13 KOPERASI Teroka Aktiviti Pertanian Baharu Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI P rojek sewa pajak bendang untuk tanaman padi yang selama ini menjadi teras kepada usaha
Konsortium Koperasi Tanaman Padi Kedah Berhad perlu dikaji dan dinilai semula secara lebih mendalam bagi memastikan usaha yang dijalankan itu dapat menjana pulangan ekonomi yang menguntungkan. Berasaskan kepada perkembangan semasa, terdapat beberapa projek sewa pajak bendang di kawasan tertentu didapati tidak lagi ekonomik untuk diusahakan berasaskan kepada laporan prestasi semasa. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah ketika berucap dalam majlis perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan konsortium berkenaan bagi kali ke-8/2019 berkata, selain meningkatkan bilangan lot tanah bagi menjana perolehan aktiviti sedia ada, konsortium perlu berani untuk meneroka dan menceburi aktiviti pertanian lain yang berskala lebih tinggi. Beliau juga turut menyarankan agar anggota koperasi yang bernaung di bawah konsortium dapat meningkatkan azam serta usaha bagi mengukuhkan lagi taraf ekonomi koperasi melalui aktiviti pertanian baharu termasuk bidang ternakan yang lebih menguntungkan. Mesyuarat tersebut yang berlangsung pada 27 Julai lalu di Dewan Mesyuarat Persatuan Peladang Kawasan F-IV Sg. Limau Dalam, Yan, Kedah turut dihadiri Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya; wakil Pengarah SKM Cawangan Negeri Kedah, Puan Roziati Ibrahim dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh. Konsortium Koperasi Tanaman Padi Kedah Berhad ditubuhkan pada
» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah bersama Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya (enam dari kiri) dan Pengerusi JPAN Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh bergambar bersama Anggota Lembaga Konsortium Kedah.
12 Ogos 2011 atas inisiatif ANGKASA bermula dari dua buah koperasi asas iaitu Koperasi Sungai Lintang Kedah Berhad dan Koperasi Usahawan Mampan Kedah Berhad sebagai perintis. Konsortium tersebut ditubuhkan dengan tujuan untuk menggabungkan modal dan kepakaran selain menggembleng usaha secara bersama dalam kalangan koperasi berasaskan pertanian di negeri Kedah. Selain aktiviti sewa pajak bendang, Konsortium Koperasi Tanaman Padi Kedah Berhad juga telah meneroka aktiviti pertanian baharu seperti industri tanaman jagung bijian seluas 6.89 hektar di kawasan Lembah Bujang, Merbok dan aktiviti tanaman halia di Pendang. Konsortium juga turut memiliki dua buah traktor yang beroperasi di kawasan pajakan sawah selain disewakan kepada petani-petani di kawasan sekitar. Alamat : No. 12, Bangunan ARKED, Pasar Minggu Sungai Limau Dalam Kedah Berhad, 06910 Yan, Kedah Darul Aman.
AHLI KONSORTIUM KOPERASI TANAMAN PADI KEDAH BERHAD 1. Koperasi Sungai Lintang Kedah Berhad 2. Koperasi Usahawan Mampan Kedah Berhad 3. Koperasi Pasar Minggu Sungai Limau Dalam Kedah Berhad 4. Koperasi Pembangunan Daerah Yan Kedah Berhad 5. Koperasi Pasar Mingguan Guar Chempedak Kedah Berhad
6. Koperasi Agro Belantik Sik Kedah Berhad 7. Koperasi Sungai Limau Dalam Kedah Berhad 8. Koperasi Keluarga Tijah Hussain Kedah Berhad
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease