Wadah PELANCAR Edisi September 2019

IKM 15

Keperluan Pemasaran Berkesan Bagi Peruncitan Koperasi Oleh : SITI HAJAR SAAEY Pegawai Latihan Institut Koperasi Malaysia

S ektor peruncitan merupakan sektor yang berkembang pesat dalam pembangunan ekonomi di Malaysia. Kemantapan ilmu sains dan teknologi telah menyumbang secara positif dalam sektor peruncitan. Pada tahun 2015, jualan runcit di Malaysia meningkatkan 3.4 peratus dan merupakan satu daripada negara Asia Tenggara yang paling mesra perniagaan. Ini merupakan suatu indikator kepada sektor koperasi bahawa peningkatan jualan ini menunjukkan kemampuan bidang peruncitan untuk mendominasi dunia perniagaan di Malaysia. Malaysia juga menduduki tempat ketiga dalam Indeks Pem- bangunan Runcit Global (GRDI) A.T. Kearney 2016 mengalahkan Negara Asia yang lain seperti Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sektor koperasi haruslah melihat perkembangan positif ini sebagai satu penanda aras kepada aktiviti-aktiviti yang berpotensi tinggi untuk dilaksanakan. Ini selari dengan definisi koperasi sendiri sebagai persatuan sukarela yang ditubuhkan bagi membantu anggotanya dari segi ekonomi, sosial dan budaya. Justeru, penekanan terhadap pembangunan pemasaran dilihat amat penting dalam memastikan kelangsungan sektor peruncitan dan koperasi mampu menongkah dengan lebih tinggi seiring dengan sektor yang lain. Kewujudan aktiviti pemasaran yang berkesan akan

menjadikan keperluan dan kehendak pengguna dapat dipenuhi dengan efektif dan tepat. Selain itu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, peningkatan sebanyak 6.2 peratus pendapatan isi rumah bulanan purata pada tahun 2016 berbanding pada tahun 2014. Ini memberikan gambaran bahawa pendapatan isi rumah memberikan peluang perniagaan kepada kerancakan pasaran. Selain itu, nilai jualan merekodkan sebanyak RM109.3 bilion pada Disember 2018. Indikator ini merupakan mekanisme yang sewajarnya dimanfaatkan oleh koperasi agar aktiviti perniagaan yang berpotensi dikenalpasti dan diterokai. Teknik pemasaran yang tepat amatlah diperlukan agar sesuatu produk atau perkhidmatan tidak terhenti begitu sahaja. Ini adalah kerana sekiranya kegagalan koperasi mengkomersialkan produk tersebut, ia tetap gagal dijual walaupun produk dikeluarkan oleh syarikat yang terbaik. Mendepani persaingan yang sihat memerlukan satu strategi pemasaran yang inovatif dan berkesan. Kepesatan dunia hari ini kadangkala membantu koperasi untuk memasarkan produk mereka dengan penggunaan bajet yang terhad. Strategi pemasaran kreatif yang diperoleh dapat membantu koperasi mengenalpasti keinginan pengguna dan memasarkannya tepat pada waktu yang diperlukan.

Pengguna hari ini bukan semata- mata melihat sesuatu produk semata- mata, namun melihat kepada nilai yang ingin disampaikan oleh penjual kepada mereka. Harga bukanlah semata-mata isu dalam menjadikan produk yang ditawarkan diterima baik oleh pelanggan. Nilai tambah yang diketengahkan oleh peniaga haruslah bertepatan dengan kriteria pelanggan yang ingin difokuskan. Dunia kepesatan teknologi hari ini menjadikan semua pelanggan ingin bergerak dengan pantas. Kesempatan hari ini perlu diambil oleh koperasi seperti menambah nilai kedai runcit dengan perkhidmatan penghantaran, perkhidmatan pembelian secara atas talian dan sebagainya. Nilai-nilai tambah seperti inilah sewajarnya diperhatikan oleh koperasi dalam menjadikan perniagaan runcit mereka berjaya memperoleh pelanggan yang setia. Isu berkaitan kos yang tinggi dalam memasarkan produk sering dijadikan alasan koperasi untuk tidak berkembang. Pemikiran yang sempit ini wajar dibendung kerana teknik pemasaran dunia moden masa kini adalah pelbagai selain dari berkesan dan kreatif tanpa penggunaan modal yang tinggi. Peluang yang berlaku dalam kepesatan teknologi hari ini sewajarnya diambil dan digunakan sepenuhnya. Kuasa viral, maklumat di hujung jari, dunia tanpa sempadan dan sebagainya merupakan contoh-contoh

yang perlu dilaksanakan sebaiknya oleh koperasi dalam mendapatkan perniagaan yang selari dengan keadaan semasa. Kepantasan dunia teknologi menjadikan pengguna lebih bijak dan mempunyai pilihan yang lebih banyak. Oleh yang demikian, koperasi perlu mendapatkan kaedah berkesan dan tepat dalam menghasilkan produk atau perkhidmatan yang diingini. Dalam dunia peruncitan, amatlah penting agar pelanggan merasakan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan dekat di hati dan berbaloi dengan harga yang dibayar. Kesimpulannya, koperasi sewajarnya sentiasa melakukan anjakan dalam menghasilkan perniagaan yang strategik. Bidang peruncitan yang sentiasa berubah amat memerlukan koperasi untuk sentiasa berusaha menawarkan perkhidmatan selari dengan keperluan mereka terutamanya penubuhan koperasi bagi memenuhi kehendak anggotanya. Oleh yang demikian, semua pihak terutamanya koperator itu sendiri perlulah bersama-sama dalam memastikan kelangsungan dan relevansi koperasi agar sendiri berdaya saing dan boleh berdiri setanding dengan perniagaan swasta yang lain. Rujukan : Jabatan Perangkaan Malaysia Nassrul Hakim. (2009). 9 Naga Pemasaran. PTS Publications & Distributirs Sdn Bhd

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease