Wadah PELANCAR Edisi September 2019

11 KOPERASI SEKOLAH

Koperasi Sekolah Medium Ilmu Keusahawanan

Oleh : RAHMAT MOHD DID

» Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail (tengah, duduk); Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa (kanan, duduk) dan Pengerusi JPAN Wilayah Persekutuan, Haji Zulkifli Jamaludin (kiri, duduk) bergambar bersama peserta.

A NGKASA sebagai badan puncak gerakan koperasi di Malaysia akan terus membantu koperasi sekolah dalam usaha untuk menjana pembangunan modal insan khususnya dalam bidang keusahawanan kepada pelajar sekolah melalui pelbagai pendekatan ilmu. Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail berkata, bagi memastikan matlamat tersebut berjaya mencapai tahap terbaik, pelajar bukan sahaja perlu mempunyai kecemerlangan dari segi intelek, malah pelajar juga perlu memiliki kekuatan dalam aspek kerohanian serta kemahiran hidup. ”Koperasi sekolah sebenarnya berupaya menjadi medium penyaluran ilmu keusahawanan kepada pelajar dan ilmu tersebut boleh digunapakai sebagai nilai tambah selepas tamat persekolahan. Pelajar perlu diberi tanggung-

jawab dan tanggungjawab untuk menguruskan koperasi sekolah seterusnya dapat menyumbang kembali kepada kemajuan sekolah masing-masing,” katanya. Beliau berkata demikian sewaktu dari segi jawatan merasmikan Program Pembangunan Perniagaan Kiosk dan Pembekal Produk Koperasi Sekolah 2019 untuk Selangor, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan anjuran Bahagian Koperasi Sekolah ANGKASA di Kuala Lumpur pada 2 Ogos lalu. Hadir sama dalam majlis perasmian ialah Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Pengerusi JPAN Wilayah Persekutuan, Haji Zulkifli Jamaludin. Pengamalan ilmu keusahawanan itu juga dilihat selari dengan Teras Strategik Pertama yang dirangka bagi mencapai sasaran di bawah Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) iaitu ‘Membudayakan Keusahawanan

Dalam Segenap Lapisan Masyarakat’. Menerusinya, usaha memupuk budaya keusahawanan perlu dilaksana dari peringkat awal dan langkah terbaik adalah menerusi sistem pendidikan negara. Objektif penganjuran program adalah untuk menggalakkan koperasi sekolah menceburi perniagaan kiosk bagi meningkatkan perolehan koperasi sejajar dengan hasrat ANGKASA untuk menggalakkan pencapaian perolehan tahunan koperasi sekolah sebanyak RM1 juta. Melalui program tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah dijemput untuk memberi taklimat berkaitan Halatuju Pembangunan Perniagaan Koperasi Sekolah dan Proses serta Prosedur Pembinaan Bangunan Kiosk. Selain tu, Koperasi SMK Jalan Tiga Bandar Baru Bangi Berhad juga dijemput untuk berkongsi pengalaman berkaitan kejayaan koperasi sekolah

khususnya perniagaan Kiosk. Antara pengisian lain dalam program tersebut adalah taklimat daripada Sektor Peruncitan dan Pemborongan ANGKASA berkaitan Barang Asas 100 (BA100), taklimat daripada pembekal-pembekal yang telah mengadakan Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan dalam ANGKASA dan taklimat Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah 2019 (AKKS). Empat kertas kerja telah di- bentangkan dalam program tersebut iaitu Hala Tuju Pembangunan Perniagaan Koperasi Sekolah, Pengalaman Langsung Pembinaan Bangunan Kiosk dan Pembangunan Perniagaan Melalui Produk-Produk Koperasi dan Pembekalan Barang Asas (BA100). Program yang sama turut dianjurkan di Pulau Pinang (mewakili zon utara), Kuala Terengganu (mewakili zon timur) dan Johor (mewakili zon selatan).

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease