koperasi. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, pengalaman yang dimiliki oleh KNI dalam pemasaran produk juga sangat

Kebiasaannya, tertentu akan dikenakan untuk pindaan kandungan wasiat. Perjanjian kerjasama strategik caj antara kedua belah pihak itu telah berlangsung dalam satu majlis di Kuala Lumpur, 5 Ogos lalu. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah dalam ucapannya berkata, sehingga kini, sebanyak 3,500 wasiat telah berjaya terjual melalui BSN sejak perkhidmatan tersebut mula diperkenalkan pada Januari 2019. Jumlah tersebut jelas menunjukkan kecemerlangan BSN dalam mempromosi dan melaksanakan

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI Tingkat Jumlah Syer Koperasi

produk halal milik koperasi bagi membantu mengembangkan pasaran sehingga ke peringkat antarabangsa. Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-30 KNI di Dewan Eureka USM, Pulau Pinang,

membantu namun masih perlu disokong oleh modal pusingan yang besar selain membuka jaringan perniagaan yang lebih luas. Katanya, ANGKASA sedia menjalin kerjasama dalam membantu mewujud dan menambah jumlah jaringan perniagaan produk-

» Dato’ Abdul Fattah (duduk tengah) bergambar bersama barisan Anggota Lembaga Koperasi KNI. Turut dalam gambar ialah Pengerusi JPAN Pulau Pinang, Haji Mohd Jamil Othman (duduk tiga dari kanan).

18 Ogos lalu. Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Haji Mohd Jamil Othman dan Pengerusi KNI, Haji Ibrahim Abdul Rahman.

KNI yang mula ditubuhkan pada 6 Mac 1986 mempunyai seramai 179 anggota. Koperasi tersebut kini aktif dalam menjalankan aktiviti pengedaran produk-produk rempah jenama RAHMAN’S khususnya di kawasan utara Semenanjung.

» Produk rempah jenama RAHMAN’S edaran KNI turut dipamerkan semasa majlis berlangsung.

ANGKASA 5 ANGKASA - LHDN Tingkatkan Pengurusan Cukai Koperasi

A NGKASA dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) menganjurkan Program Pengurusan Cukai Koperasi. Ia bertujuan untuk memberi penerangan kepada koperasi tentang cara menguruskan cukai koperasi. Program Pengiraan Cukai Koperasi anjuran ANGKASA dan LHDN telah Oleh : MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

berlangsung di Batu Pahat, Johor pada 19 Ogos 2019. Seramai 36 pengurusan kanan dan Anggota Lembaga Koperasi mengambil bahagian dalam program itu. Program tersebut dirasmikan oleh Naib Presiden ANGKASA, Dr Mohd Azlan Yahya. Beliau dalam ucapannya berkata, cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi negara memperoleh hasil atau

pendapatan. Hasil daripada cukai ini digunakan oleh pihak kerajaan untuk perbelanjaan pembangunan. Program tersebut juga telah mendapat kerjasama dengan pihak LHDN yang memberi penerangan berkaitan cukai kena bayar oleh koperasi dan pendedahan maklumat berkaitan tanggungjawab majikan. Malah, peserta dapat mengetahui

tentang cara mengisi borang-borang yang berkaitan dengan betul bagi menentukan cukai kena bayar oleh koperasi serta pendedahan perkhidmatan elektronik yang disediakan oleh LHDN bagi memudahkan urusan percukaian. Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Johor, Haji Sazali Abd Hamid dan Pengarah Seksyen Pungutan dan Fungsi Am LHDN, Encik Azhar Hussian.

» Dr Mohd Azlan Yahya Naib Presiden ANGKASA.

» Bergambar bersama peserta program.

Oleh : MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN Fahami Cara Mengurus Hutang

A NGKASA melalui Sektor Pembangunan Perkhidmatan Kewangan, Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Kewangan (BPKK) menganjurkan Program Pengurusan Hutang Sektor Koperasi bagi tahun 2019. Program tersebut bertujuan untuk memberi penerangan kepada koperasi-koperasi kredit mengenai cara pengurusan hutang koperasi sama ada hutang pembiayaan atau perniagaan. Program Pengurusan Hutang Sektor Koperasi anjuran ANGKASA diadakan di Kota Kinabalu pada 15 Ogos 2019. Seramai 45 Anggota Lembaga Koperasi telah mengambil bahagian dalam program tersebut. Program tersebut dirasmikan oleh Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa. Beliau dalam ucapannya berkata, program ini memberi kesedaran kepada koperasi kredit bahawa pengurusan hutang yang cekap perlu bermula dari pengurusan risiko pembiayaan yang proaktif sebelum satu-satu pembiayaan diluluskan kepada peminjam. Program tersebut telah mendapat kerjasama

daripada peminjam mereka sama ada hutang daripada aktiviti pembiayaan atau perniagaan. Program Pengurusan Hutang Sektor Koperasi ini juga bertindak sebagai platform bagi koperasi untuk lebih memahami aspirasi “Pusat Perkhidmatan Setempat Untuk Penyelesaian Kredit Bersepadu” yang telah dirangka oleh ANGKASA dan bagaimana ia dapat dicapai dengan sokongan daripada koperasi-koperasi kredit ahli ANGKASA dan seterusnya meningkatkan nilai perkhidmatan kredit koperasi. Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Sabah, Datuk Hajah Noraini Datuk Seri Panglima Haji Salleh.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang memberi penerangan berkaitan prosedur tribunal SKM dan juga prosedur Undang- Undang Sivil supaya pihak koperasi dapat mengetahui hak mereka sekiranya menghadapi permasalahan hutang yang tidak berbayar. Objektif Program Pengurusan Hutang Sektor Koperasi ini adalah untuk memberi informasi tentang bagaimana koperasi kredit menguruskan hutang-hutang tidak berbayar » Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa berucap di Program Pengurusan Hutang Sektor Koperasi.

» Bergambar bersama peserta Program Pengurusan Hutang Sektor Koperasi.

Untuk Informasi Terkini Liputan

7

ANGKASA

Oleh : NADIAH KAMARUDIN ANGKASA Komited Sampaikan Kefahaman Infaq Lil-Waqf

banyak lagi bangunan atau premis untuk diwakafkan bagi manfaat usahawan terutama dalam kalangan koperasi. Sumbangan Infaq Lil-Waqf telah digunakan untuk membeli dua bangunan iaitu di Presint 11, Putrajaya bernilai RM4.6 juta pada 28 Jun lalu dan sebuah bangunan di Bandar Baru Uda, Johor Bahru pada tahun 2017 dengan nilai RM1.56 juta.

Seramai 130 peserta daripada koperasi dewasa, koperasi sekolah serta wakil beberapa agensi kerajaan telah hadir ke Seminar Infaq Lil-Waqf ANGKASA peringkat Negeri Sembilan di Seremban, 7 Ogos lalu. Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Hisbah Infaq Lil-Waqf ANGKASA, Dato’ Dr. Haji Nooh Gadot dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sembilan, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah. Mana-mana koperasi

» Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan menyarankan agar lebih ramai individu terutama penjawat awam memberi sumbangan kepada tabung Infaq Lil- Waqf ANGKASA melalui potongan gaji yang diuruskan oleh ANGKASA.

atau agensi kerajaan yang berminat untuk menjemput ANGKASA memberi taklimat mengenai Skim Infaq Lil- Waqf ANGKASA boleh menghubungi Unit Kutipan dan Pengurusan Dana Infaq Lil-Waqf, Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA di talian 03-7884 6674 / 6618 / 6767 / 6615.

A NGKASA melalui Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah terus komited menyampaikan kefahaman mengenai Skim Infaq Lil-Waqf ANGKASA kepada masyarakat Islam di seluruh negara. Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dalam ucapannya berkata, keberhasilan Infaq Lil-Waqf ANGKASA dalam memberi bantuan untuk mengatasi masalah kemiskinan,

menyediakan pusat penjagaan dan perlindungan serta bantuan perubatan sejak tahun 2010. Ini memberi inspirasi kepada ANGKASA untuk memastikan lebih ramai lagi umat Islam mengetahui akan kebaikan berinfaq. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA berkata, ANGKASA sedang dalam perancangan untuk membeli lebih

» Pengerusi Jawatankuasa Hisbah Infaq Lil-Waqf ANGKASA, YB Dato’ Dr. Haji Nooh Gadot memberi sumbangan peribadi ke dalam tabung Skim Infaq Lil-Waqf ANGKASA.

“Kepimpinan dan kesepakatan dalam tadbir urus koperasi jika diamalkan dengan penuh integriti mampu menzahirkan keputusan yang lebih telus sekaligus memberi kesan yang lebih bermakna kepada sosioekonomi anggota koperasi dan masyarakat,” ujarnya. Beliau berkata demikian sewaktu berucap dalam perasmian penutup Seminar Kepimpinan Anggota Lembaga Koperasi Negeri Pulau Pinang 2019 anjuran ANGKASA Negeri Pulau Pinang. Hadir sama di majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa

Perhubungan Negeri (JPAN) Pulau Pinang, Haji Mohd Jamil Othman dan Pengerusi Koperasi Guru Besar Pulau Pinang Berhad, Encik Zakaria Othman. Seramai 70 peserta dalam ANGKASA kalangan ALK 42 buah koperasi di sekitar Pulau Pinang hadir dalam seminar yang berlangsung selama dua hari bermula 17 Ogos. Menerusi penganjuran tersebut, lima kertas kerja telah dibentangkan selain dua segmen khas iaitu ‘Bicara Koperasi’ dan ‘Peluang Perniagaan Dalam Koperasi’.

Kepimpinan Berintegriti Nadi Kecemerlangan Tadbir Urus Koperasi

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI

» Dato’ Haji Kamarudin turut berkesempatan beramah mesra dengan peserta program.

K epimpinan berintegriti me- rupakan antara pengamalan tadbir urus terpenting yang perlu ada dan diberi penekanan oleh setiap Anggota Lembaga Koperasi (ALK) termasuk kakitangan pengurusannya. Timbalan Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Bahagian Kepim-

pinan Modal Insan dan Pembangunan Keusahawanan ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail berkata, usaha secara berterusan bagi meningkatkan tahap integriti dalam kalangan ALK adalah sangat penting kerana integriti dalam kepimpinan boleh dianggap sebagai nadi kecemerlangan tadbir urus koperasi.

» Peserta bergambar selepas tamat program.

8

KOPERASI

Produk Koperasi FASTO Terima Sambutan Menggalakkan

Oleh : NADIAH KAMARUDIN Di Luar Negara K operasi FASTO Global Berhad ditubuhkan hasil gabungan anggota dari tiga syarikat pengeluar produk makanan iaitu Deligateux (M) Sdn. Bhd., World Prominence Sdn. Bhd. dan Fatihah Frozen Foods Sdn. Bhd.

» Koperasi FASTO mementingkan kualiti dalam setiap produk makanan yang dihasilkan.

» Roti Paratha Asli dan Durian popular di Brunei, Singapura dan Arab Saudi.

Bergerak di bawah satu payung, koperasi yang ditubuhkan pada 25 April 2016 itu kini berupaya menghasilkan lebih daripada 100 jenis produk seperti rempah pra-campuran, sejuk beku, kek dan pastri. Produk-produk yang dihasilkan oleh setiap syarikat di bawah Koperasi FASTO mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat tempatan mahupun luar negara. Nilai eksport yang direkodkan menjangkau RM2 juta, hasil daripada jualan produk- produk yang secara puratanya telah berjaya memperluaskan pasaran ke-14 negara setakat ini. Koperasi FASTO juga telah berjaya memenuhi tahap kualiti atau kriteria eksport yang ditetapkan oleh negara- negara pengimport seperti memiliki standard pensijilan yang merupakan antara komponen penting yang mesti ada pada sesebuah produk untuk diperdagangkan. Produk yang dikeluarkan juga mempunyai sijil halal yang menjadi nilai tambah sekaligus melancarkan

lagi urus niaga perdagangan. Koperasi FASTO kini sedang dalam usaha meluaskan pasaran produk-produk mereka ke negara-negara Kesatuan Eropah. Kebanyakan dari produk keluaran koperasi telah dieksport ke negara- negara jiran seperti Singapura dan Brunei manakala negara seperti Arab Saudi pula gemar mengimport produk rempah pra-campuran khususnya untuk kegunaan dapur pusat. Produk tersebut juga turut mendapat sambutan di United Kingdom, Hungary dan Netherlands. Untuk pasaran tempatan, Koperasi FASTO menyediakan perkhidmatan penghantaran dalaman untuk kawasan sekitar Lembah Klang. Pendekatan ini dapat membantu koperasi untuk menyelia sendiri aktiviti pengedaran mereka. Untuk maklumat lanjut mengenai produk keluaran Koperasi FASTO, boleh hubungi 03-6187 3961 atau e-mel ke koopfastoglobal@gmail.com

» World Prominence Sdn. Bhd. menghasilkan pelbagai jenis produk rempah pra- campuran yang digunakan bagi menyediakan pek makanan untuk jemaah umrah dan haji.

» Kek buah yang dihasilkan oleh Deligateux (M) Sdn. Bhd. didatangkan dalam pelbagai perisa.

9

KOPERASI

» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (duduk tengah) bergambar bersama barisan kepimpinan Koperasi FASTO.

» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah melihat pekerja meletak inti ke dalam karipap ketika membuat lawatan ke kilang.

Senarai SKU yang berjaya dieksport No. SKU

Negara Pengimport

1.

Roti Paratha Asli

Brunei, Singapura, Arab Saudi dan New Zealand

» Pekerja menggunakan mesin pengemas makanan untuk membungkus produk.

2. Roti Paratha Durian Brunei, Singapura, China dan Arab Saudi 3. Roti Boom Brunei, Singapura dan Arab Saudi 4. Karipap Pusar Brunei, Singapura dan Arab Saudi 5. Samosa 6. Popia Brunei, Singapura, Arab Saudi dan Vietnam 7. Kek Buah Brunei, Singapura, Macau dan Dubai, UAE 8. Kek Keju Brunei, Singapura, Timor Leste dan Tahiti 9. Rempah Pra-Campuran Brunei, Singapura, Arab Saudi, United Kingdom, Hungary, Netherlands

» Pekerja membungkus paratha di kilang Fatihah Frozen Foods.

ANGKASA 10

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI Teknologi Bantu Jana Minda Pelajar

I lmu keusahawanan yang melibatkan penggunaan teknologi terkini perlu diterap dan dikembangkan melalui koperasi sekolah bagi membantu menjana kecemerlangan modal insan pelajar. Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman bin Abdul Razak Shaik berkata, selain dapat menjana minda pelajar, penggunaan teknologi terkini juga mampu mempengaruhi minat pelajar untuk lebih proaktif selain dapat meningkatkan imej korporat koperasi sekolah itu sendiri. Katanya, perkembangan minda pelajar juga boleh dibentuk secara lebih bersepadu dan profesional selain pengalaman baharu yang diraih. Ilmu tersebut seterusnya boleh diterap atau digunakan oleh pelajar terbabit selepas meninggalkan alam persekolahan seperti di koperasi siswa atau koperasi dewasa.

» ‘Coopbot’ ciptaan pelajar MRSM FELDA turut digunakan dalam gimik penyerahan plak perasmian kepada Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman.

» Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman bergambar bersama barisan kepimpinan koperasi.

Koperasi MRSM FELDA yang mempunyai keanggotaan seramai 1,028 pelajar dan 92 kakitangan itu optimis dapat mencapai sasaran perolehan tahunan sebanyak RM1 juta menjelang tahun hadapan. Sebagai rekod, perolehan koperasi tersebut bagi tahun 2018 adalah sebanyak RM649,201.08 dengan keuntungan bersih berjumlah RM75,242.46.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS) di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) FELDA di Sungkai, Perak pada 19 Ogos lalu. Hadir sama ialah Pengetua MRSM Felda, Haji Lokman Annas bin Lokman dan Timbalan Pengetua MRSM Felda merangkap Pengerusi Koperasi MRSM FELDA Sungkai Berhad, Encik Nik Mohd Ariff bin Nik Abdul Rahman.

» Produk air mineral semulajadi

dengan jenama sendiri adalah antara produk milik Koperasi MRSM FELDA.

Pertanian & Industri Asas Tani Koperasi Bela Masyarakat Melaka Berhad (KOBEMAS) No. 24, Jalan MITC, Prima 1, Air Keroh 75450 Melaka Tel: +062535565

* Sah sehingga 31 Disember 2019

Untuk Info Lebih Lanjut Sila Hubungi: Jabatan Jualan dan Pemasaran. Ika: 018 - 264 8711 Fareha: 019 - 5953707

Hotel KOBEMAS Melaka Jalan MITC, Prima 1, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka Tel: +6062535353 Facebook: Kobemas Hotel, Melaka Instagram: Kobemas Hotel Melaka www.hotelkobemas.com.my

11 KOPERASI SEKOLAH

Koperasi Sekolah Medium Ilmu Keusahawanan

Oleh : RAHMAT MOHD DID

» Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail (tengah, duduk); Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa (kanan, duduk) dan Pengerusi JPAN Wilayah Persekutuan, Haji Zulkifli Jamaludin (kiri, duduk) bergambar bersama peserta.

A NGKASA sebagai badan puncak gerakan koperasi di Malaysia akan terus membantu koperasi sekolah dalam usaha untuk menjana pembangunan modal insan khususnya dalam bidang keusahawanan kepada pelajar sekolah melalui pelbagai pendekatan ilmu. Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail berkata, bagi memastikan matlamat tersebut berjaya mencapai tahap terbaik, pelajar bukan sahaja perlu mempunyai kecemerlangan dari segi intelek, malah pelajar juga perlu memiliki kekuatan dalam aspek kerohanian serta kemahiran hidup. ”Koperasi sekolah sebenarnya berupaya menjadi medium penyaluran ilmu keusahawanan kepada pelajar dan ilmu tersebut boleh digunapakai sebagai nilai tambah selepas tamat persekolahan. Pelajar perlu diberi tanggung-

jawab dan tanggungjawab untuk menguruskan koperasi sekolah seterusnya dapat menyumbang kembali kepada kemajuan sekolah masing-masing,” katanya. Beliau berkata demikian sewaktu dari segi jawatan merasmikan Program Pembangunan Perniagaan Kiosk dan Pembekal Produk Koperasi Sekolah 2019 untuk Selangor, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan anjuran Bahagian Koperasi Sekolah ANGKASA di Kuala Lumpur pada 2 Ogos lalu. Hadir sama dalam majlis perasmian ialah Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Pengerusi JPAN Wilayah Persekutuan, Haji Zulkifli Jamaludin. Pengamalan ilmu keusahawanan itu juga dilihat selari dengan Teras Strategik Pertama yang dirangka bagi mencapai sasaran di bawah Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) iaitu ‘Membudayakan Keusahawanan

Dalam Segenap Lapisan Masyarakat’. Menerusinya, usaha memupuk budaya keusahawanan perlu dilaksana dari peringkat awal dan langkah terbaik adalah menerusi sistem pendidikan negara. Objektif penganjuran program adalah untuk menggalakkan koperasi sekolah menceburi perniagaan kiosk bagi meningkatkan perolehan koperasi sejajar dengan hasrat ANGKASA untuk menggalakkan pencapaian perolehan tahunan koperasi sekolah sebanyak RM1 juta. Melalui program tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah dijemput untuk memberi taklimat berkaitan Halatuju Pembangunan Perniagaan Koperasi Sekolah dan Proses serta Prosedur Pembinaan Bangunan Kiosk. Selain tu, Koperasi SMK Jalan Tiga Bandar Baru Bangi Berhad juga dijemput untuk berkongsi pengalaman berkaitan kejayaan koperasi sekolah

khususnya perniagaan Kiosk. Antara pengisian lain dalam program tersebut adalah taklimat daripada Sektor Peruncitan dan Pemborongan ANGKASA berkaitan Barang Asas 100 (BA100), taklimat daripada pembekal-pembekal yang telah mengadakan Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan dalam ANGKASA dan taklimat Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah 2019 (AKKS). Empat kertas kerja telah di- bentangkan dalam program tersebut iaitu Hala Tuju Pembangunan Perniagaan Koperasi Sekolah, Pengalaman Langsung Pembinaan Bangunan Kiosk dan Pembangunan Perniagaan Melalui Produk-Produk Koperasi dan Pembekalan Barang Asas (BA100). Program yang sama turut dianjurkan di Pulau Pinang (mewakili zon utara), Kuala Terengganu (mewakili zon timur) dan Johor (mewakili zon selatan).

12 KOPERASI

Laman Agro Coop Care ANGKASA-FAQEH

Koperasi Prihatin Kepada Masyarakat

Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ

Laman Agro Coop Care ANGKASA-Faqeh juga merupakan kesinambungan kepada program Jom Tanam Sejuta Pokok yang dicetuskan oleh ANGKASA pada awal tahun ini. Menerusi program tanggungjawab sosial koperasi (CSR) ini, sukarelawan ANGKASA bersama-sama warga Akademi FAQEH telah menyemai kira-kira 300 benih sayur-sayuran yang boleh dituai dalam anggaran masa empat minggu. Hadir sama dalam perasmian Laman Agro Coop Care ANGKASA-FAQEH adalah Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Che Mohd Shukree Che Isa; Pengerusi Yayasan Pendidikan Al- Quran Bagi Anak Istimewa, Encik Syar Meeze Mohd Rashid; Ketua Polis Balai Nilai mewakili Ketua Polis Daerah Nilai, ASP Mat Ghani Lateh; Penasihat Korporat Sektor Koperasi ANGKASA, Dato’ Haji Mohd Yusof Haji Samsudin; Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat, Haji Borhan Mat Aris; Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Davina 3, Dr Mohamad Isa Amat; Pengerusi Autisme Muslim Malaysia, Encik Zamri Tembol dan pengurusan kanan ANGKASA serta tenaga pengajar dan pelajar Yayasan.

» Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail menanam pokok sebagai gimik Laman Agro Coop Care ANGKASA FAQEH”.

A NGKASA memberi sumbangan sebanyak RM8,000 kepada Akademi FAQEH menerusi pembangunan “Laman Agro Coop Care ANGKASA-FAQEH”. Projek tersebut merupakan inisiatif pertanian bandar yang memberi peluang kepada anak-anak di Akademi FAQEH untuk menjalani terapi alami dan menghasilkan tanaman seperti sayur-sayuran organik untuk kegunaan sendiri dan selebihnya dikongsi dengan penduduk setempat. Usaha ini juga selaras dengan seruan kerajaan dalam mempromosikan program berbentuk kebun bandar bertemakan “Makanan Kita, Masa Depan Kita ( Our Food Our Future ). Timbalan Presiden ANGKASA, Dato Haji Kamarudin Ismail ketika berucap merasmikan program tersebut berkata, sebanyak RM5.1 juta dana daripada Tabung Infaq Lil Waqf ANGKASA telah disalurkan kepada golongan OKU bagi meringankan beban mereka. Menurut beliau, selain golongan OKU, dana tersebut juga turut diagihkan kepada pusat perlindungan, pembelian bangunan untuk diwaqafkan, pusat dialisis, pusat perniagaan koperasi dan institusi pendidikan. Majlis perasmian Laman Agro Coop Care ANGKASA telah berlangsung di Akademi FAQEH, Nilai, Negeri Sembilan pada 3 Ogos lalu, sempena Program Jom Tanam Sejuta Pokok. Program yang dijalankan di bawah payung ‘Coop Care’ ini merupakan inisiatif ANGKASA dengan kerjasama KOPSYA untuk meningkatkan kemahiran sosial dan mempelajari sedikit sebanyak kemahiran perniagaan dengan bantuan para guru di Akademi Faqeh. Melalui program ini, hasil pertanian juga boleh dijual kepada komuniti setempat serta memberi pendapatan sampingan dalam melaksanakan pelbagai aktiviti untuk anak-anak istimewa di Akademi FAQEH yang diuruskan oleh Yayasan Pendidikan Al-Quran bagi Anak Istimewa.

» Sesi beramah mesra bersama pelajar-pelajar Yayasan.

» Dato’ Haji Kamarudin Ismail di Laman Agro Coop Care ANGKASA-FAQEH.

» Tetamu bergambar bersama guru-guru Yayasan FAQEH di hadapan bangunan Akademi FAQEH.

13 KOPERASI Teroka Aktiviti Pertanian Baharu Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI P rojek sewa pajak bendang untuk tanaman padi yang selama ini menjadi teras kepada usaha

Konsortium Koperasi Tanaman Padi Kedah Berhad perlu dikaji dan dinilai semula secara lebih mendalam bagi memastikan usaha yang dijalankan itu dapat menjana pulangan ekonomi yang menguntungkan. Berasaskan kepada perkembangan semasa, terdapat beberapa projek sewa pajak bendang di kawasan tertentu didapati tidak lagi ekonomik untuk diusahakan berasaskan kepada laporan prestasi semasa. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah ketika berucap dalam majlis perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan konsortium berkenaan bagi kali ke-8/2019 berkata, selain meningkatkan bilangan lot tanah bagi menjana perolehan aktiviti sedia ada, konsortium perlu berani untuk meneroka dan menceburi aktiviti pertanian lain yang berskala lebih tinggi. Beliau juga turut menyarankan agar anggota koperasi yang bernaung di bawah konsortium dapat meningkatkan azam serta usaha bagi mengukuhkan lagi taraf ekonomi koperasi melalui aktiviti pertanian baharu termasuk bidang ternakan yang lebih menguntungkan. Mesyuarat tersebut yang berlangsung pada 27 Julai lalu di Dewan Mesyuarat Persatuan Peladang Kawasan F-IV Sg. Limau Dalam, Yan, Kedah turut dihadiri Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya; wakil Pengarah SKM Cawangan Negeri Kedah, Puan Roziati Ibrahim dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh. Konsortium Koperasi Tanaman Padi Kedah Berhad ditubuhkan pada

» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah bersama Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya (enam dari kiri) dan Pengerusi JPAN Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh bergambar bersama Anggota Lembaga Konsortium Kedah.

12 Ogos 2011 atas inisiatif ANGKASA bermula dari dua buah koperasi asas iaitu Koperasi Sungai Lintang Kedah Berhad dan Koperasi Usahawan Mampan Kedah Berhad sebagai perintis. Konsortium tersebut ditubuhkan dengan tujuan untuk menggabungkan modal dan kepakaran selain menggembleng usaha secara bersama dalam kalangan koperasi berasaskan pertanian di negeri Kedah. Selain aktiviti sewa pajak bendang, Konsortium Koperasi Tanaman Padi Kedah Berhad juga telah meneroka aktiviti pertanian baharu seperti industri tanaman jagung bijian seluas 6.89 hektar di kawasan Lembah Bujang, Merbok dan aktiviti tanaman halia di Pendang. Konsortium juga turut memiliki dua buah traktor yang beroperasi di kawasan pajakan sawah selain disewakan kepada petani-petani di kawasan sekitar. Alamat : No. 12, Bangunan ARKED, Pasar Minggu Sungai Limau Dalam Kedah Berhad, 06910 Yan, Kedah Darul Aman.

AHLI KONSORTIUM KOPERASI TANAMAN PADI KEDAH BERHAD 1. Koperasi Sungai Lintang Kedah Berhad 2. Koperasi Usahawan Mampan Kedah Berhad 3. Koperasi Pasar Minggu Sungai Limau Dalam Kedah Berhad 4. Koperasi Pembangunan Daerah Yan Kedah Berhad 5. Koperasi Pasar Mingguan Guar Chempedak Kedah Berhad

6. Koperasi Agro Belantik Sik Kedah Berhad 7. Koperasi Sungai Limau Dalam Kedah Berhad 8. Koperasi Keluarga Tijah Hussain Kedah Berhad

14 KOPERASI

Mini Karnival dan Ibadah Qurban Gerakan Koperasi Negeri Sembilan 2019

Oleh : BADRUL HIZAM MOHD SHAFIEI Pegawai ANGKASA Negeri Sembilan

» Dato’ Haji Ibrahim (kiri) turut

berkesempatan menyampaikan sumbangan daging korban kepada golongan asnaf.

» Aktiviti korban meriah dengan penyertaan ramai individu.

‘M ini Karnival dan Ibadah Qurban Gerakan Koperasi Negeri Sembilan 2019’ anjuran bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sembilan, Perhubungan ANGKASA Negeri Sembilan, Koperasi Kariah Masjid At- Taqwa Kg. Paroi Seremban Berhad dan

koperasi-koperasi Negeri Sembilan telah berlangsung pada 14 Ogos 2019 di Masjid At-Taqwa Kampung Paroi, Seremban. Sebanyak lapan ekor lembu telah dikorbankan dalam program tersebut selain turut dimeriahkan dengan aktiviti mini karnival melibatkan beberapa buah koperasi seperti Koperasi Wanita

Wawasan NS Berhad, Koperasi Alumni SMK Batu Kikir Berhad dan Koperasi Desa Gedok Gemencheh Berhad. Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Belia dan Sukan Negeri Sembilan merangkap ADUN Paroi, YB Tuan Mohamad Taufek bin Abd. Ghani.

Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Negeri Sembilan, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah; Pengarah SKM Negeri Sembilan, Encik Zainuddin Mohd Ali dan Timbalannya iaitu Encik Mohd Firdaus Shaari.

Semua Ternakan Habis Dijual Oleh : CIK NOR ATIQAH MOHAMED Projek Ternakan Lembu Korban dan Pedaging 2019 A NGKASA Negeri Johor telah menganjurkan Program Ibadah Korban ANGKASA Johor 2019 di KUK Farm Parit Pulai, Batu Pahat. Sebanyak dua ekor lembu dikorbankan dan daging korban tersebut telah diagihkan kepada asnaf, anak yatim dan kariah tempatan. Projek Ternakan Lembu Korban & Pedaging 2019 merupakan program anjuran ANGKASA Johor dengan kerjasama Koperasi Usahawan Kampung Batu Pahat Berhad. Sebanyak enam buah koperasi turut terlibat melaksanakan projek ternakan lembu secara fidlot itu dan semua hasil ternakan habis dijual sempena Hari Raya Haji 2019/1440H ini.

» Pengerusi JPAN Johor, Haji Sazali Abd. Hamid (tiga dari kanan) turut hadir dalam Program Ibadah Korban ANGKASA Johor 2019.

IKM 15

Keperluan Pemasaran Berkesan Bagi Peruncitan Koperasi Oleh : SITI HAJAR SAAEY Pegawai Latihan Institut Koperasi Malaysia

S ektor peruncitan merupakan sektor yang berkembang pesat dalam pembangunan ekonomi di Malaysia. Kemantapan ilmu sains dan teknologi telah menyumbang secara positif dalam sektor peruncitan. Pada tahun 2015, jualan runcit di Malaysia meningkatkan 3.4 peratus dan merupakan satu daripada negara Asia Tenggara yang paling mesra perniagaan. Ini merupakan suatu indikator kepada sektor koperasi bahawa peningkatan jualan ini menunjukkan kemampuan bidang peruncitan untuk mendominasi dunia perniagaan di Malaysia. Malaysia juga menduduki tempat ketiga dalam Indeks Pem- bangunan Runcit Global (GRDI) A.T. Kearney 2016 mengalahkan Negara Asia yang lain seperti Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sektor koperasi haruslah melihat perkembangan positif ini sebagai satu penanda aras kepada aktiviti-aktiviti yang berpotensi tinggi untuk dilaksanakan. Ini selari dengan definisi koperasi sendiri sebagai persatuan sukarela yang ditubuhkan bagi membantu anggotanya dari segi ekonomi, sosial dan budaya. Justeru, penekanan terhadap pembangunan pemasaran dilihat amat penting dalam memastikan kelangsungan sektor peruncitan dan koperasi mampu menongkah dengan lebih tinggi seiring dengan sektor yang lain. Kewujudan aktiviti pemasaran yang berkesan akan

menjadikan keperluan dan kehendak pengguna dapat dipenuhi dengan efektif dan tepat. Selain itu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, peningkatan sebanyak 6.2 peratus pendapatan isi rumah bulanan purata pada tahun 2016 berbanding pada tahun 2014. Ini memberikan gambaran bahawa pendapatan isi rumah memberikan peluang perniagaan kepada kerancakan pasaran. Selain itu, nilai jualan merekodkan sebanyak RM109.3 bilion pada Disember 2018. Indikator ini merupakan mekanisme yang sewajarnya dimanfaatkan oleh koperasi agar aktiviti perniagaan yang berpotensi dikenalpasti dan diterokai. Teknik pemasaran yang tepat amatlah diperlukan agar sesuatu produk atau perkhidmatan tidak terhenti begitu sahaja. Ini adalah kerana sekiranya kegagalan koperasi mengkomersialkan produk tersebut, ia tetap gagal dijual walaupun produk dikeluarkan oleh syarikat yang terbaik. Mendepani persaingan yang sihat memerlukan satu strategi pemasaran yang inovatif dan berkesan. Kepesatan dunia hari ini kadangkala membantu koperasi untuk memasarkan produk mereka dengan penggunaan bajet yang terhad. Strategi pemasaran kreatif yang diperoleh dapat membantu koperasi mengenalpasti keinginan pengguna dan memasarkannya tepat pada waktu yang diperlukan.

Pengguna hari ini bukan semata- mata melihat sesuatu produk semata- mata, namun melihat kepada nilai yang ingin disampaikan oleh penjual kepada mereka. Harga bukanlah semata-mata isu dalam menjadikan produk yang ditawarkan diterima baik oleh pelanggan. Nilai tambah yang diketengahkan oleh peniaga haruslah bertepatan dengan kriteria pelanggan yang ingin difokuskan. Dunia kepesatan teknologi hari ini menjadikan semua pelanggan ingin bergerak dengan pantas. Kesempatan hari ini perlu diambil oleh koperasi seperti menambah nilai kedai runcit dengan perkhidmatan penghantaran, perkhidmatan pembelian secara atas talian dan sebagainya. Nilai-nilai tambah seperti inilah sewajarnya diperhatikan oleh koperasi dalam menjadikan perniagaan runcit mereka berjaya memperoleh pelanggan yang setia. Isu berkaitan kos yang tinggi dalam memasarkan produk sering dijadikan alasan koperasi untuk tidak berkembang. Pemikiran yang sempit ini wajar dibendung kerana teknik pemasaran dunia moden masa kini adalah pelbagai selain dari berkesan dan kreatif tanpa penggunaan modal yang tinggi. Peluang yang berlaku dalam kepesatan teknologi hari ini sewajarnya diambil dan digunakan sepenuhnya. Kuasa viral, maklumat di hujung jari, dunia tanpa sempadan dan sebagainya merupakan contoh-contoh

yang perlu dilaksanakan sebaiknya oleh koperasi dalam mendapatkan perniagaan yang selari dengan keadaan semasa. Kepantasan dunia teknologi menjadikan pengguna lebih bijak dan mempunyai pilihan yang lebih banyak. Oleh yang demikian, koperasi perlu mendapatkan kaedah berkesan dan tepat dalam menghasilkan produk atau perkhidmatan yang diingini. Dalam dunia peruncitan, amatlah penting agar pelanggan merasakan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan dekat di hati dan berbaloi dengan harga yang dibayar. Kesimpulannya, koperasi sewajarnya sentiasa melakukan anjakan dalam menghasilkan perniagaan yang strategik. Bidang peruncitan yang sentiasa berubah amat memerlukan koperasi untuk sentiasa berusaha menawarkan perkhidmatan selari dengan keperluan mereka terutamanya penubuhan koperasi bagi memenuhi kehendak anggotanya. Oleh yang demikian, semua pihak terutamanya koperator itu sendiri perlulah bersama-sama dalam memastikan kelangsungan dan relevansi koperasi agar sendiri berdaya saing dan boleh berdiri setanding dengan perniagaan swasta yang lain. Rujukan : Jabatan Perangkaan Malaysia Nassrul Hakim. (2009). 9 Naga Pemasaran. PTS Publications & Distributirs Sdn Bhd

Kunjungi

Terulung di Malaysia dan Ekspo Produk Perkhidmatan Koperasi Lokasi : PERSADA JOHOR INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

Pada: 28 - 30 NOVEMBER 2019

Cooperative Global Gateway to FairTrade Untuk Maklumat Lanjut, Layari www.maccops.coop

@maccops2019

@MaccopsAngkasa

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease